Followers

Monday, November 29, 2010

superstitious believe

aku pun xtau camne aku dpt idea nak tulis pasal superstitious ni. tapi lately, topic2 hangat kat radio2 mmg pasal benda alah ni. kepercayaan pelik yg korang percaya. ade x?

ok, aku nak share aku punye lah. aku rasa basically sama jer dgn korang punye kot. cume, aku rasa sometime betul jugak kepercayaan karut aku ni. tp xboleh nak percaya sgt. takdir & ketentuan tu di tgn Allah. cume mungkin kebetulan jer kan.

contoh pertama, waktu aku darjah 5. aku baru beli basikal. bwk pergi sekolah agama. konon2 xmau letak kat tempat yg org salu letak, so aku decided utk letak basikal aku kat sebuah rumah tinggal berdekatan sekolah agama aku tu. nak dijadikan citer, waktu aku makan tghari (aku sekolah agama sesi petang), aku terlepas pinggan kaca dr tgn. nenek aku ckp benda xbaik nak jadi. tp aku buat dek jer. suddenly waktu blk dari sekolah kul 6 tu, aku tgk basikal aku dah tinggal rangka. tayar & rangka tayar dah kene curi. meraungla aku blk rumah. angkat rangka tu blk rmh. kene gelak dgn pakcik Wildan bwk bas lak tu. pakcik Wildan tu kalau aku jumpela skrg, mmg aku nak balas dendam. hahahaha.

contoh kedua, waktu aku nak break dgn kamarul, lebih kurang lg 2 hari mcm tu, mata kiri belah bawah aku kerap giler vibrate. bergerak2 xhenti2. puas aku pk, nape ni. then rupe2nye aku nak nangis. nenek aku ckp kalau mata bawah bergerak, tanda nak nangis. mata atas tanda nak pndg org jauh. rupe2nye mmg aku nak nangis 2 hari pastu ble aku break up dgn kamarul. huhuhu. kebetulan kot.

nway, aku tulis benda alah ni sbb now mata aku tgh bergerak2 ni. risau la plak aku. mata bawah pulak tu. harap2 evtg gonna b so smooth & moga aku berada dlm lindungan Allah SWT. aminnnnnn.

Mirror oh mirror, where are u?

Sbg manusia, hidup ini xlari dari melakukan kesilapan.
Aku juga begitu.
Di office, di rumah, di mana2 pun.
Pasti ada melakukan kesilapan.
Lumrah alam, bila tersilap, pasti ditegur.


Namun, yg menegur pun, haruslah berpada2.
Guna bahasa yg sopan, tegur utk kebaikan.
Bukan lagi menyesatkan & timbul pergaduhan.

Makanya, apabila mahu tegur, mesti fikir dahulu.
Aku tegur engkau, aku mesti kena baik dulu.

Contoh:
Amran (bukan nama sebenar) yg suka main game di office, menegur Aiman (bukan nama sebenar) yg suka main facebook di office.

Nampak seperti xsama.
Tp sebenarnya sama, lebih kurang.
Kalau Amran yg suka main game tegur Aiman jgn asyik main facebook.
Niat Amran bagus, tp Amran harus cermin diri dulu.
Kerana dia juga suka main game, kerja juga selalu tidak siap.

Kesimpulan: cermin diri sebelum menegur org lain.
(*__*)

Saturday, November 27, 2010

Jalan2 di I-City

finally, i went to I-City with my budak mucuk a.k.a Akbar..
best gak kat I-City..
sape2 yg suke amik gambar a.k.a camwhoring, mmg best la gi c2..

aku bertuah sbb akbar creatif tang amik gmbr..
so, mcm2 pose kami buat..
so, here are some of the pose..



















Tuesday, November 23, 2010

cari lah idea baru!

lelaki kalau sweet talker, mmg xde idea nak mgayat pompuan ek?
sume sama jer?
di setiap caption2 gambar2 pompuan yg dia nak ayat..
dier akan tulis, "oh, u r so beautiful. u make me speechless"
xpun, "u are charming as always"
xpun, "im stunning by ur looks"

yaaaksss! puh leeeeeesss!

Thursday, November 18, 2010

i've the right

i have the right to be jealous!

this is because..

I LOVE YOU!

dia yg bernama Ibu

waktu aku tgh tulis entry ni, aku tgk cerita Segalanya Kuterima kat TV3.
citer ni berkisah tentang perebutan harta dlm keluarga & pengkhianatan.

plg xsgka ble Azizah Mahzan yg berlakon sebagai mak kepada Raja Farah & Irma Hasmie adalah perancang utama.
dia sebenarnye yg tamakkan harta suaminya, jadi dia buat rancangan culik & kurung Irma Hasmie (pewaris segala harta suami dia).
zalimkan? ada ke patut mak sendiri aniaya anak demi harta.

aku xboleh bygkan kalau mak aku mcm Azizah Mahzan.
mak yg lahirkan aku, yg kandung aku 9 bulan 10 hari buat aku mcm tu.
nak bunuh anak sendiri demi harta suami.
bg aku, mmg aku xboleh terima lansung2.
100% aku xboleh bygkan.

bg aku, IBU adalah org yg plg rapat dgn anaknya.
Rasulullah S.A.W pernah berkata, org yg patut di hormati ialah ibu kita. 3X Rasulullah sebut ibu.. ibu.. ibu, barulah ayah..
jadi mcm mana seorang ibu tergamak cemburukan anak yg dikandung dlm janin dia sampai begitu sekali.

sepatutnya sbg seorang ibu, dia adalah pelindung.
kalau ayah marahkan anak, biasanya ibu lah yg akan jadi penyokong atau backing anaknya.
mak biasa akan beralah pd anak.
kalau org miskin, mak nya bwk blk makanan, dia rela anaknya makan dulu, if ada lebihan, barulah dia akan makan.

nasib baik mak aku xmcm azizah mahzan dlm Segalanya Kuterima.
nasib aku punya ibu yg bernama Hafsah Othman.
walaupun bukan mak datin yg bongkak, namun dia adalah ibu terbaik yg aku pernah ada.
ayong syg mama sgt2!

Wednesday, November 17, 2010

Akulah Drama Queen.. :P

korg suke tgk drama melayu x?
cerekarama ke, dramasuria ke, slot akasia ke or samarinda?
aku kdg2 suke, kadang2 xsuke..


ada yg aku boleh terima ada yg aku kureng & rasa jalan cerita mengarut..
tp harini, bukan nak cerita pasal kisah jalan cerita cerekarama or all those malay drama stuff, tp nak cerita pasal klise of a drama.

actually, aku selalu tertanya, nape agaknya ble drama2 ni especially drama melayu, awal2 cerita, yg memegang watak antagonis, sure jahat nak mampos.
seksa sana, pukul cni, buat jahat mcm sh*t jer.
tp alih2, ble klimaks of the story, diorg kene balasan yg biase2 jer.
setakat mati kene tembak jer.
mcm xadil! hahaha. tetibe aku nak emo.

aku ingat lagi, ada satu watak tu aku tgk, punye la jahat.
batu api sana cni, seksa org sana cni, bunuh kaum keluarga utk dptkan harta.
last2 balasan yg dier terima? penjara jer?
hello! very the xberbaloi ok! (hemo lagi!)



photo caption: gmbr ni sekadar hiasan, xde kene mengena dgn yg hidup atau yg dah mati.. :P

kadang2 aku terfikir, kan bagus kalau org yg buat taik dgn aku kat dunia ni..
jadi mcm dlm drama tu..
di akhir drama, akan dpt pembalasan..
nway, ada beberapa nama dlm kepala aku ni yg aku doakan semoga dia berbahagia walaupun hakikatnya aku nak sgt tgk dier menderita..
tp xpe, Allah tu maha adil..
doa org yg teraniaya, ditinggalkan, dipermain2kan dan diplayboykan oleh jantan2 keparat & mulut manis mmg selalu makbul.

just wait & c for the real time.
mwahahahahaha (gelak jahat)

Tuesday, November 16, 2010

renung2kan.. :)

salam aidiladha & slm 1 Malaysia.
erk? apehal aku skema sgt ni.
bukan skema, tp entry kali ni more to formal entry kot.
formal? hehehe.

okla, aku bukan suke sgt nak ckp pasal politik2 ni.
coz aku malas nak campur dgn politik Msia yg pasang surut ni.
my undi adalah rahsia, cewah.
tp lately, aku rasa ketidakadilan byk betul berlaku.

mula2 cerita pasal jurukamera TV3 di halau di sesi pilihanraya pemilihan timbalan presiden PKR.
then cerita ttg akhbar2 utama yg xdiberi kebenaran masuk ke persidangan DUN Kedah.

okla, ditekankan disini, tiada diskriminasi atas entry2 ini.
akhbar2 yg ditahan dari dibenarkan masuk antaranya Utusan Malaysia & Berita Harian.
namun, antara yg dibenar masuk ialah Sinar Harian & The Star.

ok, as for me, Utusan Malaysia & Berita Harian mmg nampak betul siding mana.
setiap berita yg dilapor, mmg ampu habis.
tp berbeza dgn The Star.
The Star bg aku agak telus. Xsokong mana2.
Cume kadang2 ada lah mengampu jugak, hahaha.

jadi, bila akhbar2 so called 'pro kerajaan' ni dtg ke parti pembangkang punye event / persidangan, do u think yg diorg akan dibenarkan buat liputan?
of coz not. org bodoh pun boleh jawab soalan ni.
sepatutnya, sbg akhbar nasional, mereka harus lebih telus membuat laporan.
abaikan naskhah yg berat sebelah.
parti pembangkang tubuhkan naskhah sendiri i.e. Harakah dll kerana mereka juga perlu channel utk memberitahu rakyat Malaysia info atau apa2 sahaja.
tp kalau tiap kali apa yg dilaporkan ttg party pembangkang tu asyik nak menghentam saja, macam mana kawan tu xmarah & halau kamu semua.

cuba fikir, tiba2 Allah takdirkan Pakatan Rakyat dpt memerintah Malaysia.
apa agaknya yg bakal ditulis dlm naskhah2 Utusan Malaysia & Berita harian ni yer??
:-)

Monday, November 15, 2010

Special entry for her


waktu arwah mak andak aku bujang. cantik kan dia?

Rasnah Muhamad, my mak andak.
Pergi meninggalkan aku hari ini, 2.20 ptg, di PPUM.


Entri ini, khas utk allahyarham.
Dlm semua anak2 buahnya yg 19 org itu.
Aku yg plg rapat dgn dia.
Dia yg akui sendiri dgn aku.


Waktu aku kecil2, dia antara ibu saudara yg rajin dtg menjenguk aku.
Bawak aku jalan2 naik kereta dia.
Waktu aku di sekolah menengah, hanya dia sahaja makcik aku yg pernah melawat aku, bawakkan makanan.
Yg lain mana pernah.

Waktu kat UiTM specially waktu ayah aku masuk hospital byk X, dia lah yg amik aku, anta aku ke kolej (hostel uitm).
Bagi duit kat aku walaupun gaji dia xseberapa.

Rajin menelefon aku, sms aku dari zmn aku memakai hp smpi kini.
Dia saja yg mengambil peduli masalah aku (lambat kahwin)
Siap mahu matchmake aku dgn anak2 buah kwn2 officenya.

Namun, itu dulu, mulai hr ini, tiada lagi itu semua.
Alhamdulillah, sepjg dia di hospital, 4X aku dah pergi melawat beliau.
Namun, xsgka dia akan pergi secepat ini kerana last visit aku, dia siap bergurau senda dgn aku, boleh makan dgn seleranya lagi.
Aku betul2 xsgka. Betul2 terkilan.

Di saat org ramai cbuk membuat persiapan Aidiladha, kami cbuk dgn urusan mengendalikan jenazah.
Waktu ini, aku menunggu jenazah di hantar dgn ambulan dari PPUM ke Semenyih (rumah pak long aku, selaku yg tua, dia menawarkan rmhnye sbg tpt berkumpul adik beradik ayah aku yg lain)
Sayu aku rasakan. Waktu aku melawat dia hari tu, dia ada menyatakan ingin raya haji di Kelantan.
Xkesampaian hajatnya.


Namun aku bersyukur, sempat aku meminta mama membuatkan agar2 merah.
Dia beria2 mintak aku buatkan agar2 merah utk dia.
Dan aku sempat membelikan beberapa jenis buah yg dia minta iaitu plum & pear.

Tp, aku agak sedih & sgt terkilan, dia xsmpt merasa naik Persona aku.
Yg dia selalu sebut, "Bila ayong nak bwk mak andak naik persona ayong? Kita pegi PD ke, or Cameron ke kan. Pasal myk jgn risau, mak andak tuang".
Sedihnya. Kalau aku tau, aku bwk dia.
Jgn risau pasal myk, aku sanggup tanggung.


Mak andak, ayong mintak maaf. Kalau ada salah & silap ayong pd mak andak sejak ayong lahir smpi skrg.
Halalkan makan minum ayong selama ni.
Lepas ni, xde sapa yg rajin tanya khabar ayong.
Xde sapa yg nak call ayong bising2 tanya bila ayong nak kawin.
Xde sapa yg merajuk sbb ayong xbwk naik Persona
.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak andak.
Ayong syg mak andak. :(


arwah mak andak (bertudung putih), waktu ni 2006, kami ke Penang rmh mak teh aku (bertudung ungu)

Saturday, November 13, 2010

I think, its kinda official :)

hari ini, perasaan bercampur aduk.
gembira, terharu, xsangka & disayangi.

i think, its kinda official.
semalam, went to N a.k.a Rahim's wedding ceremony.
Rahim ni kawan Akbar & Farah.
Akbar beria2 suruh aku ikut dia.



photo caption: rahim & nonie

but previous day, we had our 1st quarrel.
tp alhamdulillah, berkat perbincangan secara matang, kami berjaya menyelesaikan pergaduhan tu.
dlm masa sejam, we manage to get back to normal situation.


then, Akbar baru beli motor today.
so, aku ke rumah dia utk tgk motor tu.
he said, "motor KITA dah sampai kat rumah saya. bila awak nak dtg tgk?"
agak terharu of the word KITA.

lantas, aku bergegas ke rmh Akbar utk melihat motor.
sampai2 saja di sambut dgn begitu excited oleh mak & kak long Akbar.
agak terharu sekali lagi.
kebetulan, abg Akbar, abg Ali tgh buat rempeyek utk raya haji.
kak longnya & mak Akbar membungkuskan 1 tong besar rempeyek utk aku.

waktu Akbar ke atas utk solat, maknya tiba mendekati aku yg sedang berborak dgn Ila, adik Akbar.
"Ada apa2 khabar gembira Nurul (Akbar) bgtau kamu ke? Ada dia ckp nak masuk meminang?"
errrrk?? aku agak segan kerana mak nya tanya direct pd aku.
aku senyum sahaja.
aku ckp, "xde pun makcik, lagipun dia ckp tabung 'xpenuh' lagi"
lantas Ila menyampuk, "mak, cpt2la suruh abg tu meminang kak Ika ni. mak 'penuh' kanlah tabung dia"
suddenly, Akbar turun. so, setakat itu sahaja perbincangan 'rahsia' kami. hahaha.

then Akbar mengajak aku ke kedai motor di Pekan Rawang.
tgk helmet katanya.
dia mahu belikan helmet utk aku.
"kalau kita keluar sama naik motor, awak pakai helmet baru. sy pakai helmet sy lah"
gembira + terharu. terima kasih syg.

lepas itu, kami ke Selayang Mall.
waktu hendak pulang, Nashar (Akbar's fren) called him bertanyakan dia dimana & adakah aku akan join them for their dinner?
then Akbar menjawab, "aku dgn AWEK aku ni. AWEK aku xjoin kite makan japgi, sian dia nak blk Beranang, nti lambat. aku yg risau lak nanti. lenkali jer lah yer."


photo caption: try topi ala2 michael jackson kat salah sebuah kedai kat Selayang Mall.

i think, its kinda official.
that i'm his gf.
does AWEK equivalent to GF?

:-)

Thursday, November 11, 2010

Im proud to be 1983's baby.. :)

Hari ini, aku agak free di office.
Sbbkan agak free di + dgn boss yg xmasuk, aku memutuskan utk layan YouTube.
Mula2, aku cari video filem Honey, my fav filem.
Tp agak hampa & kecewa sbb xde.

Tibe2, aku teringatkan watak kegemaran aku time aku darjah 2 / 3 camtu.
Aku xtau la korang ni familiar ke x dgn watak ni.
Ewoks nama nya. Dia mcm bear tp bukan bear.
Comel sesgt & aku mmg sgt suke dgn citer ni waktu aku sekolah rendah.



Penangan Ewoks ni, mmg fenomena lah time tu.
Gi sekolah asyik borak sal Ewoks jer sari pas tgk citer tu.
Pastu ada satu series Ewoks ni, last2 dia mati xslp aku.
Mmg aku nangis time tu.
Dah la comel, jalan terkedek2 jer.

Then tadi, nak dijadikan citer, aku search kat You Tube.
Mmg happy gler sbb citer ni ada pulak.
Tp kene tgk berperingkat2 sbb ia didownloadkan berpecah2 in parts la.
Mmg best sesangat dpt tgk these videos.
So aku putuskan utk post kat wall aku kat FB.
Xsgka ramai budak2 sebaya aku komen tentang video tu.


Dlm yg mengomen tu, aku tertarik dgn komen yg diberikan oleh ex dipmate aku, Seha.
Dia ckp selain Ewoks, dier suke jugak tgk lain2 kartun mcm Voltron, Thundercat & mcm2 lagi lah.
Aku komen blk, mcm2 dia suka.
Then dia jwb, "Biaselah Tikah, zmn kite dulu, mana ada internet, video games, PS sume tu, so tv jer la penglipur lara kite"

Betul ckp Seha.
Zmn aku kecik2 dulu, hanya permainan mcm congkak, konda kondi, galah panjang, guli & tengteng jer menjadi peneman setia kami.
TV pulak, sumber utama hiburan kami2 ni.
Kartun la yg byk. Selain Ewoks, aku suke Suria Perkasa Hitam & Flashman (power rangers Jepun). Hehehe.


Kalau aku nak banding kan skrg dgn zmn aku kecik2 dulu.
Ya Allah, mmg mcm langit dgn bumi.
Skrg, if aku gi mana2 mcm rumah org or hotel, kalau xde TV, aku xksh pun.
Xdpt tgk tv pun aku xksh. Contoh mcm kalau aku blk lambat dari kerja, terlepas rancangan kegemaran aku.
Tp kalau dulu, zmn sekolah, xboleh miss tgk TV.
Mcm nak menangis pun ada.
Sampai aku kena rotan sbb dpt B dlm math waktu darjah 5.
Mak aku ckp, sbb byk sgt tgk tv.
Hehehehe.

Namun, alhamdulillah aku bersyukur.
Walaupun aku nakal & asyik tgk tv jer (bak kata mak aku), tp aku xlah fail dlm study. Hehehe.

Berbanding budak2 zmn skrg.
Xpyh tgk jauhla, adik aku jer la.
Xlekang pegang hp. Baru darjah 6, dah ada PS2 yg ayah aku belikan.
Betul kata Seha, dulu kami xada sume tu.
Tp skrg, zmn moden, semua ada.
Budak2 zmn skrg, baru tadika dah ada hp.
Aku dulu, nak pegang hp time tadika pun xreti.

Byk betul beza baby 1980an & baby alaf baru kan. :-)

Tuesday, November 9, 2010

Memasak dgn penuh kasih syg

Memasak.
Org kata, org perempuan mesti pandai memasak.
Ada lak yg kata, setinggi mana pun belajar, mesti akan duduk ceruk dapur jugak.
Ooops, itu aku xsetuju sama sekali.
Memasak, memasakla. Belajar, kene belajar jugak.

Entry kali ini aku nak cerita pasal memasak.
Aku sgt bertuah. Sbb aku boleh memasak.
Boleh yer, bukan PANDAI.
Boleh la sket2, lepas utk tekak family aku if mak or nenek aku xada di rmh.
Antara masakan2 yg aku boleh masak ialah masak kicap, masak lemak putih, masak lemak kuning, asam pedas, kari, kurma, sup dan my favourite of coz i.e. sambal.
Then yg goreng2 like nasi goreng, mee goreng, kuey teow goreng & bihun goreng.


Sejak dua menjak ni aku dah melangkah setapak lagi dlm bidang masakan.
Aku dah boleh buat western.
Antara yg aku dah mahir buat ialah spagethi bolognese dan spagethi carbonara style aku. Hik hik.
Then hari tu aku try spagethi ala Zen or Delicious cafe (base nye ialah susu & keju).
Then, aku try buat agar2 koktel & puding roti.
Boleh la utk lepas tekak aku & adik2 aku yg kuat makan ni.

Sejarah masakan dgn family aku, mmg aku nak cerita sgt2 ni.
Bukan apa, aku bangga dgn family aku (specially belah ayah aku)
Kenapa aku ckp mcm tu?
Sbb, semua adik beradik ayah aku yg lelaki, semua pandai masak (bukan takat pandai masak air or maggi jer tau!)
Ini kerana, arwah tok aku (bapak ayah aku) adalah tukang masak kenduri kawin kat kg aku tu dulu.

Sebut kurma telur rebus dgn mi sup, org akan teringat pd masakan arwah tok aku.
Kalau ada kenduri kawin yg pakai khidmat dia, xsah xda kurma telur rebus.
Mi sup plak hidangan wajib kala hari raya.



Pak long, ayah aku, pak itam & arwah pak usu aku mmg pakar memasak. Tp pakcik & pak yang aku boleh memasak, cume kureng sket.
Pak long aku punye masakan, mmg terangkat.
Rendang pak long aku, aku bg 5 bintang.

Kalau nak diikutkan, mak aku dgn ayah aku.
Ayah aku lagi reti memasak berbanding mak aku.
Walaupun dari segi kekemasan, mak aku lebih manageable.
Cara potong pun kene mcm ni, xboleh mcm tu.
Walhal, ayah aku main campak2 jer.
Tp outputnye? Buat aku tambah nasi sampai 2X.
Hahahaha.


Aku ingat pesan ayah aku sampai bila2.
"Yong, memasak ni bukan susah sgt. Kalau rasa xboleh guna cara itu, kita guna cara kita. Yg penting buat sampai dia jadi sedap, kena dgn selera kita. Kalau xjadi kali pertama, cube next time dgn cara & bahan yg lain pulak"
Betul tu bah, ayong setuju.
So skrg, kalau aku cuba satu recipe, and i find it xberapa kena dgn tekak aku, aku akan modify buat jadi kene dgn tekak aku.
Ala, Chef Wan pun bukan pandai masak sgt, but dia pandai & creative mencipta recipi & memodifykan recipe2.
That's y masakan dia sedap. Same go to others chef.

Juga ingat, MEMASAK DGN PENUH KASIH SAYANG, MASAKAN YG TAK SEDAP PUN AKAN JADI SEDAP.

Monday, November 8, 2010

Perempuan = Merajuk

Perempuan.
Sgt synonim dgn sifat merajuknya.
Aku juga seorang perempuan.
Dan aku juga suka merajuk.


Aku akan rasa pelik jika seorang perempuan itu xpandai merajuk.
Kerana bagi aku, sifat merajuk itu adalah sifat semulajadi.
Ada setengah lelaki meluat.
Mcm Kamarul.
Alasan dia tinggalkan aku, xtahan dgn sifat kuat rajuk aku.

Tp ada pula setengah lelaki rasa lain.
Ada yg rasa merajuk itu sedikit sexy lebih2 lagi disertakan dgn sifat mengada2.
Ada lelaki suka bila gf / isteri mereka merajuk.
Mereka suka tingkah yg sedikit mengada namun terkawal itu.


Aku pernah terbaca satu artikel dari majalah berunsurkan kewanitaan.
Apabila seorang perempuan merajuk, suatu hormon akan dirembeskan.
Makanya apabila suaminya memujuk lebih2 lagi lepas suatu pergaduhan.
Makanya, hormon akan dirembeskan menimbulkan rasa ghairah untuk 'bercinta'
Jadi, setelah itu, maka rajuk tersebut 'hilang' terus di telan buih2 'cinta' mereka.
Hahahaha. Nakalnya aku.

Berbalik pd diri aku.
Ya, aku kuat merajuk.
Dgn Kamarul dulu, aku sgt2 suke merajuk, lebih2 lagi dia rajin memujuk.
Tp kalau dah selalu sgt merajuk, siapa yg xfed up kan.

Untuk this new relationship, aku berazam.
Utk jadi lebih matang.
Xmahu selalu merajuk wpun dah 2X aku merajuk dgn Akbar dlm tempoh 3 bln.
(Kerap ke tu?)

Aku berazam utk merajuk pd perkara2 yg perlu sahaja.
Yg besar sahaja, yg kecil2, kau jgn nak mengada2 merajuk Atikah!!

Semoga aku mampu mengawal sikap merajuk ku ini.

Time management & kamu

Sebenarnya, aku dah lama nak tulis pasal 'time management' ni. Bukan apa, di kala ini, aku masih berada di office, waiting for a stupid supplier who doesn't know how to appreciate & respect other's quality time. Mulanya, janji akan hantar brg yg aku pesan pukul 2 ptg. Sampai ke saat ini (8.00 malam), bulu hidungnya masih belum kelihatan.

Sepanjang tempoh itu, sudah 3X aku menghubunginya. Ketiga2 panggilan itu dijawab dgn jawapan "On the way". Jawapan klise rakyat Malaysia di kala di tanya di mana berada. Kalau masih di rumah pun, akan kata ON THE WAY. Kalau baru 5 minit memulakan perjalanan pun akan kata ON THE WAY.

Aku sgt pelik dgn manusia2 yg xboleh menepati janji tentang masa ni. Punctuality is my priority since im in employment arena. Sejak dah kerja ni, aku sgt mementingkan punctuality. Kalau janji pukul 10.00 pagi, aku akan make sure at least pukul 9.55 pagi aku sudah ada di tmpt yg dijanjikan. Andai kata terlambat, aku akan call my client yg aku agak terlewat dan mohon maaf. That's we called ethics.

Dgn kawan2 pun begitu. Andai aku rasa i can't make it on that particular time, i'll tell them that i wont be there on time. Mahu marah? Xmengapalah. Janji aku beritahu perkara sebenar. Yg aku lewat & tidak boleh berada di tempat yg dijanjikan on time. At least mereka boleh meneruskan agenda & tak ternanti2kan aku.



Tp yg buat aku hangin satu badan, bila ada kwn2 yg dah lah lambat. Tp bila di tanya seperti mahu merahsiakan di mana lokasi sebenar mereka berada. Malah di tokok tambah menjadikan bertambah dekat dgn lokasi yg dijanjikan, pdhal sebenarnya baru 5 minit meninggalkan rumah yg mungkin 70 km dari lokasi pertemuan. Berterus terang itu lebih baik. Who knows org yg menunggu itu boleh selesaikan kerja lain spt solat atau pergi ke mana2 membeli barang dahulu.

Juga, sedikit pelik dgn org yg mentaliti nya, bila berjanji pukul 8 berjumpa, makanya pukul 8 lah mesti ada di tmpt appointment. Tp mentalitinya jadi lain. Pukul 8 baru mahu keluar rumah. Kalau begitu, patut janji pukul 9. Kalau aku. Bila aku berjanji pukul 9 berjumpa, aku akan ambil kira masa bersiap aku. 2 jam sebelum itu. Pukul 6, aku akan mandi & mekap. Dlm hampir2 ke pukul 7, aku keluar utk ke tmpt yg dijanjikan. Harap2 akan sempat sampai b4 8. Mudah bukan.

Lagi satu yg suka buat aku tertunggu2. Kalau setgh jam nya sama dgn 3 jam. Kalau dikata lagi sejam, sama dgn 6 jam. Boleh angin satu bdn tunggu. Mungkin, kiraan masa mereka xsama dgn masa aku? Hehehe.

Nak cerita & link kan pasal time management ni dengan jenis2 pekerjaan. Sepanjang aku mengenali ramai org, i find it that lawyer is the most punctual people, while engineer specially indian engineer is the most lidah biawak punye cakap pasal masa.

Dulu & kini

Tadi, aku ber sms dgn seorang kenalan. Dia menyatakan yg dia masih belum dpt melupakan cinta pertamanya. Mamat tu dah pun berkahwin & bahagia dgn sepasang cahayamata. Malang buat kwn aku ni, dia masih cinta & sygkan mmt ni walaupun skrg ada seorang mamat yg sgt2 mencintai dia.

Bila dia berkata begitu, aku automatically teringatkan my first love. Mr. Kamarul Izham Musa. Agaknya apa yg dia buat skrg. Dah kahwinke dia? Atau sedang menyulam buih2 cinta bersama pengganti diri aku? Apa sahaja yg dilakukan, aku berdoa semoga dia sihat sejahtera & bahagia dgn cinta barunya. Mungkin sudah takdir-Nya, aku bukan utk dia, dia juga bukan utk aku.

Aku akui, syg & cinta aku pd diri dia xkan pernah berubah. Betul kata org, first love susah nak lupa. Namun skrg, aku paksa diri utk move on. Sementelah, aku sudah punya dia yg bg aku sudah boleh dipanggil sebagai pengganti Kamarul.



Dari sudut hati yg plg dalam, Kamarul punya tempat yg tersendiri dlm hati aku. Bila kami putus, aku menanamkan utk menutup ruang yg diisi oleh dia dari diisi oleh orang lain. Makanya, bila Akbar hadir dlm hidup aku skrg, dia ttp ada dlm hati aku, namun bukan utk menggantikan tmpt Kamarul. Tp dia ada tempat yg tersendiri & khusus dlm hati aku yg Kamarul pun xboleh isi. Kamarul, ada tempat yg tersendiri, begitu juga Akbar.

Mmg aku masih syg & tidak boleh lupekan Kamarul. Tp aku tau batas diri aku bila aku sudah ada Akbar. Kamarul tidak mungkin sama dgn Akbar. Oleh itu, aku berjanji dgn diri utk menyayangi Akbar seadanya. Tidak boleh harap apa yg Kamarul beri, Akbar akan beri. Hakikat yg perlu aku terima, kedua2nya bukan insan yg sama. That's y hati aku juga menyediakan tempat yg berbeza utk keduanya.

Doaku, moga Allah berkati hubungan aku dgn Akbar. Jika betul dia jodoh aku, maka sedaya upaya aku menerima dia seadanya. Padam jauh2 byg2 Kamarul meski dia masih dihati.

Wednesday, November 3, 2010

Selamat siang bapak2 ibuk2.. :P

Kelmarin (2 Nov), aku ditugaskan oleh bos utk ambil associate partnernya yg dtg dari Indonesia, to b specific, from Jakarta. Selain dari selalu deal dgn orang2 indonesia yg bekerja di Malaysia, ini adalah pertama kali deal dgn org Indonesia yg purely Indonesia. Never been to Malaysia before.

Aku selalu terfikir, kalau kita mahu communicate dgn org2 Indonesia, kita perlu menukarkan bahasa menjadi bahasa Indonesia, no more Malaysian Language. Jadi atas kedatangan Pak Yudiana (business associate boss aku) ke Malaysia kelmarin, aku berazam xkan mahu ckp Indonesia. Biar mereka yg perlu belajar bahasa Malaysia.

Tapi, ternyata aku xboleh melaksanakan rancangan aku itu. Rupa2nya, mereka mmg xfaham sgt bahasa Melayu Malaysia. Jadi mmg seboleh2nya kena berckp dlm bahasa Indonesia dgn diorg. Nasib baik aku ada menonton telenovela Indonesia spt Bawang Putih Bawang Merah, Permata Hati dan filem2 Indonesia seperti Pochong, Ada Apa Dgn Cinta dll. Jadi, aku sedikit faham apa yg dikatakan oleh Pak Bayu kpd aku walaupun kadang2 aku perlu menyoalnya sampai 2X. Hehehe.

Antara bahasa2 baru yg aku belajar ialah perkataan KARTU. Mula2 aku agak blur bila Pak Yudi tanya pd aku, "Atikah, sy mahu cari kartunya telefon, bisa nggak?". Erk, ape tu kartu? Aku berkata2 di dlm hati. Lantas, aku bertanya. "Pak Yudi, kartu tu ape ek?". Dia ketawa. Aku agak malu jugak lah time tu. Kemudian dia m'jawab, "Kartu itu kalau dalam bahasa inggerisnya SIM card. Saya mahu beli nombornya Malaysia". Oh, hahahaha. Kartu rupanya. Aku pun membawanya ke kedai hp berdekatan, dan aku membantu dia membeli nombor prepaid Maxis bg memudahkan urusan 3 hari beliau di sini.

Waktu mula2 sampai di KLIA, waktu memperkenalkan diri pd beliau, dia memanggil aku dgn panggilan "Ibuk Atikah". Aku mmg agak kureng sket bila dipanggil begitu, akhirnya setelah beberapa kali di panggil dgn panggilan "ibuk" yg aku rasakan agak janggal, akhirnya aku menyuruh beliau hanya memanggilku Tikah or Atikah. Dia pada mulanya agak keberatan. Kerana katanya, lebih hormat / respect jika memanggilku "Ibuk". Kata beliau, "Kalau di sana tu, manggilnya Ibuk atau Bapak itu lebih hormat dan cocok buk Atikah". Hehehe.

Yg terakhir, smlm waktu aku menghantar dia pulang di KLIA. Dia tak sempat berjumpa dgn abg Azizi (senior project executive tmpt ku). Dia sempat berkata pd aku. "Gimana ya Atikah, aku nggak sempat PAMIT sama bapaknya Azizi". Puas aku dok pk, ape PAMIT tu yer?" Malas nak berteka teki, akhirnya aku bertanya. "Pamit tu ape pak yudi?". Seperti biasa, dia yg agak soft spoken itu ketawa lantas menjwb, "Oh, pamit itu dlm bahasa inggerisnya say goodbye. Tadi nggak smpt pamit sama pak azizi. Sy udah mau pulang. Nggak apa2lah atikah. Nanti di sampaikan salam pamit saya ya". :-)

Nway, if ada rezeki, kalau aku di hantar ke Jakarta atas urusan kerja, pasti aku ketemu lagi sama Bapaknya Yudi. Bisa aja aku belajar lagi bahasa Indonesia. Ooopss, nape tetibe jer aku berubah loghat ni? Hehehehe... :-D