
photo caption: masjid shah alam..
Kali pertama aku ke Bandar yg dianugerahkan sbg Bandar Anggerik ini ialah waktu darjah 5. Aku masih ingat lagi, waktu itu aku menyertai rombongan pustakawan sekolah melawat perpustakaan negeri Selangor, masjid Shah Alam & kompleks PKNS. Waktu tu sgt happy. Yerla, first time dpt melawat Shah Alam yg dicanangkan sgt hebat.
Masjid Shah Alam waktu itu, mmg terbaik. Ambil wuduk pun, airnya keluar secara automatic. Xada masjid dlm Malaysia ni yg standing dgn masjid ni (pada waktu tu lah). Tp skrg dah mcm2 masjid yg canggih2 mcm masjid Kristal kat Terengganu & masjid Besi kat Putrajaya (Alhamdulillah, dah pernah solat kat dua2 masjid ni). Tp satu la penat dgn masjid Shah Alam ni, penat nak daki tangga. Tinggi betul nak ke tempat solat muslimah.
Lepas darjah 5, jarang aku ke Shah Alam kecuali if nak gi raya / tgk pak yang aku yg duk dgn mertua dia kat section 19 Shah Alam. Tp mmg aku kurang familiar dgn jalan2 kat Shah Alam. Agak lama juga xke Shah Alam until aku berjaya diterima oleh UiTM utk menyambung pengajian diploma aku.

photo caption: UiTM pun makin gah..
Masa pertama kali menjejakkan kaki ke Shah Alam setelah sekian lama & setelah bergelar seorang student UiTM, aku agak lost. Tgk area Shah Alam dgn menaiki bas. Byk betul roundabout. Mmg agak confuse pd sesape yg 1stime dtg Shah Alam. Hmm, waktu tu aku mmg xada kereta lagi. Jadi nak outing ke PKNS or ke Plaza Alam Central (port student time tu lah), hanya naik bas UiTM dari Seroja / Menara ke section 2. Then dari section 2, naik bas or cab ke PKNS. Tp biasalah, waktu jadi student, sume kene berjimat. Jadi aku jarang nak naik cab unless dah lambat sgt nak blk hostel (maklumla, hostel limit masa sampai kul 11 jer, pastu kene saman dgn fuck guard uitm, hahahaha).
Kebetulan, waktu part 3, aku & geng2 aku (Mas, Messa, Eanie, Ja & Nora) xdpt hostel, jadi kami decide utk menyewa kat flat section 7. Blkg uitm jer. Waktu tu, area section 7 tmpt flet kami tinggal tu hutan2 jer. Tanah plak lapang2 belaka tanda diorg baru nak buat construction rumah2. Mmg xde sesape nak tinggal kat c2, bukan laluan bas atau cab. So if kami nak ke kelas pun, kami harus jalan kaki smpi 2nd gate uitm (pintu pgr belakang), then amik bas uitm naik menara. Punyela seksa time tu.
Kat section 2 pun, hanya ada gerai2 yg di labelkan kategori C (kategori lemah oleh MBSA tahap kebersihannya). Tp gerai2 ni la paling laku di klgn student. Sbb ape? Selain dkt dgn UiTM, murah pun satu factor kenapa gerai2 ni laku sekali. But, in the middle of my degree, gerai2 tu dirobohkan utk die buat gerai baru. So automatically, gerai2 tu dipindahkan dkt section 2, dpn Wet World. So pd sesapa yg xde kereta sendiri. Kene turun kat section 2 or PKNS, then jalan sket ke dpn utk makan. Seksa kan?
Bila naik degree, mcm2 benda baru dah wujud kat Shah Alam, specifically sekitar UiTM. First, McD yg tersegam indah, 24 hours opened with drive tru dah ada kat section 3. Then SACC mall pulak tersergam indah belakang PKNS. Then semakin byk flet baru bukak di blkg flet yg pernah aku sewa dgn geng2 aku. Kedai2 mkn pun byk kat area c2, antaranya, Hakim baru section 7 tmpt hot spot student. Plg penting, tmpt pertemuan pertama aku dgn Kamarul. Akan aku ingat sampai bila2. Section 18 pulak, dari Giant & kedai2 biasa, dah ada Mydin & mcm2 lagi kedai bagus2 kat area c2. Kat c2, Mas my besty jumpe her hubby waktu kami mkn mlm. Tp diorg kekal hingga hari ini. Aku je yg stuck, hehehehe.
Lately, selepas a while aku grad dari UiTM & dah bekerja, aku ada jugak sekali sekala (lbh kurang 3 / 4 bln sekali) aku akan ke Shah Alam utk bertemu dgn client aku. Makin maju Shah Alam. Semakin bertuahla adik2 aku yg dah bergelar mahasiswa UiTM. Mcm2 ada, dah xsesusah zmn aku belajar dulu.
Aku mulakan dgn section 2. Selain McD yg dah tersegam indah tu, KFC pun dah ada siap dgn drive tru sekali di dirikan sebelah gerai2 kategori C yg dah siap direnovate. Kalau di McD, aku mmg dah biasa lepak c2 specially dgn Kamarul or Kak Sara. But, KFC I’ve never been there yet. Baru lagi dibina. But, really impress me. Specially bila baru 2 / 3 thn aku meninggalkan UiTM.
Section 13 pun xkurang hebatnya. Selain dari Giant yg dah sedia ada kat c2, MSU pun baru didirikan kat c2. Kampus utama MSU, betul2 tersergam indah sebelah Elite Highway. Dan mcm biasa, yg best, tentulah makan thingy. Drive tru KFC & Burger King ada berdekatan MSU lama (Kolej PTPL). Mmg bagus sesiapa yg memberi idea ttg itu. Selain drive tru 2 restoran makanan segera terkenal, kat c2 juga didirikan extreme game arena such as rock climbing, skate boarding area, BMX cycling field & mcm2 lagi. Mmg sesuai utk remaja. Lepas penat lelah dgn extreme game tu, boleh la duduk melepaskan lelah, menghilangkan dahaga & lapar kat Burger King or KFC.
Section 24 pulak, kalau dulu hanya hutan piutan jer. Waktu aku sambung degree, agak meriah sket sbb ada uptown (pecahan dari Damansara Uptown). But now, makin meriah dgn adanya kedai2 makan sekitar uptown tu. Di tambah dgn adanya hiway LKSA. Aku pun xpernah lalu lagi hiway ni. Xtau di mana ia bermula, dan xtahu di mana ia berakhir.
Dan yg paling aku nak sgt ceritakan, excited betul aku nak ceritakan ialah perubahan di section 7. Dulu, waktu aku di semester 3 diploma OM, sekitar thn 2003, hanya ada hutan & a few block of flat house. Tp skrg, payah nak cerita. Segala2nya ada. Ada drive tru Pizza Hut & KFC. Ada supermarket Bintang yg di atasnya ada open court for futsal (which I’ve played futsal once there), ada pusat kain Jakel & tudung ariani punye kedai. Mcm2 kedai ada di area c2. Dan yg plg best, ada I-City yg sgt meriah di waktu malam. Berkerlipan dan berwarna warni. Aku pernah menyimpan angan2 nak buat pre-wedding shoot dkt I-City dgn Kamarul. Tp angan2 tu tinggal harapan yg xkan kesampaian. Apa2pun, aku akan ke c2 jugak 1 day. Xksh la dgn siapa.

photo caption: cantikkan i-city di waktu malam?
Shah Alam, sampai skrg aku masih menyimpan angan ingin kembali ke c2. Ingat lagi waktu hari ‘terakhir’ aku di Shah Alam. Airmata aku laju keluar. 7 tahun aku di Shah Alam, ia seakan rumah kedua aku. Xdpt aku bygkan meninggalkan Shah Alam yg dah sebati dgn diri aku. Salah satu sbb, xmau berjauhan dgn Kamarul. Sedihnya, hanya Allah yg tahu. 2 3 hari jugak aku murung meninggalkan Shah Alam. Setiap hari bukak The Star & hantar resume hanya pd company2 yg ada di Shah Alam. Namun Allah tu maha mengetahui, rezeki aku bukan di Shah Alam walaupun hati aku meronta2 nak kerja di Shah Alam, sambung menetap di c2.
Namun, hari ini berlainan. Aku dah xda simpan perasaan ingin kembali di Shah Alam. Walau apapun, Shah Alam aku tetap akan kenang. Di situlah tempat aku berjumpa cinta pertama aku. Di situ jugak aku di kecewakan. Di situ jugak, aku menimba ilmu & kenal dgn berbagai ragam, erti kehidupan, sejuta penipuan, secebis kebaikan dan kemanisan cinta.
Terima kasih Shah Alam.
No comments:
Post a Comment