Juga sejurus selepas proses gantung menggantung coat, vest, kemeja, jeans & baju kurung aku dlm wardrobe aku yg dah padat tu.
Dalam pada aku melipat baju2 kerja aku like shirt, blouse, ruffle blouse, tunic, tshirt & so on, aku melipat & menggantung jugak 2 pasang baju kurung.
Sepasang aku pakai jumaat mggu lepas pergi kerja, sepsg lg aku pakai waktu majlis kahwin ex skoolmate aku iaitu Xsun.
Time gantung tu, baru aku sedar yg aku ni mmg xbyk koleksi bj kurung.
Boleh di katakan dari pada wardrobe aku yg nak masuk dua tu, hanya 5% dari isinya ialah baju kurung.
Aku bukan xsuka pakai bj kurung. Tapi bagi aku, baju kurung made for a special occasion like majlis kahwin, keagamaan & majlis yg memerlukan kita formal & sopan.
Luckily, aku xbekerja di sektor awam.
If aku diterima bekerja sbg penjawat awam, mmg jenuh jugaklah aku nak menempah berpasang2 baju kurung. Mana taknya, penjawat awam mmg wajib pakai bj kurung. Mana boleh pakai smart casual (which most of my clothes type are).
Aku ni lainla, keje dgn company private. So nak pakai ape pun boleh asalkan kemas & presentable, sesuai dgn imej executive yg aku sandang.
Baju kurung & aku.
Actually, waktu aku study diploma, faculty aku mengharamkan pemakaian jeans / seluar kecuali seluar slack yg formal, itupun wajib di pakai dgn suit formal like triple suit or formal shirt.
So dlm seminggu dari tahun 2001 - 2004 tu, mmg aku akan berbaju kurung.
Sampai naik bosan di buatnya.
Seiring dgn peredaran tahun, badan aku plak mengecil sket. Huhuhu. (statement perasan la ko ni Tikah!)
Jadi, those baju kurung zmn diploma dulu kalau aku pakai mcm aku pakai baju clown. Gelebeh sana cni.
Then waktu aku study degree plak, faculty aku xrestrict kan pemakaian ke kuliah wajib memakai bj kurung je.
So lagila aku kurang koleksi bj kurung.
Buat / beli baju kurung time nak raya je.
Pakai bj kurung hari isnin & jumaat je (hari wajib berpakaian formal bg UiTM)
Kebetulan, bila aku dah keje, lagi jarang berbaju kurung.
If aku rajin, hari jumaat jer aku berbaju kurung.
Then bulan Ramadhan aku berbaju kurung at least 3 hari semggu.

(photo caption: baju kurung potongan klasik)
Satu lagi faktor aku malas nak update koleksi baju kurung aku ialah, size aku sama dgn size mak aku. So kdg2 aku rembat jer baju kurung dia yg cantik2 tu utk ke majlis2 kahwin & ke pejabat waktu hari jumaat. Hahahaha.
Mak aku bising2 jugak sbb kdg2 aku pjm baju dia sampai 2 / 3 mggu, baru aku pulangkan blk. Huhuhu. Sorry mama. :)
Namun, skrg ni aku tgk, makin lama makin byk fesyen2 terbaru baju kurung.
Ni membuatkan aku agak rajin nak beli baju kurung terutama yg fesyen2 sket tu.
Yg ada blink2 kat perut, or yg bercekak kat tgn. Cantiknya. Teruja aku.
Sementelah aku tgk Ana Raffali selamba jer pakai baju kurung siap main gitar lagi time perform. So sweet.

(photo caption: bj kurung moden. cantikkan? geram aku tgk. memperabiskan duit gaji aku jer. hahaha)
Now, antara butik wajib singgah if aku shopping ialah First Lady. Baju kurung dier mmg cantik2 + harga yg murah & berpatutan.
Alhamdulillah aku plak mmg saiz la dgn baju ready made ni. Ada setengah org xkena dgn bj ready made.
Kalau baju kena, kain lak something wrong & vice versa.
p/s: Antara azam tahun baru --> update koleksi baju kurung. Teringat lagu gadis melayu berbaju kurung. Hehehe.
2 comments:
lwanya bju kurung moden yg biru tuhh..nak jugakkk
a'a cantik sgt kurung biru ni...harga dia bape ek?
nak beli jugak la
Post a Comment