Followers

Thursday, September 30, 2010

Na na na na na T'ganu kiteee!

just came back from Tganu..
believe me, it is really tiring..
tp tuntutan kerja, lakukan dgn ikhlas..

actually, i love Terengganu, specially Kuala Terengganu..
bukan sbb my ex bf (Kamarul of coz) is from Terengganu..
after grad, i'd keep a dream of working here..
3 kota yg aku aim utk bekerja (selain KL) ialah:

1. Langkawi
2. Kuala Terengganu
3. Kuching


tp, semua application yg aku buat utk kerja di ke3 bndr di atas di reject..
xapalah, xde rezeki kot..

driving from Seri Kembangan (my office) to KT, really challenging..
this is first time of me driving long distance mileage using my 'pride & joy'
6 jam, lenguh jugak kaki, moreover, its manual car..
nasib blk tu, Syam (my colleague) yg drive..
aku ape lagi, layan mimpi indah la, wpun xindah mana.. :D


photo caption: sebahagian dari pantai Kuala Terengganu

this is 3rd time aku berada di Kuala Terengganu (KT)
1stime, when i was in standard 5, melancong dgn family aku..
2ndtime, when i was in Messa's wedding, 2 in 1 la.. melancong dgn Arah & Ain + gi majlis kahwin Mellissa..


aku suka Kuala Terengganu..
mendamaikan, walaupun cuaca agak panas..
suasana pantai ttp ada..


photo caption: masjid terapung.. xpernah berkesempatan solat disini, namun pernah bersolat di masjid kristal.. :-)

namun, ke Kuala Terengganu, aku harus melalui Marang specially Kg. Rhu Rendang..
makanya, ingatan pasti melayang kpd Kamarul..
kerana, dia adalah berasal dari c2..
aku cuba buang dia jauh2, kerana dia pasti sudah ketemu cinta baru..
begitu juga aku (harap2nya, wpun belum pasti)

mungkin ada rezeki, aku boleh bekerja di cni..
dgr2nya, boss aku ingin buka cwgn di sini..
jika benar, aku org pertama akan memohon..

:-) i'm certainly will come back to KT..
for sure, next week for 1 week (coz of the event)..
and nak ajak my besty bercuti lagi di c2 sbb aku baru dpt port baik punye utk homestay yg sgt cantik & murah.. :D

Tuesday, September 28, 2010

Perasaan itu

sudah lama tidak merasai perasaan ini..
kali terakhir merasainya, waktu dilamun cinta dgn kamarul..

rindunyaaaaaa pada dia...

arrgggh!

Monday, September 27, 2010

Musim bunga dah tiba

Dan cinta pun berputik..
Namun, hati belum mahu berkata2..
Semoga di permudahkan segala urusan oleh-Nya..









p/s: gambar2 ini di ambil sewaktu aku & dia menghadiri openhouse semalam (ahad) dan minggu lepas.. :-)

MEGA REUNION AIDILFITRI SAMER 2010

Alhamdulillah, dgn izin Allah, MEGA REUNION AIDILFITRI SAMER 2010 selamat berjalan..
Walaupun hanya dihadiri oleh tidak sampai 500 org (dimana dianggarkan dlm 700 org akan hadir), namun ia ttp meriah..


As one of the committee, i am vary happy to see the event gone smoothly..
I was so happy to c my junior & senior when i was in secondary school..
During the reunion, mcm2 cerita keluar..
Rasa mcm ingin kembali semula ke sekolah menengah..

Xlupa, gmbr2 ini menceritakan kegembiraan aku..


photo caption: malam rehearsal..


photo caption: PERKASA13 (my batch)


photo caption: ustaz paling sporting berbaju batik.. Ustaz Yusri


photo caption: jejaka2 gantang batch aku.. :D


photo caption: dari kiri - Kak Awin (ketua dorm aku masa form 1), kak Fara, Kak Anor & me.. :D

p/s: SAMER is stand for Sekolah Agama Menengah Rawang.

Friday, September 24, 2010

Nauzubillahimin zalik..

Sebenarnya, dah lama aku mahu menulis hal ni..

Mula2 masuk ke company aku skrg, aku sgt impress..
Impress dgn boss aku yg membuka company ini dgn isterinya yg tercinta..
Bagaimana hbgn suami isteri diistilah kan dlm istilah bisness..


Namun td, segalanya berubah, apabila kami di dlm office dikejutkan dgn satu pertengkaran besar..
My boss's wife yelling at him, then my boss yelled back at her..

Mengikut kata Amy (designer), ini pertama kali pertengkaran besar berlaku di office..
Kerana sepatutnya, sbg profesional, hal2 rmhtangga jgn di bawa ke dlm office..
Walau bagaimanapun, aku sgt tabik & respect boss aku kerana dia masih mampu mengawal kemarahan & bersikap profesional kpd kami pekerja2 sejurus selepas pertengkaran itu..

Keluar dari biliknya, dia sambil tersenyum berkata pd aku, "Tkah, u siapkan dulu proposal tu, nti blk jap lagi i tgk ok"
Kalau aku, aku xtau masih mampu atau tidak mengawal kemarahan..


Nway, dikhabarkan dari sumber2 yg tertentu, mereka sudah tidak sefahaman lagi..
10 tahun, bukan satu masa yg sekejap..
Masa yg lama utk mengenali hati budi masing2..
Dari cerita yg aku dgr, mereka bersama since my boss menunggang C70 sahaja, sehinggalah my boss hari ini mampu memiliki Mercedes AMG & Golf GTI..
Sewaktu company ini baru merangkak, hinggalah sudah establish..

Namun, ape kepincangan sebenarnya?
Dgrnye, somebody yg sgt dengki dgn kebahagiaan mereka telah cuba 'berbuat' sesuatu kpd rmhtgga itu..
Di bubuh pembenci pd sang suami, spya sang suami bencikan isteri..

Sang isteri pernah bercerita secara ringkas pd aku, raya thn ini mmg tidak bermakna lansung buat dia..
Mereka raya berasingan..
Anak2 mengikut dia..
Sang suami lansung tidak berkunjung ke rmh sang isteri..
Begitu juga sebaliknya..
Setidak2nya, biar la ukhuwah dgn keluarga mertua masih dikekalkan..

Nauzubillahi minzalik.. Minta jgn terjadi pd rumah tangga aku kelak..

P/S: utk my boss & isterinya, aku sgt mendoakan agar kalian kembali spt biasa (wpun aku dgr bahawa lafaz cerai sudah ditalakkan, cuma menanti kesahihan dari mahkamah) kerana bossku & isterinya adalah tergolong dlm majikan yg sgt baik hati. amin......

Thursday, September 23, 2010

Doaku (dititipkan dari doa Siti Zulaikha)

Ya Allah Ya Tuhanku,

Seandainya telah kau catatkan dia milikku..
Tercipta buatku, dekatkan dia padaku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..

Titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi..
Seiringan kami dalam melayari..
Hidup kesepian yang sejahtera..

Tetapi Tuhanku..
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku..
Luputkan dia dari ingatanku..


Ya Tuhan Yang Maha Mengerti..
Gantikanlah yang telah hilang..
Meskipun tak akan sama dengan dirinya..


Ya Tuhanku..
Berikanlah kekuatan agar aku rasa bahagia walaupun tanpa dirinya..
Jika benar cinta itu cinta sejati, maka bebaskan ITU..
Jika benar cinta itu suci.. ia pasti akan datang sendiri..
Tetapi jika cinta itu pergi dan tidak berkunjung lagi,
Maka anggaplah cinta itu memang tidak wujud dari awal lagi..

Jika benar dia dijadikan untukku..
Maka rapatkanlah hubunganku dengannya..
Tetapi..
Jika dia bukan dijadikan untukku, maka jauhkan aku daripadanya dan hapuskanlah perasaanku terhadapnya..


Amin ya Rabbal alamin..

p/s: Semenjak mengenali dia, doa ini xputus2 aku ucapkan usai solat.. Moga Allah 'membantu' ku kali ini..

Monday, September 20, 2010

Kali pertama

smlm adalah hari yg aku xkan lupakan seumur hidup..
walaupun aku & dia belum sahih lagi memiliki hati masing2, tapi semalam buat pertama kalinya aku menghadapi situasi like berjumpa mak mertua..
hahahahaha...

sebenarnya, smlm adalah majlis open house di rmh dia..
but, when he asked me to come, he said, "awak, ahad ni sy buat open house, awak dtg yer, JUMPE DGN MAK"
erk, agak terkedu di c2.. ini lah pengalaman pertama aku berjumpa dgn 'mak'.. hahahaha..

with Kamarul, aku hanya sempat di bawa berjumpa dgn Kak Longnya..
alhamdulillah, sampai ke hari ni aku masih baik dgn Kak Long Fiza..
still bersms bila lapang..
tp aku xpernah di bawa berjumpe cek (pggln mak utk org Tganu) Kamarul..
so, consider berjumpa dgn ibu nya sbg kali pertama..

aku mengajak Fara menemankan aku kerana kebetulan, Fara adalah rakan sekolah dia merangkap matchmaker kami (match ke? hahahaha)
aku memilih utk berbaju kurung walaupun kalau sebelum ni aku ke open house, aku jarang berbaju kurung, lebih selesa mengenakan jeans & casual wear)
aku pun xtau nape aku memilih berbaju kurung warna putih bunga hitam & tudung hitam..
then, aku sms Fara & Cna bertanyakan mereka, perlu atau x aku membawa ole2..
mereka kata, "PERLU!"

hahahaha.. akhirnya, aku bawa sebekas kuih bangkit sbg tanda mata dari aku utk maknya..


photo caption: gmbr candid yg diambil oleh kwn dia..

sampai2 je, aku diusik oleh kwn2 ex skulmate dia mengatakan kami sedondon.. aku pun xperasan dia mengenakan bj kemeja berwarna hitam..
dari jauh aku nampak mak nya..
dup dap dup dap jantung aku..
maknya kelihatan sgt peramah & sporting..
akhirnya aku bersalam dgn mak nya.. apabila xramai org di sekeliling maknya, aku menghulurkan buah tgn yg aku bwk..
"makcik, sy bwk kuih raya utk makcik, tp xtau lah sedap ke x"

lantas, muka ku yg hitam ini terus blushing sebaik maknya terus mengusikku..
"haaaaa, ni lah menantu mak ni Akbar.. org lain dtg xde bg mak kuih raya, dia sorang jer yg bg mak kuih raya"
OMG, seriusly malu gila..
org2 yg ada disitu terus2 mengusik aku & Akbar..
kwn2 Akbar lagi galak mengusik..

******sebenarnya, aku agak fobia nak berjumpa dgn 'mak' ni..
yerla, fobia BEING REJECTED..
takut2 'mak' tu nanti jenis memilih..
nak yg keje govt jer, yg cantik jer, yg kurus kering jer..
hik hik..*******


alhamdulillah, mak Akbar xmcm tu..
best betul aku borak2 dgn mak dia..
jgn xtau, aku siap duduk kat dapur temankan mak dia makan nasi..
sambil tu borak2..
Akbar pun xtau.. dia cbuk layan kwn2 dia..


aku sebenarnya xmau nampak obvious sgt yg aku sdg 'berkawan' dgn Akbar..
so aku xlah byk bercakap dgn Akbar..
but, adik Akbar, Ila mcm tau2 je there's something going on btwn us..
akhirnya, dia lah yg paling rajin 'mengorek' rahsia aku..

bila dia mula interview, terus kakak ipar akbar & 2 org kakaknya duduk di dpn aku..
sumenye interview aku non stop..
namun mereka sgt sporting...

kakak2nya & adiknya cbuk menyuruh Akbar cpt2 masuk meminang aku..
namun Akbar hanya senyum, diam sahaja..
mengiakan tidak, menidakkan juga tidak..
oleh sbb itu, aku juga mengambil lgkh yg sama.. :-D


nway, aku xkan lupakan pengalaman kali pertama semalam..
:-)

Friday, September 17, 2010

Terima kasih Shah Alam


photo caption: masjid shah alam..

Kali pertama aku ke Bandar yg dianugerahkan sbg Bandar Anggerik ini ialah waktu darjah 5. Aku masih ingat lagi, waktu itu aku menyertai rombongan pustakawan sekolah melawat perpustakaan negeri Selangor, masjid Shah Alam & kompleks PKNS. Waktu tu sgt happy. Yerla, first time dpt melawat Shah Alam yg dicanangkan sgt hebat.

Masjid Shah Alam waktu itu, mmg terbaik. Ambil wuduk pun, airnya keluar secara automatic. Xada masjid dlm Malaysia ni yg standing dgn masjid ni (pada waktu tu lah). Tp skrg dah mcm2 masjid yg canggih2 mcm masjid Kristal kat Terengganu & masjid Besi kat Putrajaya (Alhamdulillah, dah pernah solat kat dua2 masjid ni). Tp satu la penat dgn masjid Shah Alam ni, penat nak daki tangga. Tinggi betul nak ke tempat solat muslimah.

Lepas darjah 5, jarang aku ke Shah Alam kecuali if nak gi raya / tgk pak yang aku yg duk dgn mertua dia kat section 19 Shah Alam. Tp mmg aku kurang familiar dgn jalan2 kat Shah Alam. Agak lama juga xke Shah Alam until aku berjaya diterima oleh UiTM utk menyambung pengajian diploma aku.


photo caption: UiTM pun makin gah..

Masa pertama kali menjejakkan kaki ke Shah Alam setelah sekian lama & setelah bergelar seorang student UiTM, aku agak lost. Tgk area Shah Alam dgn menaiki bas. Byk betul roundabout. Mmg agak confuse pd sesape yg 1stime dtg Shah Alam. Hmm, waktu tu aku mmg xada kereta lagi. Jadi nak outing ke PKNS or ke Plaza Alam Central (port student time tu lah), hanya naik bas UiTM dari Seroja / Menara ke section 2. Then dari section 2, naik bas or cab ke PKNS. Tp biasalah, waktu jadi student, sume kene berjimat. Jadi aku jarang nak naik cab unless dah lambat sgt nak blk hostel (maklumla, hostel limit masa sampai kul 11 jer, pastu kene saman dgn fuck guard uitm, hahahaha).

Kebetulan, waktu part 3, aku & geng2 aku (Mas, Messa, Eanie, Ja & Nora) xdpt hostel, jadi kami decide utk menyewa kat flat section 7. Blkg uitm jer. Waktu tu, area section 7 tmpt flet kami tinggal tu hutan2 jer. Tanah plak lapang2 belaka tanda diorg baru nak buat construction rumah2. Mmg xde sesape nak tinggal kat c2, bukan laluan bas atau cab. So if kami nak ke kelas pun, kami harus jalan kaki smpi 2nd gate uitm (pintu pgr belakang), then amik bas uitm naik menara. Punyela seksa time tu.

Kat section 2 pun, hanya ada gerai2 yg di labelkan kategori C (kategori lemah oleh MBSA tahap kebersihannya). Tp gerai2 ni la paling laku di klgn student. Sbb ape? Selain dkt dgn UiTM, murah pun satu factor kenapa gerai2 ni laku sekali. But, in the middle of my degree, gerai2 tu dirobohkan utk die buat gerai baru. So automatically, gerai2 tu dipindahkan dkt section 2, dpn Wet World. So pd sesapa yg xde kereta sendiri. Kene turun kat section 2 or PKNS, then jalan sket ke dpn utk makan. Seksa kan?

Bila naik degree, mcm2 benda baru dah wujud kat Shah Alam, specifically sekitar UiTM. First, McD yg tersegam indah, 24 hours opened with drive tru dah ada kat section 3. Then SACC mall pulak tersergam indah belakang PKNS. Then semakin byk flet baru bukak di blkg flet yg pernah aku sewa dgn geng2 aku. Kedai2 mkn pun byk kat area c2, antaranya, Hakim baru section 7 tmpt hot spot student. Plg penting, tmpt pertemuan pertama aku dgn Kamarul. Akan aku ingat sampai bila2. Section 18 pulak, dari Giant & kedai2 biasa, dah ada Mydin & mcm2 lagi kedai bagus2 kat area c2. Kat c2, Mas my besty jumpe her hubby waktu kami mkn mlm. Tp diorg kekal hingga hari ini. Aku je yg stuck, hehehehe.

Lately, selepas a while aku grad dari UiTM & dah bekerja, aku ada jugak sekali sekala (lbh kurang 3 / 4 bln sekali) aku akan ke Shah Alam utk bertemu dgn client aku. Makin maju Shah Alam. Semakin bertuahla adik2 aku yg dah bergelar mahasiswa UiTM. Mcm2 ada, dah xsesusah zmn aku belajar dulu.

Aku mulakan dgn section 2. Selain McD yg dah tersegam indah tu, KFC pun dah ada siap dgn drive tru sekali di dirikan sebelah gerai2 kategori C yg dah siap direnovate. Kalau di McD, aku mmg dah biasa lepak c2 specially dgn Kamarul or Kak Sara. But, KFC I’ve never been there yet. Baru lagi dibina. But, really impress me. Specially bila baru 2 / 3 thn aku meninggalkan UiTM.

Section 13 pun xkurang hebatnya. Selain dari Giant yg dah sedia ada kat c2, MSU pun baru didirikan kat c2. Kampus utama MSU, betul2 tersergam indah sebelah Elite Highway. Dan mcm biasa, yg best, tentulah makan thingy. Drive tru KFC & Burger King ada berdekatan MSU lama (Kolej PTPL). Mmg bagus sesiapa yg memberi idea ttg itu. Selain drive tru 2 restoran makanan segera terkenal, kat c2 juga didirikan extreme game arena such as rock climbing, skate boarding area, BMX cycling field & mcm2 lagi. Mmg sesuai utk remaja. Lepas penat lelah dgn extreme game tu, boleh la duduk melepaskan lelah, menghilangkan dahaga & lapar kat Burger King or KFC.

Section 24 pulak, kalau dulu hanya hutan piutan jer. Waktu aku sambung degree, agak meriah sket sbb ada uptown (pecahan dari Damansara Uptown). But now, makin meriah dgn adanya kedai2 makan sekitar uptown tu. Di tambah dgn adanya hiway LKSA. Aku pun xpernah lalu lagi hiway ni. Xtau di mana ia bermula, dan xtahu di mana ia berakhir.

Dan yg paling aku nak sgt ceritakan, excited betul aku nak ceritakan ialah perubahan di section 7. Dulu, waktu aku di semester 3 diploma OM, sekitar thn 2003, hanya ada hutan & a few block of flat house. Tp skrg, payah nak cerita. Segala2nya ada. Ada drive tru Pizza Hut & KFC. Ada supermarket Bintang yg di atasnya ada open court for futsal (which I’ve played futsal once there), ada pusat kain Jakel & tudung ariani punye kedai. Mcm2 kedai ada di area c2. Dan yg plg best, ada I-City yg sgt meriah di waktu malam. Berkerlipan dan berwarna warni. Aku pernah menyimpan angan2 nak buat pre-wedding shoot dkt I-City dgn Kamarul. Tp angan2 tu tinggal harapan yg xkan kesampaian. Apa2pun, aku akan ke c2 jugak 1 day. Xksh la dgn siapa.


photo caption: cantikkan i-city di waktu malam?

Shah Alam, sampai skrg aku masih menyimpan angan ingin kembali ke c2. Ingat lagi waktu hari ‘terakhir’ aku di Shah Alam. Airmata aku laju keluar. 7 tahun aku di Shah Alam, ia seakan rumah kedua aku. Xdpt aku bygkan meninggalkan Shah Alam yg dah sebati dgn diri aku. Salah satu sbb, xmau berjauhan dgn Kamarul. Sedihnya, hanya Allah yg tahu. 2 3 hari jugak aku murung meninggalkan Shah Alam. Setiap hari bukak The Star & hantar resume hanya pd company2 yg ada di Shah Alam. Namun Allah tu maha mengetahui, rezeki aku bukan di Shah Alam walaupun hati aku meronta2 nak kerja di Shah Alam, sambung menetap di c2.

Namun, hari ini berlainan. Aku dah xda simpan perasaan ingin kembali di Shah Alam. Walau apapun, Shah Alam aku tetap akan kenang. Di situlah tempat aku berjumpa cinta pertama aku. Di situ jugak aku di kecewakan. Di situ jugak, aku menimba ilmu & kenal dgn berbagai ragam, erti kehidupan, sejuta penipuan, secebis kebaikan dan kemanisan cinta.

Terima kasih Shah Alam.

Tuesday, September 14, 2010

Finally, it's complete!

Alhamdulillah atas rezeki yg Allah kurniakan kpd aku..
Nway, ingat x azam baru aku..
Antaranya, nak melengkapkan koleksi gadget utk thn 2010 ni..

Handphone, dah dpt (Nokia 5730)
GPS pun dah dpt waktu beli kereta aritu (Proton GPS powered by TM Loockatoo)
Kereta pun alhamdulillah, dah ada..
& Finally, 2 hari lepas, aku dpt netbook yg aku idam2kan..
Brand ACER Aspire One.. Warna turqoise (actually, aku nak color putih)



Jadilah kan, 10" pun, xksh la..
Coz tujuan asal nak surfing jer..
Buat keje office, kat PC office la kan..
So pasni, xde la aku mati kutu if weekend aku duk rmh jer..



Langkah seterusnya, aku akan ke Celcom Centre berhampiran utk melanggan broadband mereka..

P/S: Thanks very much to my daddy.. :-)

Lovely raya pic

Saya sgt suka picture ini..
Thanks to Cna's camera..
Super canggih Sony Cybershot color pink..



Bak kata Cna, jerawat pun xkan nampak..
Hik Hik..
Pic ni pun ada di blog Cna..

p/s: encik Awak, nti sy upload di FB, sy tagged awak k.. :-)

I'm baking with LOVE

Tajuk di atas mengambil quote dari status fb my good friend, Lyd. Boleh ek Lyd? :D

Alhamdulillah, setelah bertangguh lama, akhirnya menjadi jugak plan aku nak bake bread pudding..
Actualy, this is my fav desert..
If aku gi buffet Ramadhan kat hotel2, mmg bread pudding ni aku cari..
Tp certain2 hotel xbuat bread pudding..

But, my favourite bread pudding is bread pudding made by banquet KL Convention Centre..
Thn 2008 aku ke buffet Ramadhan diorg, mmg bread pudding aku lantak lebih..
Hehehehe..
Sbbkan dah kemaruk bread pudding, so aku pun try cari resipi kat internet..
Cari yg simple2 dulu, yg xguna byk benda..

Akhirnya, ini lah hasilnya..
Bahan2nya sgt simple..
Telur, susu segar, roti, kismis, esen vanila & gula..
Cara penyediaan pun quite simple, xla remeh2 sgt..
Kebetulan, oven buat kuih mak aku xsimpan lg..
So aku pun try la buat..



Adik aku ckp sedap..
Ayah aku pun sama..

Angah, aku xsmpt tanya either dier smpt rasa ke x..
Nway, ni lah gmbr yg sempat aku rakam, bila dah di potong, curahkan krimer sejat..
Ada setgh org, curahkan caramel (sugar syrup)..



Satu yg aku suka jika masakan aku menjadi for the 1st time ialah, aku akan teruja nak try new recipe next time nyer..
InsyaAllah, aku nak try buat puding caramel plak after this..

:-)

Monday, September 13, 2010

Sabar

SABAR..

Itulah kata kunci yg aku pegang skrg..
Nway, i think i find my Mr. Right..
But, i need to let this relationship go with nature's flow..

Semoga Allah merahmati hbgn ini..
Dan biarlah ia berlandaskan keutuhan Islam & kecantikan Melayu..

InsyaAllah..

Friday, September 10, 2010

Never be the same again

alhamdulillah, hari ini, semua umat islam menyambut hari kemenangan iaitu 1 Syawal 1431H, hari raya Aidilfitri..
mcm yg aku pernah tulis dlm blog aku thn lepas, raya thn lepas merupakan raya plg boring yg pernah aku rasa..

namun, aku mahu bersyukur..
raya thn ini sgt berbeza dgn raya thn lepas..
adakah raya thn ini menjanjikan 'suatu permulaan'?
atau hanyalah suatu harapan yg tiada akan kesampaian..
apa2pun, aku bersyukur kerana aku sgt seronok hari ini..

bermula dgn beraya di rmh Cna..
aku & dia ke rumah Farawahida..
mlmnya aku beraya ke rmh nenek tangga (nenek rmh sebelah) dgn adik aku, angah..


photo caption: me with Mrs. Cna (mummy to be)

sesungguhnya, ada hikmahnya raya ku suram thn lepas..
thank you Allah for Aidilfitri 1431H.. :-)


photo caption: masih teman biasa.. ;-)

Tuesday, September 7, 2010

Selamat hari raya aidilfitri



Bismillahirrahmanirahim

Assalmualaikum W.B.T. Saya yg bernama Nur Atikah Abd Rashid, dgn penuh rasa rendah diri & ikhlas hati ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog saya ini.

Maaf saya pinta seandainya ada kata2 dlm blog ini yg telah mengguris perasaan kalian samada secara saya sedar atau tidak. Sesungguhnya, manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

Seandainya kamu semua beraya di sekitar KL - Selangor, jemputlah dtg beraya di rumah saya yg terletak di Seri Kundang, Rawang.

Semoga Syawal kali ini memberikan 1001 rahmat & keberkatan utk anda sekeluarga.

Wassalam.

Monday, September 6, 2010

Etika telefon bimbit

Dunia skrg, all about technology.

Bila ditanya, apa kah barang yg buat kamu xkeruan jika kamu tinggalkan.
Rasanya 100% org menjawab handphone atau telefon bimbit.
Tp dlm zmn yg mana org xboleh hidup tanpa telefon bimbit ni, ada jugak yg agak kuno.
Ada telefon bimbit pun, tp mcm xada saja.

Sometime, i really wonder, why these ppl cannot think wisely.
Bukan apa, sometime, aku selalu sms / call these people bcoz i need to talk to them of something yg really urgent.
But, selalu akan dibiarkan sepi panggilan aku tu.

Policy aku, aku akan call 2X. If xjwb, aku stop dulu.
Lg setgh jam aku akan call blk.
But, if terlalu penting, aku akan call 2X, but if xjwb, i'll text them.
Mungkin they're in meeting or tgh solat.
Tp xboleh kah kalau nampak ada misscall / sms di handphone tu, tolong la reply sket.
Mana tahu, hal yg sgt urgent like melibatkan kematian.


Aku sendiri pun, if ada org call, but i miss to pick the call, i'll call back.
If i were in the meeting, i will sms back telling them i can't entertain them, will call them back later.
Tp aku heran dgn perangai pelik manusia yg xde common sense ni.
Cuba kalau aku nak call kamu, nak bgtau mak kamu meninggal.
Kamu ignore call / sms dari aku, tibe2 kamu teragak nak baca sms tu petangnya.
Waktu tu, ibu kamu dah selamat di dlm liang lahad.
Dah xboleh nak ckp ape lg dah.


Sms pun sama. Bohonglah kalau kata telefon xda credit.
Hello, zmn skrg, RM5 pun dpt top up tau.
Kalau yer pun kamu punye handphone kena bar, xkan la ambil masa yg lama utk unbar blk.
Sengkeknya kamu!
Bila aku sms, at least jwbla.
Kalau terlalu bz, just reply by saying that u r bz, u'll sms / reply me later.



Sakit hati bila difikirkan.
Nak2 jika hal yg aku nak ckp tu really urgent.
Baik xpyh guna hp mcm tu.
Nama je guna BB, I-Phone or HTC.
Tp xdigunakan sepenuhnya.
Buat hiasan dlm almari je lah mcm tu!


Sunday, September 5, 2010

Aidilfitri

Hari ini, 27 Ramadhan 1431H.
Tinggal 3 hari sahaja lagi kita berpuasa.
Utk waktu skrg, mungkin ramai umat Islam kat Malaysia ni yg dah mula bercuti.
Xkurang juga yg dah blk kg jumpa keluarga yg tersyg.

Entry kali ini, aku nak cerita pasal AIDILFITRI.
All about raya.
Persiapan, kenangan & mcm2 cerita berkaitan HARI RAYA.

Baju raya - Sejak aku menginjak ke zmn sekolah menengah, mmg persiapan raya untuk bj raya aku sgt sederhana. Kalau waktu kecil2 dulu, bj raya 4 / 5 psg, now cukup sepsg saja. Itupun aku jarang pakai new baju raya on 1st raya. Normally, 1st raya aku akan pakai bj kurung lama unless aku nak berjalan raya on that day. Biasanya 1st raya layan org dtg rumah. So lebih selesa berbaju kurung lama. Senang nak buat kerja, basuh pggn mangkuk semua tu. Utk thn ni, mcm biasa, aku beli bj raya dgn BFF aku, Natrah kat Jln TAR. Sepsg je cukup. Tudung / kasut boleh guna yg lama2 sementelah kasut aku yg lama2 pun byk xhabis guna lagi. Bj kurung pun aku pilih yg biasa2 je. Asal selesa.

Ckp pasal baju raya, dah 2 thn aku beli bj raya sendiri. Kalau waktu dgn Kamarul dulu, dia yg akan belikan bj raya aku, mengikut tema warna yg kami pilih. Mesti akan pakai sedondon. Aku smpt 3X beraya dgn dia. 1st year raya dgn dia, tema kami coklat. 2nd year hijau pucuk pisang & final year pink. Since dgn Kamarul, mmg aku akan shopping raya ikut dia. & dia jugak yg sponsor bj raya aku. Biasanya tmpt kami cari bj raya, xlain xbukan di PKNS jugak. Since dia pun dah biasa dgn tmpt tu. Ok, stop. Kenangan ttp kenangan. Life must go on.


Jln TAR - Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jln TAR mmg xdpt dipisahkan dgn Aidilfitri & persiapannya. Bak kata kwn aku, Farahiyan, "Tkah, xlengkap raya ni if xberkunjung ke Jln TAR". Mungkin juga. Actually, since aku dah xdgn Kamarul, aku mmg antara pengunjung setia Jln TAR bersama best friend ku Natrah. Walau bukan time puasa pun, aku suka ke Jln TAR. Bukan apa, koleksi tudungnya, boleh buat aku rambang mata. Oleh kerana lagi seminggu nak raya ni, biasanya hawkers @ Jln TAR hanya beroperasi hingga pukul 11 mlm. Namun, aku pergi dgn Arah jumaat lepas, pukul 2 pg pun belum tutup lg. Agak kelakar kerana org teramat ramai waktu itu. Berhimpit2 waktu berjalan. Pukul 2 pg mcm pukul 11 pg. Mungkin org suka ke c2 waktu malam, advantagenye di bulan puasa ini boleh mkn & minum.

Aku rasa Malaysia book of record la ble waktu di jam aku menunjukkan pukul 1.45 pagi, tp dpn Sogo, kereta stuck in the traffic jam mcm pukul 5 ptg waktu bekerja. Aku sempat merakamkan gmbr kereta yg bersesak di hdpn kompleks Sogo ni.




Juadah raya - Dulu, waktu zmn diploma, aku kurang amik tau juadah raya. Tp sejak dah kerja, aku antara penyumbang kpd juadah pg raya. Dah 2 thn berturut2, pg raya mak aku akan buat nasi minyak, aku akan sediakan ayam masak merahnya. Tp thn ni aku plan utk buat lontong. Mak aku pulak nak buat nasi impit kuah kacang & still nasi minyak. So aku kene jugak buat ayam masak merah thn ni. Nenek aku mcm biasa akan buat rendang ayam & daging utk dimakan dgn lemang yg dibeli.

Balik kampung - Sesungguhnya, Allah sahaja yg tahu kerinduan aku kepada acara blk kg. Sejak arwah tok & nenek perak aku dah xda, aku hanya beraya di Lembah Kelang sahaja. Kenikmatan berjalan jauh & blk kg, mmg dah xdikecapi lagi. Since arwah atok aku dah xde lagi dah xrasa blk kg. Sbb arwah Opah dah tggl kat Tropicana dgn acik Rafi.

Aku suke keadaan di mana mak aku akan bwk bekal dalam kereta (kalau blk mlm). Singgah di Ipoh beli limau bali. Kalau nasib baik, ayah aku akan konvoy blk kg dgn pak long, pak yang, mak andak & acik Rafi. Tu masa adik beradik ayah aku masih bersatu. Now no more. Sorang ke utara, sorang ke selatan. Aku harap aku bertemu jodoh dgn org yg di luar lembah Kelang. Nak rasa blk pengalaman blk kg.


Kuih raya kegemaran - Waktu zmn kecik2 dulu, aku sgt suka kuih mazola (biskut kacang). Biskut ni mak aku buat. Resipi turun temurun dari moyang aku. But now, mcm2 kuih dah wujud kan. So byk gak la yg aku suka. One of them cornflakes madu. Buat kuih ni mmg senang. Coz gaul2 dgn madu jer. Tp ada sekali aku buat xjadi. Bukan apa, jadi lemau. Mungkin sbb xcpt2 masukkan dlm balang kot. Satu lagi kuih kegemaran aku, batang buruk. Dulu waktu aku kat kg, arwah nenek aku salu beli btg buruk ada kat sorang makcik duk kat kg ayah aku. Mmg sedap, kacang dia sgt terasa. Penuh di isi kat batang tu.

Lagu raya - Ada byk lagu raya yg aku gemar. Namun yg plg aku suka "Sepasang Kurung Biru" by PM Khairil Johari Johar. Selain dari tu, aku sgt suka lagu raya dari Junainah M Amin, "Salam Dunia" dari M.Nasir and "Pulanglah" dari Aishah. Yg tu versi evergreen. If lagu raya baru plak aku suke "Setahun Sekali" by Amy Mastura & "Nazam Lebaran" by Dato' Ct. Bg aku, better psg lagu raya, lagi 10 hari nak raya. Time tu dah rasa kemeriahan raya. If pasang awal2, cam xbest jer.

Rasanya, byk lagi pasal Aidilfitri yg aku nak share. But, mcm dah xde idea nak menulis. Dulu, zmn knk2, aku kumpul duit raya. Tp skrg aku yg kene bagi $ raya. For now, tiap2 thn aku spend RM100 utk duit raya. Tp xabis bg pun.

Nway, semoga Syawal thn ni memberi sinar bahagia utk diri aku & juga family. InsyaAllah.

Thursday, September 2, 2010

A.D.A.M nun jauh di sana

Blk dari UiTM tadi, aku singgah beli brg kat South City Plaza, Seri Kembangan.
Sepjg berjalan dlm shopping complex tu, ramai betul pak2 & mak2 arab yg aku jumpe.

Actually, area2 The Mines ni mmg byk pak2 & mak2 arab.
Satu factor yg buat diorg byk kat cni sbb, tourism Msia kat arab tu mmg dok cbuk promote 3 tmpt kat Msia ni.
KLCC-The Mines-Sunway Pyramid
So dorg membanjiri 3 tmpt ni coz bg diorg, tmpt ni sgt2 la havoc & hebat (ke??)

Dah terlanjur tgk foreigners from timur tgh ni.
Aku teringat zmn2 aku study dulu.
Beside skandal dgn lelaki melayu & india, aku gak ada skandal dgn lelaki foreigners.
So, aku nak citer pengalaman aku rapat dgn mamat2 timur tgh / foreigners ni.


First sekali aku pernah kawan dgn mamat engineer nama Hafiz. He's originally from Pakistan but his parent berwarganegara UK. Dia dtg Msia ni coz bertugas as engineer. Kenal dier from MIRC. Sempat la kwn dgn dia. One thing i like about him, dia ni xkedekut. Tp 1 benda aku nyampah, dia ni suka mendesak.

Then aku kenal dgn sorang mamat nama Amir Hamzah Lingam. Originally from India. Lecturer kat UIA. Kenal waktu tu dia masuk UiTM nak cari DSB. Coz dia ada pembentangan kertas kerja antara2 uni kat c2. Dia mintak aku tolong tunjukkan kat mana DSB & PTAR (library UiTM). Start dari c2, dia always call2 & sms aku. There's nothing i like abt him. But one thing aku xsuka, dia suke stare at me semcm. Buat aku seram sejuk jer.

After that, aku stop dulu kenal dgn foreigner. Cari lelaki melayu blk. But xlama pastu, aku chat dgn sorang mamat from Nigeria. Kerja dgn UNICEF cwgn KL. Nama dia Saffwan. Waktu aku kwn dgn mamat ni, dia dlm proses nak tukar taraf kerakyatan jadi Malaysian. Dia ni very gentleman & soft spoken. Tp satu aku xsuka, dia ni sensitif sgt. If aku xboleh kuar dgn dia, mulelah merajuk mengalahkan perempuan. Ended up dia nak aku jadi gf dier, but aku refused.

Pastu aku ter'kenal' dgn sorang mmt negro originally from Ohio, USA. Nama dia Andy Steven. Mamat ni aku ckp, mmg sgt bias. Why aku ckp camtu. Waktu xjumpa aku lagi, beria2 ajak jumpe, ckp pun gentleman. After dah jumpe aku, tgk aku pakai tudung, terus jadi bias. Siap ckp, "If i ask u to take out ur hijab while walking with me, will u do it?". GTH la aku nak buat! If dah dasar American tu, American jugak!

Pastu aku berkenalan di ruang cyber dgn sorang mamat dari UAE. Nama dier Mahmud. Aku xingat apa nama penuh dia. Tp dia ni study kat MMU. Duduk kat Cyberjaya, tp sanggup dtg Shah Alam amik aku semata2 nak jumpe. Gentleman jugak. Seingat aku few times gak aku kuar dgn dia. Pergi makan mesti kat tmpt mahal2 jer. Org UAE la katakan, kayo kan. Dia siap beli keter Proton Saga cash lagi. Utk kegunaan dia kala kat Msia. Nti dah blk UAE, dia jual blk kete tu. But, satu yg aku xsuke dgn mamat ni, dia ni panic attach & kelam kelibut xtentu pasal. Hehehehe.

Namun, dlm byk2 foreigner yg aku kenal, aku plg xboleh lupe dgn sorang ni. Nama dia Eyad. He originally from Syria. Dtg Malaysia sbb study jugak. Dia study kat private college, aku xingat apa nama college ni, somewhere in Klang, did master there. Oleh kerana dia ni duk Klang, aku dok Shah Alam, makanya dia rajin betul 'terjah' aku. Kdg2 dia dah ada kat bwh rumah, then baru dia bgtau aku. Aku dgn terkocoh2 gi lah jumpa dia. But seriously, dia ni sgt lembut. Ikut jer ape aku ckp. Then everytime dia ajak aku teman dia shopping groceries kat Giant section 13 or Jusco Bkt Raja, dia akan belikan sekali groceries aku. Hehehe. Siap dgn shower gel & lotion bdn aku pun dia belikan jugak. Aku pernah saja tease dia, "Don't u wanna get serious with me". Dia mcm terkedu gak nak jwb soalan aku. Last day dia jumpe aku, lg seminggu dia nak blk Syria. Then baru lah dia luahkan, "Actually, im in love with u. I care & start to love u, but we don't have future. That's y i can't do anything & didn't declare our relationship. I'm gonna miss u." Sedih gak lah. Tp ape leh buat. Aku pun not 100% into him. Tp ape yg aku boleh ckp, aku syg dia lebih dari kwn, namun xsmpi tahap boyfriend. Lagipun, aku nak kawin dgn lelaki melayu ok!

After Eyad, aku berkenalan dgn Chef dari Pakistan jugak. His name was Tauqeer Rao. Aku pggl dia Rao je. Dia ni duda. Umur pun dah late 30. Dgn mamat ni, aku byk share ilmu masak memasak, bukan more to love relation ship. Tp satu aku xtahan. Bau bdn mamat ni. Mcm seminggu xmandi. Hahahaha.

Plg akhir aku kenal dgn foreigner ialah dgn Razak. He's a UIA student doing MBA. Dia dtg dari Kazakhstan. Yg ni aku kenal waktu aku baru lepas jumpe Arah (yg waktu tu pun student UIA). Otw blk, tetibe kancil aku buat hal, so si Razak ni la yg tolong aku. After that dia ckp aku owe dier blanja mkn, so aku dgn xde niat ape2 after that blanja lah dia mkn. After that, dia rajin sms & call aku. But this mamat mengaku kat negeri asal dia, dia ada gf. We went for movie sekali xslp aku kat MV. Now dah lost contact mcm tu jer.

Inilah serba sedikit cerita2 lelaki foreigner ni.
Walau apepun kelebihan diorg, aku ttp prefer Malay Guy.
Biar 100000 lelaki foreigner dtg, namun lelaki melayu ttp di hati aku. :-)

Iftar ayam penyet with Matrock & cik Ina

Actually, aku xpernah makan ayam penyet.
Hanya dgr org bercerita sdp lagi menggiurkan.
Tp smlm, last minute plan, cik Ina call me & ajak gi berbuka ayam penyet.
Ni sume idea Matrock a.k.a Azrul Syah.


photo caption: me & Matrock

Btw, Matrock ni mber aku masa diploma.
Dia ni mmg gila2 & satu kepala dgn aku.
Kalau dier buat lawak, aku gelak sampai menangis. Kuar air mata segala.
Masa dip, aku kurang rapat dgn dia.
Tp start rapat waktu degree, aku rapat dgn Ezy (hubby Asha), then terus rapat sekali dgn Matrock ni coz dier ni geng2 Ezy.


photo caption: me & cik Ina

Ina plak, ex Matrock merangkap best friend Asha.
So kirenya network la.
Link sana link cni, aku pun terlink sekali. :D

Kedai ni mmg sempoi, nampak cam kedai kampung je.
Tp sambal pecel dia, mmg gereeek wa cakap lu.
Xmcm kedai ayam penyet lain, sambal just sambal belacan, cair plak tu.
Sambal kat kedai ayam penyet sempot smlm, mmg terasa udang kering nya, pedas menggigit lidah, berpeluh2 mkn.


photo caption: terliur x? sedap gler!

Kat kedai ni ada Pecel Lele (ikan keli), Pecel Ayam, Pecel Itik & Pecel Daging.
Aku, Syafiq & June (member matrock) order Pecel Ayam.
Manakala Ina & Matrock order Ikan Keli.

Mula2 hdgn sampai, nampak biasa je.
Sekali pekena, pergggh! Mmg terangkat wa cakap lu.

Btw, aku dah upload all this photos kat FB.
Ramai gler yg dah terliur tgk.
Si Fadz & bini dia siap nak pegi arini.
Johan & Amy (my officemate) plak plan nak pi weekend ni.
Ramai jugak rupenya peminat ayam penyet. :D


P/S: pasni nak gi makan ramai2 ng Asha, Ezy, Ina & Matrock kat kedai satay keramat plak. Matrock ni mmg pakar "Jalan2 Cari Makan". Hehehe.





photo caption: rakyat2 yg hadir.. :D

Wednesday, September 1, 2010

Ragam manusia

Selama 27 tahun ++ aku dah hidup dlm dunia ni.
Usia itu mungkin di katakan belum lagi cukup pengalaman dlm kehidupan.
Namun, selama 27 tahun ini juga lah aku lihat berbagai ragam manusia di muka bumi yg fana ini.

Mcm2 ragam.
Ada yg bertudung labuh, tp hati busuk.
Ada yg dititlekan dgn Dato' or Datin atau Tan Sri & Puan Sri, namun hatinya lebih hina dari penagih dadah yg duduk di bwh jambatan.
Ada yg muka cantik, tp perangai mcm setan.
Ada pulak muka buruk, tp hati baik.
Namun lebih worst, muke hodoh, hitam & mcm beast, perangai plak buruk.


Ada juga yg bergelar ustazah, tapi dgn mak bapak sendiri di terajang2 kan.
Yg terdedah sana cni, tp dgn org tua, bercakap sopan sesopan2nya.


Mcm2 kan?
Semoga aku sentiasa beringat, merendah diri & humble.
Xmahu jadi seperti mereka2 itu.