Followers

Wednesday, November 3, 2010

Selamat siang bapak2 ibuk2.. :P

Kelmarin (2 Nov), aku ditugaskan oleh bos utk ambil associate partnernya yg dtg dari Indonesia, to b specific, from Jakarta. Selain dari selalu deal dgn orang2 indonesia yg bekerja di Malaysia, ini adalah pertama kali deal dgn org Indonesia yg purely Indonesia. Never been to Malaysia before.

Aku selalu terfikir, kalau kita mahu communicate dgn org2 Indonesia, kita perlu menukarkan bahasa menjadi bahasa Indonesia, no more Malaysian Language. Jadi atas kedatangan Pak Yudiana (business associate boss aku) ke Malaysia kelmarin, aku berazam xkan mahu ckp Indonesia. Biar mereka yg perlu belajar bahasa Malaysia.

Tapi, ternyata aku xboleh melaksanakan rancangan aku itu. Rupa2nya, mereka mmg xfaham sgt bahasa Melayu Malaysia. Jadi mmg seboleh2nya kena berckp dlm bahasa Indonesia dgn diorg. Nasib baik aku ada menonton telenovela Indonesia spt Bawang Putih Bawang Merah, Permata Hati dan filem2 Indonesia seperti Pochong, Ada Apa Dgn Cinta dll. Jadi, aku sedikit faham apa yg dikatakan oleh Pak Bayu kpd aku walaupun kadang2 aku perlu menyoalnya sampai 2X. Hehehe.

Antara bahasa2 baru yg aku belajar ialah perkataan KARTU. Mula2 aku agak blur bila Pak Yudi tanya pd aku, "Atikah, sy mahu cari kartunya telefon, bisa nggak?". Erk, ape tu kartu? Aku berkata2 di dlm hati. Lantas, aku bertanya. "Pak Yudi, kartu tu ape ek?". Dia ketawa. Aku agak malu jugak lah time tu. Kemudian dia m'jawab, "Kartu itu kalau dalam bahasa inggerisnya SIM card. Saya mahu beli nombornya Malaysia". Oh, hahahaha. Kartu rupanya. Aku pun membawanya ke kedai hp berdekatan, dan aku membantu dia membeli nombor prepaid Maxis bg memudahkan urusan 3 hari beliau di sini.

Waktu mula2 sampai di KLIA, waktu memperkenalkan diri pd beliau, dia memanggil aku dgn panggilan "Ibuk Atikah". Aku mmg agak kureng sket bila dipanggil begitu, akhirnya setelah beberapa kali di panggil dgn panggilan "ibuk" yg aku rasakan agak janggal, akhirnya aku menyuruh beliau hanya memanggilku Tikah or Atikah. Dia pada mulanya agak keberatan. Kerana katanya, lebih hormat / respect jika memanggilku "Ibuk". Kata beliau, "Kalau di sana tu, manggilnya Ibuk atau Bapak itu lebih hormat dan cocok buk Atikah". Hehehe.

Yg terakhir, smlm waktu aku menghantar dia pulang di KLIA. Dia tak sempat berjumpa dgn abg Azizi (senior project executive tmpt ku). Dia sempat berkata pd aku. "Gimana ya Atikah, aku nggak sempat PAMIT sama bapaknya Azizi". Puas aku dok pk, ape PAMIT tu yer?" Malas nak berteka teki, akhirnya aku bertanya. "Pamit tu ape pak yudi?". Seperti biasa, dia yg agak soft spoken itu ketawa lantas menjwb, "Oh, pamit itu dlm bahasa inggerisnya say goodbye. Tadi nggak smpt pamit sama pak azizi. Sy udah mau pulang. Nggak apa2lah atikah. Nanti di sampaikan salam pamit saya ya". :-)

Nway, if ada rezeki, kalau aku di hantar ke Jakarta atas urusan kerja, pasti aku ketemu lagi sama Bapaknya Yudi. Bisa aja aku belajar lagi bahasa Indonesia. Ooopss, nape tetibe jer aku berubah loghat ni? Hehehehe... :-D

No comments: