Followers

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan menjenguk kembali

'Dia' dtg lagi. Sememangnya Ramadhan mmg aku nanti2kan.
Byk cerita ttg Ramadhan yg ingin aku kongsikan di blog ini.
Satu persatu ingin aku sampaikan.
Dari sudut hati yg plg dalam, Ramadhan adalah bulan penuh kesyahduan & bulan kegemaran aku.
Mungkin ramai yg lebih suka bulan Syawal compare to Ramadhan, but as for me, Ramadhan ada cerita tersendiri, juga memberikan momen2 indah juga pahit utk di kenang.

Sebelum itu, aku berazam, Ramadhan tahun ini utk:

1. Kurangkan membeli juadah di bazar Ramadhan (jimat sikit & boleh kurangkan makan)
2. Masak sendiri juadah utk berbuka & bersahur dgn lebih kerap, tidak terhad pd hujung minggu sahaja
3. Tak mahu tinggal solat sunat terawikh (unless, i 'cant', hehehe)
4. Mesti nak recite Al Quran at least satu page sehari (insyaAllah!)
5. Seboleh-bolehnya mahu bgn tgh malam terutama last 10 days of Ramadhan, mana tau dapat malam Lailatul Qadar




Mengapa aku suka bulan ini?

Pertamanya, Rasulullah sendiri pernah menyebut dlm hadithnya bahawa Ramadhan adalah bulan utk umatnya.
Keduanya, di bulan ini lah waktu utk aku merehatkan diri dari segala beban kerja di office, cuti dari ke Fitness First dan lain2 kerja yg biasa dilakukan di bulan lain.
Juga, kegembiraan ketika bersahur & berbuka puasa.

Paling aku suka, dpt ke surau mengerjakan terawikh.
Jika aku mengerjakan terawikh di Beranang, aku hanya berjumpa dgn ibu2 & bapa2 saudara aku sahaja (mereka juga tinggal di kwsn kejiranan ini)
Namun, jika aku terawikh di rumah mak ku, aku lebih suka kerana kadangkala berjumpa dgn kawan2 lama waktu di sekolah rendah. :-)

Jika nasib baik, dpt berjumpa dgn bekas ustaz / ustazah aku.

Momen indah itu di kala Ramadhan

Tiap kali Ramadhan, aku pasti terkenang momen2 indah waktu berpuasa di SAMER (sekolah menengah).
SAMER ni ialah sebuah sekolah menengah agama. Jadi kedatangan Ramadhan mmg memberikan impak yg plg besar kepada penghuni2nya.
Di SAMER, lauk utk aku berbuka simple sahaja.
Xperlu keluar utk singgah ke bazar Ramadhan.
Hanya makan nasi kawah dari dewan makan asrama.
Itu pun sudah cukup gembira, di kelilingi kawan2 tercinta.
Happynya, hanya Allah yg tahu.

Begitu juga kala berpuasa di waktu aku menjadi pelajar diploma.
Dewan makan kolej (hostel) UiTM makanannya better dari dewan makan di SAMER.
Namun, aku tidak kisah kerana berbuka bersama kawan2 tercinta.
Kadang2, kami akan plan utk makan di Seksyen 2 atau Kompleks PKNS.
Kalau kami rajin, dari kolej teratai / melati, kami akan berjalan kaki menyelusuri 'Bukit Tonggek' (bukit ini sgt cerun, oleh itu nama gelaran ini diberi oleh student2 UiTM Shah Alam) utk ke PI a.k.a Pusat Islam mengerjakan terawikh. :-)

Namun, momen plg indah saat berbuka puasa ialah sewaktu aku menjadi penghuni rumah sewa Flet Seksyen 7 Blok 1, Shah Alam.
Kadangkala, berbuka hanya berlaukkan sardin & sayur sahaja.
Namun, semua itu terasa sedap dek kerana kami bergotong royong masak beramai2.
Tp kadangkala, kami ke bazar Ramadhan berdekatan utk menambah variety pd juadah yg kami masak.
Bersahur pula, kami akan bergilir2 berjaga bagi memasak nasi / lauk.

Sedar xsedar, sudah setahun sejak 1 Ramadhan 1430H.
Ya, tarikh keramat itu.

Tarikh menyaksikan jiwa raga aku tersiksa sedalam-dalamnya.
Tarikh di mana, org yg paling aku cinta di dunia ini melafazkan kata2 perit yg tidak sanggup utk aku hadamkan.
Tarikh di mana, aku dilepaskan oleh Kamarul Izham.

Namun, hubungan kami seakan sinonim dgn bulan Ramadhan.
Pd 2006, kami berjumpa 2 minggu sebelum bln Ramadhan.
Hubungan kami semakin rapat di bln Ramadhan.
Hari2 pasti berbuka bersama2 & setiap hari, dia pasti akan bawa aku ke bazar2 Ramadhan sekitar Shah Alam & menanggung segala perbelanjaan berbuka puasa ku.
Akhirnya di bulan Ramadhan lah kami menokhtahkannya.

Ramadhan tahun ini.

Hanya satu azamku, melebihkan ibadah di bulan Ramadhan thn ini.
Dan aku juga mengharapkan sinar & rahmat Allah S.W.T Ramadhan ini.
Moga kehidupan aku lebih bermakna, bercahaya, sejahtera & dirahmati.

Selamat datang Ramadhan. :-D

1 comment:

DHILABLOG said...

salam ramadhan tikah...teringat zaman uitm