Followers

Monday, January 25, 2010

Aku rindukan saat itu..

Petang tadi, ntah kenapa..
Fikiran aku teringat zaman aku duduk rumah sewa kat Flek PKNS seksyen 7, Shah Alam..

Oleh sbb waktu tu dlm pukul 6 ptg, aku teringat waktu petang kat area rumah sewa aku..
Walaupun kwsn tempat tinggal kami padat, tp bagi aku pemandangan di waktu petang adalah pemandangan yg sangat menyamankan & membahagiakan..

Di waktu ini lah, kanak2 riang bermain basikal..
Budak2 UiTM baru balik dari kelas dgn menaiki motor or kereta..
Ada jugak budak2 student (mcm aku) yg baru nak kuar umah pergi jogging or just jalan2 amik angin sekitar area flet..
Xkurang jugak yg baru nak ke maple Hakim or Khulafa kat seksyen 7 baru..
Ada yg mengelilingi gerai goreng pisang tepi jalan utk membeli goreng pisang barang seringgit dua..

Waktu aku masih dgn Kamarul plak..
Aku selalu merengek mintak dier dtg rumah sewa aku bwk aku ronda2 naik motor dgn dier..
Aku sgt bahagia walaupun aku hanya menaiki kapcai dia..

Oleh kerana zmn itu zmn study, jadi $ pun xmcm skrg..
Sentiasa kesengkekak & nak makan mewah2 pun jarang..
Walau bagaimanapun aku & housemate aku tetap bahagia & gembira..
Sama2 masak sardin & telur dadar..
Waktu makan bersama, adalah waktu yg sangat menyelerakan di tambah dgn gelak ketawa kami lebih2 lagi bulan puasa..

Aku teramat rindukan zmn itu..
Biarlah aku xpunya apa2 waktu itu, namun aku sgt bahagia..
Dikelilingi oleh kwn2 yg sgt membahagiakan walau kadang2 ada masanya kami xsependapat & bertikam lidah..
Tp itu semua asam garam dalam perhubungan..

Bila agaknya aku dapat mengecapi kebahagiaan itu lagi?

No comments: