Followers

Monday, February 28, 2011

Mood caca merba :-(

Mood aku hari ni sgt berbagai2.


Pertama, aku marah. Marah sbb ada org yg xde otak buat harta aku mcm harta dia sendiri. Pastu boleh pulak dgn harta aku tinggalkan aku. Mesti korang pening baca kan? Ok, aku kat Kedah ni. Ada event. Dtg cni pakai kete aku. So pegi 1 kete jer la. Pastu mamat ni plak dgn xde lesennya mintak nak gune kete aku dgn alasan nak gi anta client. Tp dah nak dkt 2 jam kuar. Anta client ke tu? Dah la tinggalkan aku sorang2 kt cni, dia boleh plak gi makan senang lenang. WTF!


Dua, aku sedih. Sbb kat dlm event ni ada org pasang lagu2. Tp jgn silap, dah dpt lesen MACP tau. Nway lagu tu mengingatkan aku kenangan2 aku dgn Kamarul. So sgt sedih skrg. Kalau boleh nak jer suruh org tu tukar gi pasang lagu Maher Zain ke. Haiisssssh!


Tiga, aku rasa caca merba. Sbb ada org call aku after so long dah xcall semata2 nak mintak tolong. So tolong jer la. Aku ni mmg tmpt sume org mintak tolong. Bile xde benda xde nak ingat kat aku. Mcm bola, sepak ke sana ke sini.


Empat, rindu. Aku rindu dah kat rumah. Rindu sgt kat family aku, kat mama, kat adik, kat nenek, kat Kitty. Then rindu jugak kat my mucuk boy, Akbar. Pasni lg 2 mggu baru dpt jmp. Sbb aku cuti, dier keje. Aku keje, dier cuti. Adoi, dugaaan betul.


Time2 mcm ni aku rindu tikar sejadah. Jgn salah sangka, time mood xmenentu jer baru cari Allah. Tp sbb aku dah 5 hari period. So kalau aku tgh mood xbaik, aku suke sujud lama2 time sujud terakhir pas sbyg. Ngadu pd Dia. *sigh*

Sunday, February 27, 2011

My Akbar turned 28!

Alhamdulillah, my buah hati a.k.a Mr. Akbar turned 28 on 26th Feb (2 days ago). Aku kene gi Kedah actually hari yg sama, tp sbb nak celeb dgn dier punye pasal, aku terpaksa lambatkan sket journey aku ke Kedah. Sementelah pg tu aku keje.


My Akbar,
Happy birthday to u. Semoga kita berdua akan mencapai impian kita pd thn ini. Semoga awak sentiasa di kurniakan kesihatan yg baik, sejahtera kehidupan di dunia & di akhirat insyaAllah.



tgh pasang lilin. 2 batang. sis Chalice ckp one for me n one for him. :D 



amboi, luasnye nganga.. :D 


Finally, the present for him. Ooppss, bukan batang paip lg tau!

Wednesday, February 23, 2011

Tujuan hidup

Blk kerja tadi, aku ke The Mines. Nak cari foundation & BB cream. So, aku menuju ke Watson. Belek2 foundation Revlon and Maybelline. Tp xminat.

Suddenly tgh lepa belek2 tu, tibe sorang promoter cina menegur aku. Dia promoter Silky Girl. Aku rasa dlm lingkungan umur 38 - 40 thn. Cantik mmg cantik, tp cantik sbb mekapnye lah. Biasela, promoter mekap, mestilah kene mekap beria2 kan.

Then dier tegur aku tanya cari apa. After borak2 tu, aku agak kurang berminat dgn produk yg di tawarkan. So aku ckp, "its ok. thx yer". Dia senyum je. Tp di sebalik senyuman dier, terselit riak hampa mgkn sbb aku xbeli. Comission kurang la.

Akhirnya dah puas masuk Watson, ke Guardian, menuju plak ke SaSa, last2 aku beli BB cream kat Elianto jer. Ok la, aku puas hati. So its time to blk. Otw nak ke kereta tu aku jalan2 kat area The Chicken Rice Shop. Suddenly aku nampak promoter cina td tgh mkn sorang2. Ntah nape, aku tergerak nak tegur dier. Kebetulan dier terpandang aku & senyum. Mgkn dier perasan aku salah sorang customer dier kot.

Aku: Wah, u makan sorang saja? Mana u punya Lokong (hubby bahasa cina)?
Promoter: (sambil gelak) Sorang saja maa. Mana ada lokong. Susah woo ada lokong.

Aku rasa pelik. Then aku tanya lagi.

Aku: Aiyoo, ada lokong la senang. Makan pun tada sorang2 u. Happy2 ma.
Promoter: Saya ok ma mcm ini. Senang, hidup sorang2. Tada fikir apa2. Hidup sorang2 pun saya manyak susah, nanti ada lokong ada baby lg susah. Aiyoo, lengchai (lelaki bahasa cina) manyak kasi susah sama hidup.
Aku: Aiyoo u lengloi (perempuan bahasa cina), jgn ckp itu mcm. U cantik ma, xkan xde lengchai suke. Xapa, u enjoy ur meal ok. Nanti esok luse sure u ada lengchai sorang. :)
Promoter: (gelak sambil angkat tgn dgn aku)

Aku terfikir, org mcm promoter tu, xde tujuan agaknya hidup. Pdhal muke cantik. Badan ada potongan. Kalau aku, aku nak ada impian berkahwin, punya suami & anak. Xdpt aku bygkan kalau aku bersendirian sampai ke tua.

Mgkn itu lah bezanya antara org islam dgn yg bukan. Alhamdulillah aku seorang islam :)

Tuesday, February 22, 2011

Mihun goreng xmau sayur!

Hari ni sgt penat. Drove heading to Kuala Terengganu in the morning while in the evening drove back to KL. Kebetulan nenek xmasak harini, so i had to stop by warung tomyam kat Pekan Beranang and tapau something coz perut berbunyi (walaupun dah mkn ns goreng kat R&R Gambang, hehehe.. obviously aku kuat makan)

Mmg dah kebiasaan aku, if aku order kuey teow, mihun or mi goreng, aku xsuke letak sayur (actually xmau letak sawi. if kobis or taugeh or etc its fine for me). So mcm biasa, td aku tapau bihun goreng xmau sayur & teh o ais. Dah ckp dgn budak tu xmau sayur. Repeated twice ok.

Suddenly bile aku bukak tapau aku kat rumah, mihun tu ada sayur. Yg lebih buat aku bengang bukan apa, aku rasa tukang masak tu dah terbuat yg ada sayur, so untuk mencover kesilapan dier, dier buat dlm 3 sudu mihun yg xda sayur, dier lapiskan bahagian atas mihun tu. So nampak la sebenarnye cam xde sayur, tp bile aku selak, penuh dgn sawi sesaja. Agak hangin la aku.

Tp nak buat camne, aku makan jer la. Asingkan sawi coz kobis ng taugeh aku mmg makan. Then suddenly teringat perbualan aku dgn Akbar aritu.

Akbar: Nape awak kalau order mi / mihun / kuey teow goreng mesti xmau sayur?


Aku: Xsuke la sawi tu. Diorg letak sawi byk.


Akbar: Ala, biar jerla diorg letak, nanti time nak mkn, asingkan la. Ape yg susah sgt.


Aku: Bukan masalah susah, tp byk kebaikan if dier xletak. Katalah sy xckp xmau sayur, nanti dier letak gak sayur2 tu, nti sy asingkan, kan ke dah terbuang? Membazir namanya. Kalau saya ckp xmau sayur, at least selamat lagi sayur2 tu dan masih fresh, leh dimasukkan dlm meal org yg makan sayur dgn mi / mihun / kuey teow goreng bagai tu.


Akbar: (terdiam)

Betul x aku ckp? Dari aku bazir2kan sayur tu, baikla aku ckp kat budak amik order tu aku xmau sayur. Save sket sayur2 kat dunia ni. Relevant x? :D

Monday, February 21, 2011

Kasihan kamu!

Tadi, aku ke pasar malam hari isnin di Bdr Tasik Kesuma Beranang. Pasar malam tu mmg pasar malam wajib pegi tiap2 minggu sbb dier besar & byk choice.


Sedang aku berjalan2 sambil celah mencelah (sbb ramai sgt org termasuk bangla2 & indon2), tiba aku tersiku seorang perempuan mengandung, aku rasa dlm lingkungan 6 / 7 bln.


Aku: "Opps, sorry ek"
Preggy woman: "Jalan tu tgk la kiri kanan. Xnampak org ke? Kurang ajar betul" (sambil membuat muke annoying tahap tapir tanah!)
Aku: (dlm keadaan yg hampir hilang sabar) Terus berlalu pergi.


Aku bukan xberani lawan. Tp aku jadi kesian dgn that lady. Lagipun bg aku, xde gunanya gadoh dgn org bodoh tolol lagi kurang ajar mcm tu. Now sape yg kurang ajar.


Bak kata kumpulan KRU, DIAM ITU PINTAR. So dari melayan org bodoh tolol lagi sombong bongkak camtu, baik aku diam & belah. Cume sedikit kesal, kerana seorang perempuan mengandung, sepatutnya menjaga tatasusila & perkataan. Dia bukannya seorang 'free hair', malah dia bertudung. 


Org tua2 ckp, time pregnant ni la kene jaga mulut. Jgn dok kurang ajar sgt. Nanti anak kenan perangai kurang ajar kite. Lagipun time pregnant ni la kene bykkan sabar, zikrullah sentiasa. Time ni la Allah nak uji perangai kita. Kesian jugak aku pd bb dlm perut perempuan tu. Yerla kalau dier ditakdirkan ikut perangai huduh mak dier tu, alangkah ruginya.


Ya Allah ya tuhanku, kau selamatkan lah perempuan itu waktu dier melahirkan anaknya nanti. Aminnn.

Saturday, February 19, 2011

Quality, not quantity

Now follower aku dah bertambah. Ada 27. Terima kasih yer kepada follower2 baru. InsyaAllah, kalau ada masa, aku akan singgah ke blog kalian sbg balasan.

Sebenarnya, dah jadi trend kat blogspot ni. Blogwalking. Kite pegi blog org, tinggal 'jejak' kat shoutbox, then sure org tu akan blogwalking blk kat blog kite & tinggal jejak jugak. Kalau kite click FOLLOW kat blog org tu, sure org tu click follow blk.

Tp, bukan kuantiti yg dicari. Bg aku, if betul2 nak follow a blog, kenela follow dgn betul. Follow yg betul bg aku ialah dgn membaca ape2 post yg di post, comment jika perlu & bertukar2 pendapat ni shoutbox. Bukan setakat tinggal jejak and click follow. Sekadar nak meramaikan follower sendiri. Itu bukan cara aku.

That's y if ada org baru follow aku, aku akan ke blog mereka dulu. If blog mereka byk ilmu yg boleh dikongsikan dgn aku, yes, i'll follow. Then aku akan baca dari semasa ke semasa post mereka. Yerla, ini je caranya kita nak dpt & tambah ilmu kan.

Ada yg lebih terrible lagi, dah tinggal jejak, dah follow pastu lama xjenguk blog yg difollow tu. Then bile org yg difollow tu once in a while say hi kat shoutbox korang, korang pun say hi blk mcm first time jenguk blog tu. Nampak sgt la kan. Hahahaha.

So pd follower2 baru, mintak maaf kalau sy xfollow blog kamu blk walaupun kamu dah follow blog saya. Sy mencari quality, bukan quantity. :)

Tetap untunggg maaa!

Semalam, aku dating + survey barang2 kahwin kat area Jln TAR & Semua House. Aku mmg suke jalan2 kat area c2 specially time bulan puasa & nak dkt2 nak raya.


Sejak kenal dgn Akbar ni lagi aku suke gi c2 sbb aku gi naik motor dgn dia. Kalau aku gi naik kete, aku malas nye bukan ape, parking sgtla susah. If ada pun, parking rates ridiculous. So skrg senang sket, gi naik motor jer, leh mencelah2 sana cni. Cume yg susahnye, nak beli barang lebih sket susah la. Sbb motor Akbar hanya ada kotak Givi yg kecik tu jer.


So smlm, mcm biasa every saturday ada pasar malam panjang kat Jalan TAR. Nape aku pggl psr malam panjang? Sbb panjangnya dari awal Campbell complex sampai la ke Masjid india nun. Cube bygkan panjang xpanjang. And pada sapa yg suke round pasar mlm panjang ni time bulan Ramadhan, aku nak ckp, aku solute ng korang lebih2 lagi kita sbg seorang muslim, dgn berpuasa lapar + dahaga, tp boleh berjln dari hujung ke pangkal tu. Hebat x muslim mcm kita?


Ok, aku bukan nak citer pasal psr mlm panjang or Jln TAR. Tp aku nak cerita pasal peniaga & harga. Semalam, waktu berjalan kat pasar malam tu, aku terjumpe akak jual puding caramel & kek cheese yg aku biasa beli kat pasar malam Beranang. Akak tu xperasan aku ni regular customer dier kot, so aku gi la dekat kat kedai dier. Aku mmg suke beli puding caramel dier tu.


Aku: Kak, puding caramel ni mcm mana kira?
Akak tu: Sepotong RM3.50. Amik dua RM6.
Aku: (agak terkejut) Oh. Amik satu potong jer la.


Kenapa aku ckp aku terkejut? Ok, kat psr mlm Beranang, harga puding karamel tu, with same size ialah RM3.00 sepotong. Amik dua RM5. Haaaaaa, apesal xsama? Harga kat Beranang rendah, tp harga kat KL tinggi. Kenapa mcm tu? 


Aku merumuskan di sini bahawa harga puding karamel tu still blk modal walaupun di jual a bit rendah. Then bezanya harga yg diletakkan ikut tempat. Kat KL, mgkn ikut harga semasa, dia naikkan sket. Mgkn dier ada amik kira harga duit petrol dia berulang alik. But, secara konklusinya, walau camne dier jual mahal sket ke, murah sket ke, dier sure dpt untung jugak.


So, baiklah kite buat sendiri jer. Hahahaha.

Camwhoring xbertempat!

Aku ni to be frank, suke amik gmbr. Dlm erti kata lain, aku suke camwhoring. Bergambar xkira waktu. Kamera samsung merah aku tu sentiasa aku bawa ke mana2. Nak2 sejak dgn Akbar ni, dier plak jenis creatif ble bergambar, so makin galak la aku camwhoring.

Tp, segalak2 aku camwhoring, aku camwhoring bertempat. Jaga sensitivity tempat yg kite nak camwhoring tu. Kenapa aku ckp mcm tu?

Ok, begini kisahnya. Waktu maghrib tadi, aku singgah solat maghrib di Masjid Negara (tmpt biasa meet up point aku dgn Akbar). So aku ke tandas / bilik wudhu wanita. Kalau korang yg biasa dgn tpt wudhu masjid negara, ada satu cermin besar disediakan kat tmpt wudhu tu. Tujuannya ialah utk melihat cermin membetulkan tudung seusai ambil wudhu.

So td, after ke toilet utk buang air kecil, aku terus mengambil wudhu. Sebelum tu, aku dah notice sekumpulan teenage girls tgh amik wudhu sambil buat2 bising. Aku agak kurang selesa, tp aku malas nak tegur. Yg heran, 4 org gadis dlm satu group ni pakai baju kurung kain cotton. Corak sama, cume color jer lain. Sorang kai ungu, sorang kai oren, sorang kai ijau & last sekali kai biru turqoise. Xpela dik non, tu hal korang la. Mungkin dlm perjanjian grouping korang, korang nak sehidup semati, sehati sejiwa.

Tp yg buat aku agak mendidih, lepas diorg amik wudhu' tu, boleh la diorg berempat pegi camwhoring kat area cermin tu. Bukan sekali, tp berkali2 & bersnap2 gmbr yg diambil. Siap sorang tu amik gmbr kwn dier tgh bukak paip air. Hello dik non! Kite nak beribadat, xpyhla tunjuk peghak korang sampai nak camwhoring. Lagi satu, waktu dorg tgh dok meng'conquer' cermin besar tu, ada 2 3 org bdk pompuan lain yg nak gune cermin tu, tp xjadi dek kerana budak2 4 ekor tu cbuk dok camwhore kat c2. WTF! Pantang betul aku.

Lagi aku mendidih, masa kat dewan solat, diorg camwhoring lagi. Siap posing kat rak telekung wakaf tu. Org duk cbuk2 nak solat, diorg leh camwhore. Astaghfirullah. Ape nak jadi teenager zmn skrg. Terkedu aku kat c2. Hmmm.. Semoga aku xmcm tu walaupun aku suke sgt bergambar.

Friday, February 18, 2011

Jodoh panjang? aminnnnnn

Kawan2 aku kata, muka aku & Akbar seiras.
Ada yg ckp, if Akbar pakai tudung, org mesti ingat tu aku. Hahahaha.

Then aku dgr org tua2 ckp muke seiras ada jodoh / jodoh panjang & kekal. Betul ke? 
Kalau betul, aminnnnnnnn.

So, korang nilai la sendiri :D















Office crisis

Hari ni, sesuatu terjadi di office. Aku dimarahi akibat sedikit miss-communications. Puncanya client marah boss aku, boss aku marah colleague aku, then both my boss & colleague aku marah aku pulak. But, luckily after that everything been overcomed well. Well, it really bother me, as this is first misscommunication case since im here.


But, daripada kes tadi, aku dpt sedikit pengajaran. Pengajaran pertama, dont underestimate office politics. Xsemestinya kau baik dgn org tu tahap comolot, dia xkan marah or betray ko sbb kerja. This is because, kerja is kerja, kwn is kwn. You have to be very profesional.


I still remember my ex boss said to me, "Tikah, office isn't a place to make friends. No matter how nice ur colleague to u, but do remember, colleague is still a colleague, he / she might be ur best friend and worst, he / she can be ur enemy in certain circumstances." Till now, i hold the words.


Then, pengajaran kedua. Walau sebetul mana pun kita dlm kes office politics ni, do remember that "BOSS IS ALWAYS RIGHT". Walaupun boss korang betul, namun jgn sesekali korang tunjukkan yg dia salah. (actually, aku mmg xsetuju lansung dgn hal ni coz pd aku, walau kau tu PM sekali pun, tp kalau ko salah, ko ttp slh. di cc Allah pun, kalau ko buat dosa, xksh la ko tu PM ke, Raja ke, Sultan ke, ko tetap akan diadili. dan kalau kesalahan ko tu berat, maka ke neraka jahanamlah tempatnya). Anyway this quote aku dah lama dapat since aku kat Perintis lagi.


Pengajaran ke 3, ada krisis dgn boss / colleague wanita lebih baik dari ada krisis dgn colleague lelaki. Remember, guys are really ego ok. So walau camne korang try utk tegakkan pendapat korang, diorg as lelaki ttp akan ckp diri sendiri betul. Eventhough they are trying to tegakkan benang yg basah.


Nway, teringat pesanan Rasulullah S.A.W, "Apabila marah, hendaklah kamu duduk. Jika marah itu masih ada, maka pergilah berwudu'. Jika masih ada, maka solatlah dua rakaat, nescaya Allah membantu. Jgn sesekali membuat keputusan dlm keadaan marah".

Thursday, February 17, 2011

Budak zaman sekarang

Terbaca satu berita kat Berita Harian bertajuk "Akibat berselisih faham dengan bapa". Ia mengisahkan seorang budak pompuan yg agaknya baru ne marah dgn bapak dia. Suddenly die gi bwk lari bapak die punye kereta jenis Proton Wira Aeroback. Yg paling aku terkejut, budak tu baru 14 thn. Gilerla.


Akibatnya, dia terlibat dgn 2 kemalangan. Nasib patah kaki je, if cedera teruk patah riok sume, camne?? Ha, bapak ko yg ko marah tu jugak la yg dok tanggung bil hospital ko. Umur 14 tahun dah pandai bwk kereta. Nilah dia budak2 zmn skrg. Kalau lelaki xpe lagi. Tp ni pompuan. Tp aku rasa keter tu auto la. Jarangla budak2 pompuan leh bwk manual. Hehehe.


Budak2 zmn skrg mmg pantang di tegur. Aku teringat zmn aku dibesarkan dulu. Mak ayah aku punye la garang. Jangankan nak try bwk kete ayah aku, nak masuk dlm keter tu nak bukak radio pun aku takut tau. Xberani punye pasal. Ayah aku lak mmg jenis garang & baran. Salah sket, ne talipinggang. Xpun ne libas ng rotan sebesar jari kelingking. Plg teruk, aku ingat adik aku kene kurung dlm store blkg rumah tau.


Sama jugak hal nya dgn cikgu di sekolah. Zmn skrg ni aku tgk, pelajar kene rotan dpn khalayak ramai pun nak masuk paper. Waktu aku sekolah dulu, siap kene pumping, ketuk ketampi ng rotan tau kat perhimpunan mingguan. Xde pun aku nak ngadu2 sampai masuk paper Utusan Malaysia. Tp dorg zmn skrg ni sgt la manja. Bukan manja lagi dah, tu dah namanya mengada2. 


Baru darjah 3, dah ngada2 mintak I-Phone. Buktinya, kwn adik aku. Ayahnye belikan I-Phone utk dier waktu dier darjah 6 aritu. Then ada plak yg request laptop. Bukan ape pun, byknye nak berFB jer.  Kalau kat sekolah tu soh taip assignment, aku percaya lagi la. Tp jgn torak la, mana ada sekolah rendah dah ada kertas kerja. Assignment mak nenek bagai.


Makin lama, dunia makin aneh kurasakan!

Pening kepala & RM20K

Ok. Aku dah start pening2. Walaupun aku buat list, tp tetap pening jugak.
Ingat senang nak kawin ni, susah jugak rupenya.


Cek list kene lengkap, harga & detail quotation kene cari. Ni aku nak share a few items kot2 la korang ada gak yg tgh dlm keadaan spt aku kan. Hi hi hi.


Kenduri bertunang


1. Jamuan makan
2.  Baju bertunang
3.  Mini pelamin (kalau grand la ek)
4. Mekap (aku mekap sendiri jer. wakaka.)
5.  Doorgift (kalau ada budget lebih la yer)
6. Dulang hantaran (aku buat 5 bls 7 jer)
7. Plg penting - cincin bertunang. (org tua ckp kene ada 2 bentuk. satu cincin 'bukak mulut', satu lagi cincin bertunang)


*selingan jap - sebenarnya aku xmau bertunang. tp mak akbar & nenek aku soh gak bertunang. kalau x, dah save about RM2K kat c2 tau!


Kenduri kahwin


A) Pre-wedding
i.  Kad jemputan
ii.  Kursus Kahwin
iii.  Ujian HIV
iv.  Borang saksi, jurunikah, kebenaran kahwin & segala mak2 nenek tu bagai (menyusahkan!)
v.  Pengesahan mastautin.
vi.  Pengesahan anak sulung. Sbb aku anak sulung, aku ne sertakan sijil nikah mak ayah aku. Yerla, takut nanti ayah aku xleh walikan aku.


B) Akad nikah
i.  Baju nikah
ii. Mekap
iii.  Upah jurunikah, saksi dsb.
iv.  Jamuan utk rombongan yg dtg time akad nikah
v.  Gelang batalkan air sbyg (aku pilih gelang coz aku xsuke kai cincin)


C) Majlis bersanding
i.  Pelamin
ii. Mekap
iii.  Baju bersanding
iv.  Bilik pengantin & hiasannya
v.  Dulang hantaran (aku ng Akbar sepakat nak buat 9 bls 11)
vi.  Bunga pahar & bunga telur kat tepi pelamin tu
vii.  Fotografer & videografer


D) Jamuan makan & seluruhnya.
i.  DJ / Kugiran
ii.  Khemah / kerusi / meja / kipas / lampu kat khemah
iii.  Makanan / jamuan (skrg plg murah pun RM7.50 sekepala, tu pun minimum 1000 pax.)
iv.  Doorgift mcm telur rebus, gula2, kek / bahulu, tuala tangan dsb.


Aku rasa lengkap dah kot, tp ada lagi yg tertinggal if di cek ni. Nway after dah list down kan budget ni, dlm RM20K la terpaksa habiskan. Nak buat camne. Zaman sekarang sume harga naik. Barang pun naik. Aiyayayaya.  Nanti pas kahwin, ape yg tinggal? Kira bulu2 jer la kot. 


p/s: Semoga Allah mempermudahkan urusan aku & Akbar. I love u so much sayang. Xsbr nak jadi isteri awak. (errrkkk, geli geleman x korang baca ayat ni? :P)

Friday, February 11, 2011

Unacceptable reason. Hahaha.

Baru jer selesai membaca gossip terkini kat salah satu portal hiburan Murai. Terpandang title besar "Kami putus kerana tiada masa". That statement made by Farid Kamil in regards to perpisahan beliau dgn Diana Danielle. Hari tu aku baca Mingguan pulak, wartawan tu reported ckp FK berpisah ng DD sbb DD tu childish sgt. Almaklumla, sebaya adik aku tu. Hehehe.


Tp bagi aku, alasan yg FK bagi tu sama sekali xmunasabah la. Why i said that? Kalau nak kata xda masa nak luangkan bersama kan. Skrg kan zmn teknologi canggih manggih. Mcm aku ng Akbar. Dpt jumpe pun seminggu sekali je, tu pun if dia xkerja on weekend. Some time 2 mggu sekali. If kitorg xdpt jumpe, kitorg akan buat video call. Mcm biase sms & calling2 tu penghubung kami.


Xkan la xda masa sgt kan? At least sblm tdo boleh wish goodnight ke, just send a short sms tp sweet like "How r u. Miss u Darling". Tu kan bermakna tu? Mgkn aku xberada di tmpt mereka, so aku xtau how bz they are smpi xde masa sesama sendiri.




One thing yg aku xdpt terima lah kan, FK ckp, "Kami masih syg menyayangi, namun kekangan masa yg membuatkan kami terpaksa berpisah." Statement ni lagi xboleh belah bagi aku. Hello FK! If korang betul2 syg menyayangi, masa tu boleh di cari. Mcm aku & Akbar (lagiiiiii... bosan agaknya korang baca kan, hahaha). Sbb dah betul2 syg, kalau xdpt jmp sgt, kami akan find time contoh blk kerja ke, gi minum sesama. Sbb org kata kalau dah syg sume jadi kan. 5 min jumpe pun dah cukup bermakna.


Mungkin easier to say than do. Hahaha. Tp bg aku, where there's a will, there's a way. Sama gak mcm last 3 month after Kamarul tinggalkan aku. Kalau dulu waktu syg bangat tu, b4 blk kampung mesti nak dtg jmpe aku dulu. Tp at that time (time nak dkt2 break tu la), nak blk kampung xdtg pun jumpe aku. Alasan xde masa yg sesuai. Pooraaaah!


Hehehehehe.

Thursday, February 10, 2011

Stupid parking charge @ Klang Valley

Baru selesai baca Berita Harian. Dkt ruangan Sentral ada mengutarakan issue charge parking kat Putrajaya Presint 7 agak mahal. RM1 sejam.


Dah lama aku nak utarakan pendapat aku ttg caj parking specially kat area Lembah Klang (KL & Selangor). Bagi aku, charge parking kat Lembah Klang specially kat segitiga emas area (KLCC & surrounding) and also Jalan TAR area sgt melampau. Antara yg aku rasa melampau ialah:


1.  Dpn Campbell complex - RM8 per entry. Ini adalah advantage pd org yg nak park lama (dari pagi ke malam). Tp kalau takat sekejap je camne? Dahla jalan lopak xbertar
2.  Pertama Complex - First 1 hour RM2. Subsequent hour RM1.50. (tadi aku gi MARA, parking situ. baru jer sejam 10 minit, dah kena byr RM4.50)
3.  Complex Dayabumi - First 1 hour RM3.50. Subsequent hour RM2 (yg ni mahal sbb under KLCC management. Kalau kat KLCC xpe lagi, sbb bgnn ala2 prestij. tp ni kat dayabumi yg dah usang tu tau)
4.  Suria KLCC - Sama mcm kat atas ni. Tp yg ni aku fahamla, tmpt elit kan.


Byk lagila senarai ridiculous parking charge kat Malaysia ni. Kalau aku nak senaraikan mmg smpi esok pun xhabis menaip.


Bagi aku, charge2 ni sume ridiculous. Kenapa aku ckp mcm tu? Here's the reason:



  • First, sbb the owner of those parking management company mana pernah maintain parking lot diorg unless yg elit2 mcm Suria KLCC tu. Kadang2 parking bay pun xcukup. Mcm yg dpn campbell tu kan. Jalan dah la berlopak2. If dorang tar or simen kan elok2, aku boleh terima lagi kenapa parking tu mahal sgt. Ni xjaga lansung. Kdg2 sport rim leh bengkok di sebabkan keadaan lobang lopak sana cni kat 
  • 2nd, unless kalau korang dikehendaki sewa tanah tu sebln RM10K, then it is really relevant to put such stupid charge. Ni x, kebykn parking area kat KL ni di buat atas tanah sendiri. Dorg beli tanah, then bina jadi parking lot. Kalau nak ckp maintenance, hello! ape sgt yg korang nak maintainkan. Ada ke byr api or air?
Lagi satu yg aku hangin, dah tau parking bay dah full, reti2 lah arahkan pekerja korang tu letak tanda PARKING FULL disertai dgn barrier nyer sekali. Ni x, biar jer org masuk dan masuk lagi. Bile org dah xdpt parking, org yg dah amik tiket tu still kene charge on first hour tu. Aku pernah terkena sekali kat One Utama. Parking mmg penuh gler, diorg xsekat entrance, akhirnya aku terpaksa gak byr RM2 then kuar begitu sahaja without dpt parking. Apa guna korang charge parking mahal2 tp xmampu nak byr gaji guard yg nak tolong check kan availability parking tu. Xpun korang buatla mcm Mines punye parking. Ada sensor yg boleh detect bay tu vacant or ada kereta.


But, aku nak puji parking2 kat:


1. Mines - RM1 per entry. Weekend RM2. Tp parking ok, simen and ada sensor. If parking full, dier letak tanda.
2.  Mid Valley - RM1 per entry. Weekend RM3.  Parking ni pun ok, ada sensor
3.  Jusco - RM1 first hour, subsequent RM1. JCard member RM1 (ada discount).
4.  Pavilion - masuk only RM3 per entry (if i'm not mistaken), pdhal sebut Pavilion korang sure tau how elit is that place kan??


Parking with stupid charge ni la yg buatkan kesesakan tau. Nape aku ckp camtu? Org malas nak masuk dlm parking, so dorang amik jalan mudah parking suke suki mak bapak dorg kat tepi2 jalan yg mmg 'free' & xpyh byr (tp ada kemungkinan kena tow dgn majlis perbandaran lah kan). Then jalan yg dari 3 / 2 lorong dah jadi sempit, jadi 1 lorong jer. Kan ke menyusahkan tu???


Government, pls do something la!

Tuesday, February 8, 2011

Duduk dgn mak sendiri @ mertua atau berdikari?

Title di atas, mmg aku sentiasa fikirkan sejak dari dulu lagi. Sementelah, mak ng ayah aku mmg duduk sekali dgn nenek aku, so aku dpt rasakan impact2 nya. Byk buruk dari baik nak2 manusia ni perangai berbeza2 ok.

As for me, aku lebih prefer duduk sendiri dgn hubby. Berdikari lah. Blk rmh mak aku or mak mertua aku 2 mggu sekali lah. Byk kelebihan duduk rumah sendiri compare to duduk dgn mak or mak mertua. Antara nya ialah:

1. Privasi lebih terjamin (leh buat apa yg disukai, hatta nak buat party buih dgn suami sekalipun. hahaha)

2. Isteri lebih cenderung masakkan utk suami, dgn ini, suami akan 'dimanja' dgn air tgn isteri berbanding air tgn mak mertua / mak sendiri.

3.  Lebih berdikari dlm membuat keputusan. Suami sbg ketua keluarga lebih merasakan nikmat & kuasa sbg ketua keluarga. Dgn secara xlansung, suami boleh membuktikan yg he is the ultimate decision maker. Hehehe.

4. Kalau dah ada anak, mengurangkan manja anak dgn nenek / atuk yg mana nenek ng atuk ni akan manjakan cucunya berlebih2an, nanti spoil budak2 tu. Hahahaha.

5. Kalau bergadoh / krisis, kurang campur tgn dari pihak mertua.

Dan byk lagilah. So, aku mmg bangkang sehabis2nya if Akbar ajak aku duduk dgn mak dier, hatta aku sendiri pun xmau duduk dgn mak aku lepas kawin nanti ok!

So mcm mana pendapat korang semua? Mana lagi afdhal? Duduk dgn mak mertua or duduk sendiri secara berdikari? Mmg xsalah duduk dgn mak mertua / mak sendiri. Tp cuba fikirkan impact2 & kesan2nya.

p/s: Mr. Akbar, pas kahwin kite dok rumah sendiri tau! :-)

Rasa mcm xpercaya jer!

Umur aku dah 28 thn pd 23 Jan hari tu. Di kalangan kawan2, aku rasa aku antara yg lambat kahwin. Most of my friend, dgn umur mcm aku ni dah ada at least sorang anak. Tp ada jugak yg advance. Dah ada 3 org. Hehehe.


Dulu waktu di zmn study, aku salu aim nak kawin plg lambat pun umur 25 thn. Sbb aku nak mcm mak aku. Umur 24 thn dah dpt aku. So ble dia dah tua, anak2 dia dah besar. Tp harapan tinggal harapan. Waktu bercinta dgn Kamarul, aku salu insist dgn dier soh masuk meminang. Desak2 la kiranya. Tp evtm bincang psl kawin, mesti ended up gadoh besar. Xnampak tanda2 yg aku akan kawin dgn dier & mengakhiri zmn bujang plg lambat umur 28 thn. (napela aku buta giler masa tu, org dah main2, aku masih lagi nak sayang2, tiga thn lak tu bertahan)


So, rentetan dari pengalaman itu, aku merumuskan bahawa lelaki xsuka di paksa bab kahwin. Jadi bila aku declare "in a relationship" dgn Akbar, aku xpenah bring up this issue upon his attention. Aku risau nanti aku push2, jadi mcm Kamarul bongok tu dulu. So aku xpernah bukak mulut, sampai la kelmarin (ahad, 6 February). Waktu dinner dgn dia, suddenly after dinner, dia mengejutkan aku dgn conversation ini:


Akbar:  Cukk, bila kita nak kawin ni?
Aku: (Dlm keadaan terkejut) Erk? Syg dah ready ke? Duit dah cukup?
Akbar: Duit tu boleh usahakan. Kite kahwin lepas raya nak x?
Aku: (Dlm keadaan terkejut beruk tp terharu) Tp kan kite baru jer 'kawan' yang?
Akbar: Ape pulak, kita start kenal bln 8. Dah 6 bln dah kita kawan. Dulu saya penah ckp dgn Anith (kwn die, yg skrg dah rapat dgn aku), kalau jmp perempuan yg sesuai, xyah lama, 3 bln je sy nak ajak kawin. Ni dah overdue, dah 6 bln.
Aku: Ermm, kite xksh je. Bile yg syg cdg nak kawin?


After that, kami seriously bincang psl kawin. Dia pilih seminggu lepas raya. That's mean 9 September 2011 tarikh nikah. Then, backdated, cari tarikh bertunang. Aku cdgn bertunang awal bln 6. So kami sepakat pilih 11.6.2011. Namun, aku katakan pd dia, bawa berbincang dgn parents kami masing2.


Mlm semalam, he already brought up this issue to his mum. Mak dia yg tengah layu2 dah nak tdo, boleh tegak & segar blk bile die ckp, "Mak, saya nak bertunang dgn Tikah". Hehehe. So funny.  After several discussion, his mum ckp its too early buat lepas raya.  Akhirnya mak dia bg cdgn buat seminggu lepas raya haji. That's mean nikah on 11.11.11. Erk?? Alamak, aku xjangka pun nak pilih tarikh cantik. Coz bg aku, apa ada pada nombor. 


Suddenly pg td, waktu borak2 dgn Amy (designer office aku), aku dpt tau yg Amy pun nak nikah hari sama, kenduri sehari selepasnya. That's mean, date kami clash. Ala, aku dah xsedap, so aku express benda tu pd Akbar. Akbar ckp, lets find new date. Walaupun dia beria2 nak buat 11.11.11. So after bincang, he suggested buat awal bln 12, insyaAllah. 


Mcm xsgka aku nak kahwin dah. Sebelum ni aku rasa yg aku xkan dpt rasa alam perkahwinan. So td aku gi minum dgn mak buyung Shina my best friend. Byk nasihat2 & tips2 dia bagi. Sempatlah dia tunjukkan aku fail2 dia & list of budget. Mak ai, byknye! So dari skrg dah kene start buat list & senarai2 mak nenek2 tu sume.


 (ni kad perakuan nikah. ada chip. ala2 mykad. RM20 sorang)

(the checklist. adoi ai, byknyer! boleh ke aku cope dgn sume ni sebelum end of this year??) 

(buku rujukan Cna amik. hehehehe)


p/s: Seriusly aku rasa xcaya nak kawin dgn Akbar ni. Hahahaha.

The first step

This is my first step.
Alhamdulillah, akhirnya aku semakin ke 'arah' itu.






Semoga Allah memberkati & mempermudahkan perjalanan ini.


p/s: i love u so much mucukk!

Saturday, February 5, 2011

CNY 2011 @ Langkawi (^_^)

Alhamdulillah, setelah lama merancang percutian bajet tetapi sungguh bermakna ni, akhirnya aku dan bestfriend aku Miss Natrah akhirnya menghabiskan CNY 2011 di Langkawi.


Kerana percutian ni di rancang awal, makanya mmg berbaloi sgt sbb dpt harga tiket yg murah. Tiket pergi di tempah 8 bln awal oleh cik Natrah. Makanya dptlah RM15 sahaja (tp pergi sahaja, not return tau). Tp xboleh bwk bagasi. On plane baggage pun hanya dibenarkan xlebih 7 kg sahaja. Tp xpela, aku bukan bwk byk brg pun. Baju aku jer. Manakala flight blk plak RM50, ditempah 5 bln awal dari penerbangan FireFly. Tp blk ni dpt la bagasi 20kg. So coklat2 yg aku borong ni, sume boleh bwk on plane. Hehehe.


(ni baru first day shopping, lum lagi 2nd & 3rd day. hehehehe)


Kami tiba di Langkawi pukul 8.55 pm. Sampai je kat airport, terus sewa Viva auto dgn kadar RM200 for 2 days (RM100 per day la). Then terus check in di Langkawi Inn (Budget Hotel) di pekan Kuah. Sampai2 jer, terus letak beg, terus gi Haji Ismail Group nyer premis utk borong coklat. So hasil hari pertama spt di atas yer. Hehehehe. Then makan kat kedai makan berdekatan premis HIG tu. Pastu blk hotel, ngorok la... Bersedia utk menjelajah Langkawi esoknya 14 jam tanpa henti.


Hari kedua, bfast kat mamak berdekatan hotel kami. Starting from 10.45 am tu, kami terus menjelajah tempat2 menarik kat Langkawi. Tp most ly tmpt yg ada tmpt shopping la coz Cik Nat nak shopping baju n kain batik utk family dia. So kami ke Makam Mahsuri, Beras Terbakar then bergegas ke Kereta Kabel Langkawi. Aku yg beria2 nak naik kereta cable coz last trip aku ke langkawi dgn family aku, aku xsempat naik that cable car. Walaupun gayat dgn ketinggian, aku gagahkan jugak. Allah jer yg tau camne ketarnye lutut aku start dari naik cable car sampai ke puncak tu. Hehehehe. Mmgla da penah naik Genting punye, tp Genting xbrpa tinggi mcm Langkawi sgt. Hehehehe.



(muke aku tahan cuak. wakakakakaka) 







Turun dari Cable Car, kami pun soru di Pekan Kuah. One thing aku notice about all those kedai makan kat Langkawi ni, masakannya mmg A++ aku bagilah, tp service sume hampeh. Kat mana2 pun sume lembab. Dari nak amik order sampailah ke serve. Aku malasla nak gi makan kat fast food sbb fast food, kt KL pun dapat kan. Hehehe. Then kami shopping 2nd day lagi sekali kat HIG premis. Aku menambah lg koleksi coklat & beli satu beg polo tarik size kecik yg tgh offer. :D




Blk tu, kaki aku mmg kejang habis. Bayangkan lah, dari kul 10.45 am till 12.15 midnite baru blk hotel. Brapa jam tu. Salah satu sbb kerana kitorg punyer percutian ni percutian yg sgt pendek. So evtg have to rushing la kan. Hehehehe. Tp xpe, yg penting aku puas. Mlm tu tdo mati xmimpi ape2 sbb penat punye pasal. Subuh pun terlepas, pukul 9.40 baru tersedar.


3rd day, after bersiap, kami sarapan kat area hotel jer. Terus mkn berat (nasi campur) @ Restoran Qistina. Then rushing gi beli kain pelikat ayah Cik Arah kat area pekan Kuah. Diam xdiam, dah kul 12 noon. Have to pulangkan Viva yg kitorg sewa, then kene check in b4 1.15 pm. Kitorg nyer flight kul 1.45pm. Namun atas kecekapan & rushing2 tu, kami berjaya manage sampai airport kul 12.50 pm. Pulangkan Viva, then check in.


Blk tu, kami naik FireFly. What i can say about Firefly is, diorg mmg mencerminkan MAS punye culture. The cabin crew is so transparent. Senyum diorg xfake mcm AirAsia punye FA. Malaysian Hospitality kan. Pasni if ada rezeki, mmg aku akan naik Firefly. Walaupun plane dier kecik pakai kipas, tp better la dari AirAsia yg plane besar tp service FA diorg hampeh. Biaselah, tambang murah kan. Bak kata my bos, u pay peanut, u get monkey. Hahaha.


Sempat posing dgn FA Firefly yg sgt cute & sweet. Tp xsempat tanya nama. Hehehehe.


(muffin ni sedap sgt. mcm muffin KR, hehehe) 







p/s: Looking forward for our next trip this coming May. Bandung, here i comeeeee!!