Followers

Monday, June 28, 2010

Kisah si penjual nasi lemak

Siapa xsuka makan nasi lemak angkat tgn?
Sesungguhnya, org itu adalah org paling rugi..
Hehehehe..

Tp bukan pasal nasi lemak yg aku nak citer ni..
Aku nak citer pasal kisah penjual nasi lemak kat Malaysia ni..
Xkisahla, kat area office aku kat Balakong ke..
Or kat area rmh aku kat Beranang or Sri Kundang..
Aku xfhm satu jer..

KENAPA SEMUA PENJUAL NASI LEMAK KEDEKUT SAMBAL????!!

Aku tulis ni, sbb pg td aku gi beli nasi lemak dpn 7E Taming Jaya..
Aku salu gak beli kat akak ni..
Btw, arini akak ni xjaga, tp kwn dia yg jaga..
Salu if aku beli dgn akak ni, dia akan bg aku sambal byk sbb aku dah selalu mintak sambal lebih..
So, bila dah kwn dia yg tolong bungkuskan, so aku pun ckp la nak sambal lebih gak...
Tp yg aku sedikit nak hangin, bile dia nak lebihkan sambal aku tu, mcm setakat amik nama letak je..
Xsampai satu sudu kecik pun..




Sampai kat office, bile aku bukak bungkusan nasi lemak tu, aku tgk, alahai...
Mcm nak xnak jer bg sambal tu..
Nasi punya la byk, tp sambal xsampai sesudu kecik..

Kadang2 aku terfikir, if dorg catu2 sambal nasi lemak tu, ape diorg buat if ada lebih?
Peram dlm peti sejuk ke?
Esok panaskan, pastu jual blk?
If nak kata cili kering (utk dibuat cili boh) skrg ni mahal..
Xjugak.. Lagipun, dlm sambal tu bukan ada apa pun..
Setakat bawang merah, bwg putih & cili boh je..
Xde la diorg letak udang or ikan bilis pun..
Sekadar sambal kosong..
Aku rasa if setakat buat seperiuk, harga cost baru xsampai RM10..
Dpt untung berlipat kali ganda..


Ada satu lg trick yg aku rasa saje je dorg ni buat..
If dorg bagi sambal byk pun, sambal dorg sure pedas gler2 mcm nak potong lidah aku makan..
Dgn harapan, nextime org yg beli xmintak sambal lebih lagi..
Huhuhuhuhu..


Aku teringat waktu aku praktikal kat Golden Hope dulu..
Ada sorang akak satu floor dgn aku, tp lain dept..
Dia siap masak sambal saja dari rumah..
Then bile dia beli nasi lemak, dia akan makan dgn sambal tu..
Bila ditanya, dia jawab, "Org jual nasi lemak skrg ni kedekut sambal, jadi aku prepare awal2, sbb aku ni kuat makan pedas"
Ada sampai mcm tu sekali ek..

Mcm2 hal la..

p/s: suke sgt sambal nasi lemak pakcik Zul Roti (pakcik jual roti naik motor kat rumah aku, bini dia buat nasi lemak jual sekali dgn roti2 tu).. nasi lemak dia sedap, sambal pun byk.. wallah!

Friday, June 25, 2010

High 'M'

Lumrah perempuan..
Mata pasti rambang melihat shopping complex yg sedang mengadakan sale besar-besaran..
Termasuk juga aku..
Xsah jika masuk shopping complex bila tidak membawa at least satu plastic / paper bag berisi kasut atau baju..



Seringkali aku dilabel high maintenance..
Pernah sekali aku berkawan dgn seorang technician di sebuah syarikat swasta..
Dia mengajak aku keluar pada hujg minggu..
Aku menolak dgn alasan aku ingin keluar window shopping bersendirian..
Namun oleh kerana dia beria2 mahu menemani aku, jadi aku iya kan saja..

Sungguh, aku agak rimas apabila diperhatikan sebegitu rupa..
Bg aku, jika aku mahu shopping, aku prefer melakukannya seorang diri..
Akhirnya setelah menyaksikan aku membeli 2 psg kasut, 2 helai tudung & 2 helai baju, dia bersuara..
"Perempuan mmg mcm ni ye? Mcm awak ni, high maintenance jugak kan.. Takutlah kalau awak jadi gf saya"


Kala usai dia menghabiskan ayat terakhir itu, serta merta hati ini jadi panas dgn statement itu..
Lantas aku membalas, "Itulah, td saya ckp xpyh ikut.. Tp awak cbuk nak ikut jugak.. Now awak nak membebel2 plak kat saya apehal? One more thing, saya xmintak duit awak shopping ni kan?"
Lantas terdiam..
Diamnya berpanjangan hingga membawa ke waktu makan..
Aku membiarkan sahaja..

As for me, its ok if we r so called "high M"..
Afterall, aku high M pun bukan menggunakan duit org lain, tp hasil titik peluh aku sendiri..
Kerap kali lelaki2 yg ingin berkawan dgn aku (terutamanya yg bekerja sekadar kerani atau technician atau budak pejabat) melabelkan aku sbg perempuan high maintenance..
Kata2 seperti TAKUT atau GERUN jika andai kata aku menjadi gf mereka seringkali kedengaran..

Namun, ada aku kesah?
Kerana, aku high maintenance pun, menggunakan duit aku sendiri..
Aku xpernah kikis duit mereka..
Unless ada yg beria2 ingin membelikan aku sesuatu seperti perfume CK atau wallet Guess..
Tp aku tidak pernah minta, sungguh!

Tp, itu xbermakna bahawa aku bersetuju jika seorang perempuan itu high M dgn mengikis harta bf mereka..
High M apabila di sponsor oleh bf2 mereka hingga ada yg terpaksa berhutang utk memenuhi keinginan High M gf2 tercinta..

Waktu aku dgn Kamarul dulu, aku xpernah meminta2..
Segalanya aku beli dgn duit aku sendiri..
Walaupun dia ada menawarkan ingin membelikan aku mcm2..
Namun, bg aku, aku punya wang, jadi biarlah aku beli dgn wang aku sendiri..

Ada seorang kwn aku, broke up dgn gf nya hanya kerana semata2 gf nya High M..
3/4 dari gajinya dihabiskan dgn memenuhi kehendak yg tersayang bershopping barang2 berjenama spt LV, Coach, Salvatore Ferragamo dll..
Tidak tahan dgn situasi itu, lantas keputusan itu diambil..
Sygnya.. Kerana bagiku, gf dia punya byk keistimewaan lain, namun oleh kerana sifat high M xbertempat ini, mereka membawa haluan masing2..


Kesimpulannya, aku mmg High M, & so what??!

Thursday, June 24, 2010

Beauty doesn't come with the BRAIN

Sebenarnya, aku dah lama believe this quote..
Lagi buat aku yakin, waktu aku rapat dgn SA dulu..
Dia selalu repeat benda yg sama..
Dia ckp, dia suke perempuan bijak, cantik or not, tolak tepi..

Somemore he said, normally, beautiful women got no brains..
Aku mmg percaya benda ni sbb terjadi dpn mata aku..
Yeah, seeing is believing..
Kwn2 aku yg cantik2 kebanyakannya xsambung belajar or dlm erti kata lain masuk U..
If ada pun, result pun so n so jer..

Waktu Ekspo Beli Brgn Malaysia aritu..
Kat pentas utama, ada buat satu contest..
Miss 1 Malaysia contest..
Dianjurkan oleh Izzat Artistic Team..
Kire cam ala2 ratu cantik la..
Ada 11 contestant..
Sume model2 type la.. Kaki cantik, muke cun putih melepak, kulit halus mulus sume lah..

Tp bile tang jwb soalan isu semasa or common knowledge, sume fail..
Yg lebih teruk, bile di tanya soalan, ade audience nakal2 yg jerit jwpn salah, diorg main ikut jer..
Hahahahahaha..
Berikut adalah antara jwpn2 kelakar minah2 cantik ni

Soalan (S): Sebutkan 3 makanan popular yg menggambarkan Malaysia?
Jawapan (J): KFC, McD and Pizza Hut (time ni audien boo habiss.. huhuhu..)

*sepatutnya soalan sesimple ni, dorg boleh jwb roti canai or nasi lemak ke.. kan tu sume makanan kebiasaan & glamer Malaysia..

S: Sebutkan mercu tanda terkenal Malaysia?
J: instead of menjawab Menara Berkembar PETRONAS, this girl jwb, "SURIA KLCC"

S: Bilakah pelancaran Ekspo Beli Barangan Malaysia berlansung?
J: (pelancaran EBBM ialah pd 17hb Jun) instead of jwb jwpn sebenar yg patutnya mereka tahu kerana mereka terlibat tidak lansung, namun si gadis menjawab, "sebulan yg lepas".. (yg ni aku mmg xdpt tahan gelak, aku gelak terbahak2 sbb aku pun one of commity majlis pelancaran, nampak sgt xamik tau)

Yg ni paling kelakar:

S: Sebutkan barangan yg dikeluarkan oleh jenama Philips?
J: (gadis terpaku sebentar, tibe2 kedengaran audien nakal menyebut "TAYAR") lantas dia pun menjawab, "TAYAR" (waktu ni audience gelak terbahak2, gamat suasana kat Pentas Utama)



Aku xpasti samada mereka sengaja buat begitu utk berlawak atau mereka betul2 bodoh..
Mungkin juga dirancang utk sengaja membuat penonton ketawa..
Lantas, after the segment, kebetulan Rizan dtg bertenggek kat tmpt kami..
Rupanya dia pun ada waktu segment tu berlansung..
Tergelak2 kami borak pasal hal tu..
& aku sekali lagi meng'quote' kan Beauty doesn't come with the brain..
Tp aku sakit hati sbb Rizan ckp, "Tikah, u dah sebut 2X.. Org ckp, 1st one is statement, 2nd time is jealousy"..

Erkk, xkuasa aku nak jeles Rizan..

p/s: aku still ingat waktu aku & Rizan masuk kat changing room kat tmpt miss2 1 malaysia tu slumber jer naked salin baju.. Rizan tarik tgn aku waktu aku nak kuar sambil berkata, "Tkah, pls teman i dlm ni, i takut nti i xtahan.." sambil xlepas pgg tgn aku.. & i'll remember that for whole of my life.. :-)

btw, i am happy that i am not a pretty girl

Wednesday, June 23, 2010

Hello, can i help u sir / madam?

Xtau nape dgn 24 Jun (hari ni lah)..
Tp sume pggln telefon yg aku buat / dpt, sume agak annoying..

Dah lama sebenarnya nak tulis pasal answering call attitude / manner ni..
Since dulu aku dah pernah terkena dgn mamat finance PETRONAS yg sgt rude..
So 2day, aku nak citer pasal pengalamat dpt fon call or buat fon call pd org yg out of attitude ble call or dpt call dari org..

Waktu aku belajar diploma dulu..
Kami sering ditekankan utk senyum kala menjawab panggilan..
Aku penah tanya lecturer aku dulu..
Nape nak senyum coz dorg bukan boleh nampak pun kite senyum, after all, kite hanya jwb fon call.. bukan video call..

But my lecturer ckp, eventhough pemanggil xdpt tgk muke kite, tp dia dpt rasa yg kite tgh senyum atau x melalui suara..
Since that day, walau aku tgh tension mana sekali pun, aku akan try senyum tika jawab telefon..
Lagipun, bahasa menggambarkan bangsa..
Bila kita bercakap dgn bahasa yg lembut, org pasti akan respect kite lebih2 lagi org melayu terkenal dgn kaya nya sopan santun & budi bahasanya..


So back to the situation yg aku nak share dgn korang

1. First case - Aku dpt panggilan ni pg td waktu drive to office. This minah call aku mcm nak marah2 tanya aku pasal Bank Guarantee (BG) yg aku sepatutnya submit pd diorg last week. Aku tau lah dia yg akan pay kami, tp boleh x jgn nak tunjuk marah2. Patut dia tanya lah kenapa kitorg lambat hantar, ni x, terus jer nak marah2. Tunjuk sgt yg dia tengah tension coz payment / LO tu lambat settle. As for me, sepatutnya dia xboleh tunjuk yg dia marah. Ckp elok2 kan bagus.

2. Second case - Yg ni plak, mmt ni org kelantan (dari slang la kan). Actually, dia yg mintak aku call sbb dia nak buat satu travel expo kat Shah Alam. So bila aku dah call tu, cube hargai lah. Ni x, aku tanya, dia cbuk melayan org lain. Xpay attention kat ape aku ckp. Pastu boleh plak jwb call lain then borak2 dgn staff dia. Ya Allah, hangin satu bdn aku. Bila aku mintak details2 yg aku perlukan utk prepare proposal, boleh plak gi cari sampai 5 minit. Nasib aku gune fon office. Kalau x, selamat bill aku.

3. Third case - Yg ni lg aku bengang. Call2 terus serang. Xtanya sape yg jawab ke ape ke, terus tanya bertubi2. Bukan aku yg incharge. Org lain. Alih2 aku gak yg kene. Sometime, tanya la dulu. Mmglah direct line dia, tp buatnya dia suruh org lain yg angkat, kan dah jadi cam kurang ajar sket tu.

Harap2, aku xmcm kategori2 kat atas ni. Moga aku sentiasa ter'senyum' pabila menjawab pggln telefon either kerja or peribadi..

What?? France out??

What??? France sudah kalah..

Mlm td, aku beria2 tdo awal..
Pas solat maghrib, aku terus get ready utk tdo..
Coz dlm percaturan aku, kul 1 nak bgn nak tgk France lwn S.Africa..
Rupe2nye aku dah silap pandang..

Utk game yg tu, pukul 10.. hanya ada kat Astro..
RTM xamik that game.. arrggh, tension..
So after solat isya', aku putuskan utk tdo blk..

Then pg td, hati ni bagai dirobek2 kerana menyaksikan berita yg aku xboleh terima sama skali..
FRANCE OUT!
Arrrggghh! Why?? Why???!


Dlm byk2 team kat worldcup, France adelah team yg mempunyai ramai star..
France ada Thierry Henry, ada Ribery, ada Anelka..
Ramai lagi..
Tp kenapa awal2 lg dah out??
Mungkin sbb Zidane (the main planner) dah xde..

Tp serius aku bengang dgn coachnye, Raymond Domenech..
Dia xmenggunakan sepenuhnye peluang & kelebihan yg ada..
Instead of boleh pakai posisi 4-3-4 or 4-4-2, dier pegi pakai 5-5-1..
Giler ape?? Mana ada org penah pakai cara tu..


Giler aku kecewa dgn berita ni..

Btw to my Mr. Sailorman..
U won this time..
Tp i'm sure ur England xkan mara ke perlawanan seterusnya..
Huhuhuhuhu..

p/s: To Mr. Sailorman, walaupun u won this betting, tp u still owe me something.. Genting, here i come with Mr. Sailor! :P

Monday, June 21, 2010

Formspring versi saya (^_^)

1. Pelengkap gaya jeans? - Baby T warna putih.. It is so simple yet nice

2. Mesti sambar waktu jualan mega? - Of coz la kasut! Kdg2 sampai 5 pasang.. Huhuhu..

3. Produk Malaysia yang patut di export - Makanan la.. kite kan unik dgn makanan!

4. Produk kecantikan pilihan - of coz la perfume.. must have ok!

5. Aku akan katakan YA kepada - tido, ice cream & kek Secret Recipe ;-)

6. Nasihat cinta paling berkesan? - sayangi dan cintai org yg menyayangi & mencintai kita..

7. Nasihat daripada ibu yg xmungkin di lupakan? - Tanpa lelaki pun, kita boleh hidup.. jadi jgn sedih jika di tinggalkan oleh mereka..

8. What makes u hot & irresistable? - Sifat kelakar, happy go lucky & i am a good listener..

9. Waktu ini tahun lalu? - hari ni 21hb Jun.. aku tgh siapkan berbagai2 kerja utk Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia 2009.. Ekspo thn lepas start on 24th - 28th June 2009.. :-D

10. Kisah aku & kasut - dulu, kaki aku sgt besar.. susah nak cari kasut size besar.. so aku lebih selesa pakai kasut / sandal lelaki.. now, alhamdulillah.. xtau samada kaki aku mengecil or mmg Vincci / Nose or lain2 kedai kasut buat kasut wanita size besar2 kot, so dah senang beli kasut..

11. Belian terkini yg memuaskan hati? - online shopping beli tudung yg bermacam2 corak & gaya.. ;-)

12. Hadiah terbaik utk diri aku? - Perfume or mekap.. hehehehe..

13. Filem yg ada scene kahwin kegemaran? - Dil To Pagal Hai.. ;-)

14. Kenangan di hari perayaan? - First time Kamarul dtg jumpe family aku.. Raya ke 5 thn 2007.. won't forget this scene..

15. Azam thn baru yg masih xtercapai? - Kahwin la.. Huhuhuhu..

Sunday, June 20, 2010

Kisah bayar hutang

Aku nak citer pasal hutang..
Sejak dah bekerja ni, aku semakin galak menjadi debtor pd orang..
Aku xksh org nak pnjm duit aku..
If janji byr, then dia byr as per dijanjikan..
Aku xkan teragak2 nak bg pnjm kail ke 2..

Lately, ramai gak yg nak pinjam $ dari aku..
Mgkn kadar kewangan aku yg senang sket dari dorg..
Bukan takat kwn2, tp sedara mara aku pun ada..

Aku nak citer pasal attitude diorg tu.
Bile time nak pnjm duit dari aku, call sampai berbelas2 kali..
Pastu mintak nak cpt2 jer..
Ble aku ckp aku bank in lmbat sket, kalau boleh, nak gak aku bank in tang2 tu gak..
Pdhal bukan xtau aku xleh gi bank..
Tgh keje sume tu..
Xkan xboleh faham..

Lagi satu, bila dah jadi org yg nak pjm duit tu..
Jgnla mendesak2..
Sbb ble kite nak mintak sesuatu dari seseorang..
Cuba bwk bersabar.. Xde manner la if mendesak2..

Pastu, mulut punyela manis janji nak byr 2 / 3 hari pas guna tu..
Time nak pjm, xmenyempat2 lagi nak duit tu..
Tp ble dah dpt, terus jadi lain..
Masa time nak pinjam, boleh call..
Time nak pulangkan, takat sms jer..
Apsal xboleh nak call?
Then dah janji nak byr waktu2 sekian sekian..
Alih2 tangguh...
Siap bg alasan ada urgent nak pakai duit..
Aku betul2 xfhm dgn org mcm ni..
If aku jadi dorg, aku mmg akan malu..

Org mcm ni, aku akan pk 2000X utk bg pjm kali ke dua..
If yg betul2 tunai janji, aku xakan teragak2 pjm kan duit pd dorg the 2nd time..

Inilah manusia..