Followers

Monday, April 30, 2012

Product Review: Berus ala² Real Techniques

Ok, n3 hari ni nak review product. Product yg aku nk review hari ni ialah berus mekap.

Skrg tgh faymes di kalangan MUA ialah berus Real Techniques. Diasaskan oleh PixiWoo, 2 beradik dr Britain yg dua² nya adalah MUA. Berus ni mmg memikat nafsu MUA² specially yg mcm aku, giler kumpul berus mekap. Hehe. Bentuknya yg unik dgn design sedikit moden mmg npk elegant ble memakainya. Cewahhh..

Tp berus Real Techniques ni agak costly. Hanya ada dijual di outlets Shins. Kalau kt FB ada 1 online seller ni jual. Jauh lg murah dr Shins. Tp xslp kena pre-order. Nama die The Fashionette.

Aku mmg bercita² nak beli Eye brush set & Core Collection. Klu kt Shins total kedua² set ni ialah RM270. Haishhh. Mmg ne kumpul & terketar tgn nk seluk $ tu. Hahaha.

Haritu kebetolan aku jalan² kt Jusco Rawang. Tgk kt section kosmetik. Tgk² ada 1 berus menyerupai design berus Real Techniques. Harga pun xsemahal berus RT. So aku rembat 4 btg. Ia dijual berasingan. Xpasti plak ape nama die tp yg pasti made in Japan sbb tulisan packing dlm bhsa Jepun.

Ape yg boleh aku ckp, berusnya mmg lembut. Eyeshadow brush lembut tp tegap memudahkan application eyeshadow. Bentuk runcing pd Blending brush nya plak memudah kan proses blending soket mata. Pd aku, mmg xrugi beli berus ni. So pd yg nk beli berus RT tp budget constrain, this is a perfect alternative 4u guys. Hehehe.

Photo caption:
Dari kiri Eye Blending Brush RM7.90, Eyeshadow Brush RM7.90, Blusher / Setting Brush RM13.90 & Powder Brush RM16.90..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 26, 2012

Buku pink

Alhamdulillah. Akhirnya dah buat buku pink. Buku ni utk ibu² mengandung. Nti tiap² bln ada check up keshtn bayi. Semoga اللّه memelihara kandungan & kesihatan diri ku. آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

P/S: Nextweek kena minum air gula. Doc suspect aku ada kencing manis. Ya اللّه, Kau jauhkan aku dr apa² bahaya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 24, 2012

Tahniah Fara & Cdy! :)

Alhamdulillah. Akhirnya selamat sudah 2nd couple yg aku matchmake kan bertunang sabtu (21/4/2012) yg lepas. Hehehe. Aku ni mmg ada talent jadi matchmaker. Leh bukak agensi cari jodoh. Dah 2 couple berjaya ke jinjang pelamin aku matchmake kan ni. Huhuhu.


Nway, cik Fara ni ex skulmate aku dari tadika & skola rendah. Time menengah dier satu skola dgn hubby aku, time diploma aku jadi coursemate dier blk.
*selingan: Cik Fara ni la matchmaker aku dgn hubby. Hik hik. Pusing2 69 lak kan. Hehehe.


En. Rosyidi Syahril ni aku penah citer kat aku punye entry. Lau nak baca, kat SINI. Dier ni teman tgk wyg aku & kwn rapat time aku degree dulu. Sekali dgn Cna. Hehehehe. Xsgka ble aku terpikir nak kenalkan depa berdua, mmg sekali terus melekat. Hehehe.












Khabarnya bln 8 ni nak bersatu. Rmh Fara 31/8/2012 (Merdeka day) while rmh Cdy 16/9/2012 (Malaysia day). Wah, very the patriotik. Huhuhu. Tahniah kwn2 ku. Semoga u'olls berkekalan hingga ke anak cucu ok :D Syg u olls :D

Friday, April 20, 2012

Tweets from UAI

Since i am one of UAI (ustaz Azhar Idrus) followers, so aku nak share antara tweet2 yg beliau tweet kat twitter yg menarik perhatian & aku rasa sgt betul & bermanfaat:-


1. Boleh buat ayat Quran jadi ringtone tapi jgn bunyikan dlm tandas dan jgn matikan ringtone melainkan penghujung ayat.


2. Tgk kat stadium berapa ribu org boleh pergi itu pun bertiket. Tgk kat masjid berapa puluh org pergi itu pun percuma.

3. 
Jangan buat wanita jatuh cinta dan jadikan dia isteri kamu kalau kamu tak cintakan dia, tak mahu terima dia seadanya & tak mahu tegur dia dengan seelok2nya.



4. Di tepi air ada itik. Langit redup nampak bayang. Apa guna muka yang cantik. Kalau hidup tak sembahyang..

5.  
Isteri yang solehah kalau kita tengok muka dia pun sudah menggembirakan hati kita. (Mahu jadi ini. Seriously)



6.  Doa ibu lebih mustajab berbanding doa ayah. (Rasanya ini sgt betul)


7.  Kerana Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang. (Cuba untuk menerima walau pahit)


8.  Soalan: Nak jadi menantu ustaz boleh? Jawapan: Anak aku kecil lg tapi kalau kamu ada adik sweet 17 aku nak jadi adik ipar kamu (Sempat lagi die ni buat lawak. Hahaha)


9.  Hukum mesej dengan bukan mahram harus bila benda mustahak, makruh bila benda lagha, haram bila timbul nafsu syahwat. (Termasuk sms dgn kekasih or scandal??)


10.  Kera tak sembahyang. Kamu pun tak sembahyang. Jadi kamu sama saja macam kera.


11.  Suami wajib tanggung isteri dari A sampai Z. Fikir dulu sebelum jadi suami.


Sharing is caring. Sama2lah kita renung2kan tweet2 yg UAI tweet ni. Sesape ade acc twitter, di galakkan utk follow him instead of korang follow Fasha Sandha, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad de el el.. :D



Diary sabtu: Tweet UAI

Tersentuh dgn tweet ustaz Azhar Idrus pagi tadi. (I am his follower kat twitter).




His tweet : "Bimbinglah isterimu dgn penuh kasih sayang, didiklah mereka mnjadi wanita solehah kerana mereka bakal menjadi kekasih syurgamu."


Dan aku berharap aku di didik dgn betul oleh suami yg aku kasihi. InsyaAllah aku akan cuba menjadi isteri yg terbaik utk dirinya. Amin ya robbal alamin.

Make up stuff organizer

Aduh, geram betul aku tgk mekap2 yg minah ni ada. Anyway aku mmg suke tgk tutorial mekap minah ni. You guys leh gi kat YouTube & cari channel BeautifulYouTV.  Kebykan job mekap yg aku buat, berinspirasikan minah ni punya hasil kerja.


*Selingan jap: Rasanya perlu ke IKEA utk mendapatkan neat organization of make up yg aku ada almost 2 beg mekap tu. Hehehe. Tp buat masa skrg sume mekap aku letak dlm beg mekap mak andam jer. Senang nak mekap diri sendiri & gi buat keje mengandam :)


Sekali tadi tgk ada video dier buat pasal how she stores all her make up.  Jelesnya tgk mekap2 dier yg byk. Sume tu wish list aku tp since xlama lagi ada baby, kene jimat dulu la. Stop dulu beli mekap. Saving utk beli brg2 baby nanti ok :)


Jom layan video tentang how she organize keeping her make up stuff.. :)


Thursday, April 19, 2012

Keperluan zmn moden - kemahiran memandu kereta

Di zaman millenium spt thn 2012 ni, kereta bukan lagi satu kehendak. Tp satu keperluan.


Boleh dikatakan semua org punya kereta. Dalam 10 org rakyat Malaysia. Hanya 2 org daripadanya tidak memiliki kereta atau dlm erti kata lain hanya 2 org dari 10 org rakyat Malaysia yg menaiki motor atau pengangkutan awam. Keperluan ada kereta skrg sgt lah penting di mana everybody mengejar masa sementelah dlm dunia skrg yg penuh kesibukan.


Bila ckp memiliki kereta, automatically bercakap pasal skill pemanduan kereta. Sebenarnya sgt penting bg seorang lelaki Malaysia utk memiliki kemahiran memandu kereta especially jika beliau sudah berkahwin. Mgkn perempuan kurang keperluan, tp itu satu advantage sekiranya seorang perempuan tau memandu kereta & mempunyai lesen.


Bygkan jika sang suami tak ada lesen memandu, isteri dah 7 atau 8 bulan mengandung. Siapa yg akan bwk anda pergi ke hospital kalau in case tiba2 isteri anda dah datang tanda. Mgkn boleh ckp, "alah teksi byk. ambulans pun ada." Tp sedarkah kita yg teksi & ambulan amik masa at least setgh jam - 1 jam utk sampai ke area rmh kita. Lebih2 lagi kalau di waktu malam atau waktu puncak, mgkn ramai yg sedang menggunakan khidmat ambulans. Mgkn juga boleh ckp, "alah jiran sebelah ada. xpun adik beradik aku pun ada". Mmg kita boleh harap begitu tp xsedarkah yg kita mengganggu waktu rehat mereka dgn memikirkan masalah kita. Lagipun tanggungjawab dan keselamatan anak isteri di tangan kita, bukan di bawah tanggungjawab kakak / abg / ibu / bapa kita lagi. Kita yg nak kawin dgn isteri kita, maka kita lah yg perlu bertanggungjawab.


One more thing pengalaman kwn saya. Abg iparnya tiada lesen kereta, waktu tu anak sulung kakak & abg iparnya baru berusia 5 bulan. Tiap kali akak nya bwk kereta, anak kecil tu pasti merengek nak duduk dgn maknya. Dgn ayahnya dia xmau sgt. Bygkan kalau time tu jugak anak tersebut nak menyusu, nak2 susu badan. Xke susah dibuatnya? Kajian pakar juga menunjukkan between umur bayi dari 1 hari ke 2 tahun, mereka lebih rapat & bonding lebih kepada ibu berbanding bapa.


Jadi saya menyeru kepada semua lelaki di Malaysia agak at least anda tahu untuk memandu kereta jika anda tidak mahu memiliki lesen kereta sekalipun. Bukan saja anda nampak macho di mata perempuan yg anda nak tackle, tp ke'gentleman'an anda pasti akan lebih terserlah. :)


Solute sama uncle ni. Dah tua pun masih bwk kereta. Ini baru gentleman!!

Deactivation

I just deactivated my FB account 5 minutes ago.  Untuk masa terdekat ni biarlah ia kekal begitu. Itu lebih bagus.


Biarlah keadaan reda dulu.  Malas nak keruhkan keadaan. As for my hati luka ni, biar aku pujuk sendiri. Biar aku bersendiri utk seketika dulu. Itu lebih baik.


Berfikir panjang & duduk rilex. Rasulullah sendiri ckp kalau sedang marah, makanya perlu duduk & ambil wudhu'. Semoga Allah menghilangkan rasa 'jiwa kacau' ini.


P/S: Kekuatan aku terletak pd kandungan aku. "Dia" yg membuat aku utk xterus bersedih.


Sunday, April 15, 2012

Hari-hari awal ini :)

Today mood nak menulis dtg. Kebetulan encik hubby kerja. Aku lak keboringan kat rmh mak mertua. Jadi tulis blog la yer.


Saja nak share hari2 terawal bergelar "mak buyong" (erk?? belum buyong lagi pun. hahaha).


Nway, alhamdulillah atas 'kurniaan' rezeki yg Allah bg. I think, it is just a perfect time. I mean, not too late & not too soon. Aku menerima seadanya. Lelaki atau perempuan, biar Allah yg tentukan, janji my baby nanti selamat lahir.


Aku bersyukur sbb aku xmengalami alahan yg teruk mcm pening pala & muntah2. Lansung xada. My mum said mcm dier jugak time ngandungkan aku dulu. Lansung xde alahan apa2. Mcm my SIL yg pregnant jugak, mmg xleh nak masuk makanan. Masuk jer muntah semuntah2nya. Tp alhamdulillah, aku xmcm tu. Syukur sesangat.

Selain tu, setakat ni aku xde terasa / teringin / mengidam nak makan apa2 yg susah nak cari cam rusa tanduk emas, kambing jantan janggut panjang ke or etc etc. Alhamdulillah. Sian lak kat laki aku kalau tibe2 aku mengidam merepek2 camtu kan. Cuma, sepanjang 2 3 minggu kebelakangan ni aku suke sgt breakfast kat McD samada drive tru / tapau / dine in. Aku suke sgt makan sausage McMuffin McD. Xsgka lak tu antara petanda aku pregnant. Hehehehe.



One more thing, aku kurang selera makan lately. Aku mkn sket jer. Then cpt betul kenyang. Berbanding before. Makan mesti nak 2 pinggan. Now baru makan setgh pinggan dah kenyang. 


Lain2 yg aku rasa ialah aku cpt penat specially lau naik tangga or jalan kaki dlm jarak yg jauh. Pastu aku cpt bad mood specially kat office. Sume aku nak bantai. Wakakaka. Jgnla nak cari pasal dgn aku.

Aku berdoa semoga Allah mengurniakan aku kekuatan, ketabahan dan keupayaan untuk terus menjalani kehidupan mcm biasa. Semoga aku kuat despite of apa yg bakal terjadi. Amin ya robbal alamin. :)

Friday, April 13, 2012

Alhamdulillah, it's 2 lines! :)

Alhamdulillah, semlm a.k.a 13 April, aku  menerima satu berita gembira yg aku xjangkakan. Syukur ke hadrat Allah S.W.T.


Pg smlm, kepala rasa berat yg amat. Ada rasa loya sesgt. Mula2 ingat kan pening biasa. Tp hati ni tergerak nak buat self pregnancy test.


*Sebenarnya, 2 mggu lepas aku dah buat pregnancy test sendiri. Aku beli 2 keping pregnancy test yg RM10 satu tu. Asha advise aku klu nak buat that test lg bgs time kencing pertama bgn tdo. Yg tu mmg pure air kencing. Huhuhu. Tp sbb aku degil & xsbr nak tau, aku slmbe jer buat mlm pas solat isya'. Tp akhirnya yg kuar satu line je. (-ve la maksudnya). Tp hati aku sgt yakin yg aku pregnant. So aku decide tggu lagi seminggu dua & buat lagi sekali pregnancy test. Yerla, period dah nak dkt 3 mggu lambat. Dgn symptom2 pregnancy yg Cna bgtau aku, aku mmg yakin sgt aku pregnant :) Tambah  meyakinkan aku, bile dah lama dlm 15 min camtu pregnancy test tu timbul lagi satu line (mcm +ve sign) tp kabur. Hehehe.

Ok nak dijadikan citer smlm, bile aku bgn & rasa kpla berat tu, terus aku decided utk buat self pregnancy test kali kedua. Nak2 mcm ckp Asha, 1st pure air kencing. 



2 minit lepas tu, aku tgk 2 line kuar. Ya Allah!!! Aku dah start excited. Tp masih kurang yakin sbb line yg kedua tu mcm kabur sket. Hehehehe.


Ni self test aku buat sendiri. Tgk line yg kat "T" tu kabur sket. :D


Then aku BBM Asha & Whatsapp Cna. Siap send picture ni sekali. Huhuhu. Asha ckp mmg confirm. Cna lak ckp xsure sbb line kedua kurang clear. Depa advise aku pi jmp doc utk pengesahan.


Xlengah lagi, aku terus mandi & gegas ke Poliklinik Dinamik kat Bdr Tsk Kesuma, Beranang. Aku mmg suke dgn Dr. Aisham tu. Dier sgt frenly walaupun nasihat dier tu kdg2 buat aku ni jadi xkeruan (sbb terlampau straight forward sgt. huhuhu).


Lepas doc interview aku last period sume tu. Then amik urine test. Mmg betul. Sah & confirm aku pregnant. Allahu rabbi. Bersyukur sesgt atas kurniaan ni. Aku dah 7 minggu 5 hari pregnant. Ya Allah, sgt excited.


Yg ni test doc punya. Lebih kurang jer. Hehehe.


Aku terus call hubby. Dier pun happy. Then make few call pd kwn2 rapat & family aku. Sume ucap tahniah. Alhamdulillah.


Cume ada masalah sket sbb aku ada keturunan drh tinggi. Takut efek baby. So doc soh aku buat check up utk tgk ape sebenarnye masalah aku. Doc kategorikan aku sbg "Young Hypertension" case. Hmm, agak down gak la. Harap2 baby tabah yer syg.

Nway, aku bersyukur & berdoa semoga Allah selamatkan aku & baby dari sebarang kejadian yg xdiingini mcm gugur ke or terjatuh ke. Start dari skrg kene makan makanan yg berkhasiat.



Thank you Ya Allah. :D

Monday, April 2, 2012

Trial mekap: Majlis merisik

Model:  Farawahida
Function: Merisik / Hantar cincin tanda
Theme: Natural look


 Muka sebelum dimekapkan


After the session (with flash) 






Sedikit komentar (dari kwn2 nya yg menonton sesi ni):
Overall, penggunaan foundation kene tone down sket sbb kulit fara ni sawo matang, jadi kene cari foundation yg gelap & jgn cerah sgt. Penggunaan celak juga kene sedikit kemas.


Komentar dari aku:
Overall sgt senang mekapkan fara ni sbb muke dier dah flawless. Kening pun dah terbentuk cantik cuma aku kan kurang sket bab2 nak pantis kening ni. So let it like that jer la. Hehehe.


Sesapa nak trial make up for free, pls buzz me at 016-236 0058

Ku tinggalkan rumah itu..

Hati sedih & sayu.


Yer, sgt sedih. Airmata xhenti2 mengalir dari pagi tadi. Nak tau kenapa?
Sbb, kemungkinan besar aku akan meninggalkan rumah ku di Beranang.
Rumah yg aku jaga sejak tahun 2007. Sejak mula bekerja.


Aku syg rumah ni. Aku suka sgt duduk cni. Nak tau kenapa?
Sbb persekitaran kampung, sejuk & nyaman.
Bersih dari sebarang kotoran.
Ada katil peninggalan arwah moyang aku yg dah jadi katil aku skrg. Yg dengannnya aku melayari mimpi.
Yang dengannya aku melepaskan lelah diri ini.


Disuruh (tanpa rela) berpindah ke sebuah rumah yg padat dgn manusia.
Yang aku xberapa selesa. Yang aku rasa kurang privacy.
Kenapalah manusia itu xboleh memahami kehendak aku. Susah sgt ke?


Ya Allah, sgt sedih. Xsgka meninggalkan rumah ini akan sesedih ini.


:-(

Sunday, April 1, 2012

Trial mekap: Wedding dinner function

Model:  Syeda Abu Samah
Function: Wedding dinner function
Theme: Soft smokey brown


With flash. Keketaraan foundation. Huhuhu 


Without flash.


Sedikit komentar:
Rasanya aku agak regret sbb mekapkan Syeda dlm keadaan tergesa2 sbb dier nak solat magrib dulu baru mekap. then kul 8.15 pm camtu dier dah nak kene gerak.


Kening tidak dicukur, buat look ni kurang kemas. One more thing, aku agak regret sbb xleh bingkaikan mata dier dgn kajal hitam sbb dier ni alergik pakai kajal. Nanti mata berair.