Perkataan itu membawa maksud - belas kasihan atau ihsan.
Namun, di dunia zmn moden, dgn teknologi terkini lagi sensasi, COURTESY semakin pupus di kalangan makhluk ALLAH bernama manusia.

Sebetulnya, aku spt biasa pagi ini mendengar celoteh DJ pagi di Hitz.fm.
Suddenly, there's one caller called them.
Pemanggil itu mencurahkan rasa kecewa kerana semakin kurangnya rasa COURTESY di kalangan manusia hari ini.
Begini kisahnya:
The caller, who's age is around late 50's.
Beliau menaiki komuter (train) dari Subang Jaya ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Sewaktu beliau melangkah masuk ke dalam train, semua seat train itu penuh.
Yg memenuhi tempat duduk itu adalah kebanyakannya remaja lingkungan umur belasan dan yg paling tua pun dalam 25 atau 26.
Saat melangkah, tidak seorang pun remaja2 yg duduk ini mahu mengalah memberikan tempat duduk pd si pemanggil ini td.
Seolah2, pemanggil ini tidak wujud.
Lebih mengecewakan, terdapat seorang wanita hamil (lingkungan 5 / 6 bln) juga turut berdiri spt pemanggil ini.
For God sake people!
Kalau aku berada di tmpt remaja itu semua, aku pasti membayangkan jika ibu atau lebih teruk, nenek kamu yg tidak berdaya itu mengalami situasi yg sama spt pemanggil itu tadi.
Kamu pasti marah, malah bengang agaknya.
Alhamdulillah, sepanjang aku menaiki perkhidmatan awam, aku sentiasa memberi ruang buat yg hamil atau golden citizen utk duduk sekiranya aku mendapat peluang duduk di tempat duduk.
InsyaAllah, satu benda baik yg kita lakukan, TUHAN akan balas dgn berlipat ganda.
Satu lagi cerita dari seorang lagi pemanggil.
Beliau dgn sungguh belas ihsan, sdg memandu keretanya.
Sampai ke satu simpang, beliau memberi laluan kepada 5 buah kereta utk masuk ke simpang atas dasar COURTESYnya.
Tiba2, dia di 'honk' oleh pemandu yg membawa Toyota Harrier dibelakangnya, yg seolah2 tidak sempat2 utk jalan.
Xapalah, mungkin pemandu kaya Toyota Harrier itu sedang menahan sakit perut hendak berak atau sedang mengemut2 tahan kencingnya.
Namun, yg lebih mengecewakan, usai si pemandu bongkak itu memotong caller yg memberi laluan td, dia menunjukkan isyarat jarinya.
Amboi, sungguh 'sopan' ya.
Mahu tunjuk cincin kamu kah?
Ini pula yg terjadi dpn mata aku.
Baru lagi, minggu lepas saat pulang dari kerja.
Aku memandu di highway yg punya 2 lane, aku di lane kanan (paling laju)
Di kiri, terdapat sebuah kancil putih dgn tanda "P".
Kamu semua pasti tahu jika ada pelekat "P" warna merah di tampal di cermin hadapan & belakang itu apa maknanya.
Dia memandu lagak spt org baru dpt lesen, namun xmengapa kerana sudah betul kedudukannya.
Memandu dgn kelajuan 60 km/j dan duduk di lane plg kiri.
Itu sudah bagus.
Tiba2, ntah datang dari arah mana.
Sebuah Gen 2 warna oren, yg telah di modify umpama kereta racing menderu di lane kiri.
Oleh kerana kereta byk, jadi tidak boleh bergerak sepantas mana (maklumlah, saat pulang kerja)
Namun, jarak kereta kancil "P" dgn kereta di hadapan agak jauh.
Kerana dia membawa dgn penuh berhati2 atau mungkin baru dpt lesen memandu.
Dengan xsemena2, mungkin si Gen 2 itu sedang tergesa2 mencari toilet akibat tidak dapat menahan 'hajat'nya(sementelah, jika mahu memotong dgn memasuki lane kanan, ada kereta aku, di belakang aku juga ada sebuah Kia Spectra yg jaraknya xsampai 2 meter dari kereta aku, jadi dia tidak punya ruang utk memotong.)
Makanya, dia dgn begitu bongkak membunyikan 'honk' nya sepanjang2nya yg dia boleh kepada si kancil "P" tadi.
Aduh kawan! Tiada ruang kamu mahu memotong, sabar lah sikit!
Lagipun, kamu tau kamu di lane sebelah kiri, lane plg perlahan, kenapa kamu berada di c2.
Sementelah kereta sgt byk, waktu pulang kerja kan.
Xkan dapat kamu mahu race spt F1 punya.
Sikitpun tiada rasa COURTESY nya pada si kancil "P" tadi.
Bg aku, kancil "P" itu tidak bersalah. Dia berada di lorong yg betul.
Agaknya, bagaimana kah caranya mengembalikan COURTESY yg makin pupus ini?














