Followers

Tuesday, June 8, 2010

Kad kecil bernama CREDIT CARD

Dulu, waktu aku di zmn ria yakni kanak2 ku..
Aku sungguh mengagumi ayahku pabila beliau menghulurkan kad kredit kala membayar barang2 yg dibeli hatta ke KFC sekalipun..
Bagi aku, itu menunjukkan bahawa ayah ku mampu membeli / memiliki apa yg dihajati..
Kad kredit, adalah utk org2 kaya..
Sementelah ayahku punya kad kredit, ayah ku org kaya...



Itu mentaliti zmn kecilku..
Namun segalanya berubah kala memasuki alam sekolah menengah..
Belajar tentang ekonomi & perdagangan..
Kala guruku mendedahkan kisah sebenar di sebalik sekeping kad kecil yg bernama kad kredit..

Kad kredit = kad hutang..
Samalah seperti mak joyah atau mak limah yg ke kedai pak ucop membeli barang, kemudian berkata pd pak ucop, "Cop, masuk buku tiga lima yer"
Hatta kamu berbelanja menggunakan kad ini di Pavilion or Robinson sekalipun, ia setaraf dgn mak joyah & mak limah tadi...
Bezanya, company kad credit akan membayar dahulu jumlah yg kamu beli itu dan kamu akan byr dgn company itu hujung bulan...



Semalam, waktu aku ke Giant Saujana Impian utk membeli barang..
Di hadapanku, sebuah keluarga membawa satu troli yg sarat dgn barang2..
Semua yg ada di dlm troli itu boleh dikatakan barang2 yg agak berjenama & mahal spt Milo, Nescafe, Beras Wangi Siam, Minyak Masak Buruh, Roti Gardenia, Susu Pekat Manis F&N, ubat gigi Colgate dll..

Si isteri dgn bangganya meletakkan segala barangan itu di atas kaunter pembayaran..
Usai di scan, jumlah menunjukkan RM504.40 yg perlu dibayar..
Sang suami dgn bangganya mengacukan kad credit mastercard miliknya kepada cashier sambil menunjukkan muke bangga memandang kami yg beratur dibelakangnya..
Dalam hati aku, sudah ada rasa meluat..
Perlukah berbangga berhutang hampir setengah ribu itu?
Namun bg aku, adat manusia..


Selesai giliran aku membayar, aku menuju ke kereta..
Waktu itu, aku melintasi keluarga yg bangga dgn kad credit nya tadi..
Si isteri cbuk memunggah barang2 ke dalam kereta..
Ku sangka dia memakai BMW atau paling tidak pun Proton Waja..
Rupa2nya kereta mereka hanyalah kancil EX660 (the most basic kancil) yg telah lama..
Aku jangkakan kereta itu sudah 10 thn usianya..


Jadi, jgn disangka mereka yg memiliki kad credit adalah mereka yg berada..
Kadangkala, mereka ini adalah golongan yg tidak mempunyai cukup wang, lantas bergantung pd kad kredit mereka utk terus hidup di dunia ini..

Usai melihat situasi itu, aku memutuskan utk terus tidak menggunakan kad kredit... :D

No comments: