Perihal lelaki hensem.
Sesungguhnya, aku xpernah berniat utk berkasih atau berkawan rapat dgn lelaki hensem.
Define lelaki hensem Tikah.
Ok, lelaki hensem ialah lelaki yg kacak rupa parasnya, stok mcm peragawan2, body tough sebab pergi ke gym dan ala2 metroseksual type lah.
Sungguh aku xberminat.
Bg aku, cukup yg sedap mata aku memandang. Xperlu terlalu hensem.
Btw, cerita tentang lelaki hensem.
Aku sebenarnya kurang ingin bergaul dgn those type of men.
Kerana bg aku, aku sedar siapa aku.
Lagipun, mereka hanya pandang perempuan2 cantik ala2 Erra Fazira or Cindy Crawford juga.
Nak dijadikan cerita, waktu EBBM2010 tempoh hari.
Izatt (one of pempamer & stage performance manager) menggunakan khidmat a few men model utk slot2 peragaan fesyen.
Salah satu daripadanya seorang lelaki muka seperti arab, tetapi melayu.
Aku tidak ambil port ttg dia.
One day, waktu aku ke FF mggu lepas, aku terperasankan this guy.
Baru sign up as FF member kerana ada trainer membantunya work out.
Ntah kenapa, aku yg kurang berminat utk menegur lelaki2 hensem & metroseksual sepjg menjadi ahli FF, tiba2 terasa ingin menegur mamat berkenaan.
Lantas ku tegur, "eh, u ni model Izzat masa EBBM10 kan".
Mamat tersebut dgn muke menjengkelkan ala2 'kau tu pompuan xcantik tiada hak menegur aku' hanya memandang aku sekali imbas, menjeling lantas mengangguk.
Terus berlalu.
Ok. WTF! Aku tak ingin lansung mengurat kau. Kau ingat kau hensem sgt.
Kalau dia ckp yg aku menggunakan taktik lama utk mengurat dia, kau salah.
Aku tetap bertembung dgn dia selepas hari itu di FF.
Aku hanya senyum sekiranya bertentang mata dgn dia.
Namun, gayanya yg seolah2 menunjukkan memek muka 'boleh xjgn sibuk nak senyum dgn aku'.
Lantas aku mengelak bertembung dgn mamat tersebut.
Semalam, waktu habis work out, aku spt biase kembali ke parkir utk mengambil kereta.
Tiba2 terpandangkan mamat berkenaan yg buntu kerana tayarnya pamcit.
Hanya memakai kenari, dia hanya terkedu memandang tayar keretanya.
Akhirnya, atas dasar peri kemanusiaan, aku lantas bertanya,"nape dgn tayar tu? pamcit ke?"
Barulah dia mahu bersuara, "Ha ah, actually i xreti tukar tayar. Phone i plak kena bar nak call my friend."
Akhirnya aku tolong dia menukar tayarnya.
Dia hanya memandang, sekali sekala sahaja membantu.
Pengalaman tayar pamcit (kancil kesgynku) sebyk 4X ditambah dgn kancil Cna (2X) menjadikan aku pro dlm menukar tyr kereta.
Setelah selesai, aku minta dia ke fuel station terdekat utk pam angin tayar spare nya yg agak flat.
Aku xmengharapkan ucapan terima kasih.
Aku tidak berkata apa2, lantas terus berlalu.
Tidak aku sangka, dia berkata, "Girl, i owe u. Nti i blanja u mkn. U selalu work out kat FF Cheras Leisure Mall ni kan?"
Aku berpaling dan berkata, "Tak apa lah, i tolong u ikhlas. Lagipun, i takut nak kuar makan dgn lelaki hensem & sombong mcm u ni."
Terpinga2 dia. Namun aku puas hati.
p/s: Jahatkah aku?
5 comments:
wah! cayalah kak tikah!! bgus! biar dye rse..ingt hensem tuh bgus sgt?x kmne r kalau sombong!
wakakaka... akak bukan tegur dier sbb nak ngorat dier pun dik.. tp bangga gak la sbb tau tukar tayar berbanding ng jantan tu..
bgus2..xsalah pun n x jahat pun..pengajaran buat orang mcm tu...hampeh...
bgus kak! bgus! hampeh.muke hensem tp 0...kah3
applause!! applause tikah!! ;D hahaha!!
cuma aku terfikir..
LELAKI TAK PANDAI TUKAR TAYAR?????
OK, CONFIRM!! mesti dia gay~!!!! hahaha
Post a Comment