Org kata, org perempuan mesti pandai memasak.
Ada lak yg kata, setinggi mana pun belajar, mesti akan duduk ceruk dapur jugak.
Ooops, itu aku xsetuju sama sekali.
Memasak, memasakla. Belajar, kene belajar jugak.
Entry kali ini aku nak cerita pasal memasak.
Aku sgt bertuah. Sbb aku boleh memasak.
Boleh yer, bukan PANDAI.
Boleh la sket2, lepas utk tekak family aku if mak or nenek aku xada di rmh.
Antara masakan2 yg aku boleh masak ialah masak kicap, masak lemak putih, masak lemak kuning, asam pedas, kari, kurma, sup dan my favourite of coz i.e. sambal.
Then yg goreng2 like nasi goreng, mee goreng, kuey teow goreng & bihun goreng.
Sejak dua menjak ni aku dah melangkah setapak lagi dlm bidang masakan.
Aku dah boleh buat western.
Antara yg aku dah mahir buat ialah spagethi bolognese dan spagethi carbonara style aku. Hik hik.
Then hari tu aku try spagethi ala Zen or Delicious cafe (base nye ialah susu & keju).
Then, aku try buat agar2 koktel & puding roti.
Boleh la utk lepas tekak aku & adik2 aku yg kuat makan ni.
Sejarah masakan dgn family aku, mmg aku nak cerita sgt2 ni.
Bukan apa, aku bangga dgn family aku (specially belah ayah aku)
Kenapa aku ckp mcm tu?
Sbb, semua adik beradik ayah aku yg lelaki, semua pandai masak (bukan takat pandai masak air or maggi jer tau!)
Ini kerana, arwah tok aku (bapak ayah aku) adalah tukang masak kenduri kawin kat kg aku tu dulu.
Sebut kurma telur rebus dgn mi sup, org akan teringat pd masakan arwah tok aku.
Kalau ada kenduri kawin yg pakai khidmat dia, xsah xda kurma telur rebus.
Mi sup plak hidangan wajib kala hari raya.

Pak long, ayah aku, pak itam & arwah pak usu aku mmg pakar memasak. Tp pakcik & pak yang aku boleh memasak, cume kureng sket.
Pak long aku punye masakan, mmg terangkat.
Rendang pak long aku, aku bg 5 bintang.
Kalau nak diikutkan, mak aku dgn ayah aku.
Ayah aku lagi reti memasak berbanding mak aku.
Walaupun dari segi kekemasan, mak aku lebih manageable.
Cara potong pun kene mcm ni, xboleh mcm tu.
Walhal, ayah aku main campak2 jer.
Tp outputnye? Buat aku tambah nasi sampai 2X.
Hahahaha.
Aku ingat pesan ayah aku sampai bila2.
"Yong, memasak ni bukan susah sgt. Kalau rasa xboleh guna cara itu, kita guna cara kita. Yg penting buat sampai dia jadi sedap, kena dgn selera kita. Kalau xjadi kali pertama, cube next time dgn cara & bahan yg lain pulak"
Betul tu bah, ayong setuju.
So skrg, kalau aku cuba satu recipe, and i find it xberapa kena dgn tekak aku, aku akan modify buat jadi kene dgn tekak aku.
Ala, Chef Wan pun bukan pandai masak sgt, but dia pandai & creative mencipta recipi & memodifykan recipe2.
That's y masakan dia sedap. Same go to others chef.
Juga ingat, MEMASAK DGN PENUH KASIH SAYANG, MASAKAN YG TAK SEDAP PUN AKAN JADI SEDAP.
4 comments:
dhila pon suka memasak.dh kawen ni memasak jd rutin walau penyakit M tu ade ttp kne masak.skrg ni teringin nk buat kek pulak
hehe.. dah ada suami, dhila kenela ikat perut suami dgn masakan.. :-)
nway, practice makes perfect.. nti lama2 mesti dhila ashler dlm memasak.. leh la jamu kite ek? hik hik..
along masa dlm proses belajar memasak
xpe Along. abg saiful pandai masak. nway, untung along dpt abg Saiful. :D
Post a Comment