Followers

Thursday, March 24, 2011

Bonggol Unta



Adat lah manusia ni, lagi ditegah, lagi nak buat kan.


Actually, aku dah lama dah nak tulis pasal hal ni. Kalau kite perasan, bidang fashion kat dlm negara kite ni specially muslimah punye fashion makin hari makin berkembang. Antara yg pesat berkembang ialah gaya bertudung.


Bermula dgn kelahiran trend tudung ala wardina, kemudian beralih arah ke trend tudung Ekin sampai Ariani amik jadi duta. Pastu tiba plak trend tudung ala Dato' Ct yg mengeluarkan jambul rambutnye di dpn tu. Now ada tudung Rozita Che Wan & terbaru tudung Yuna. Despite of all these kind of fashion tudung, ada jugak mcm2 tudung yg pelik2 keluar. Dgn renda nya lah, mcm sirip ikan pun ada, dgn jurai & juntai2. Hehehe. Mmg totally new & out of pemikiran aku yg agak conventional ni.


Tp aku ni xkurang ikut jugak fashion2 tudung ni. Kalau dulu aku lebih selesa bertudung biasa (bawal) mcm picture aku kat bwh ni, then aku sket demi sket aku beranikan diri cube tudung Ekin. Pastu aku ada gak try2 kai Syria. Tp sebab muke aku bulat, so agak kurang sesuai kai syria. Tp after di ajar oleh adik aku camne nak tiruskan muncung anak tudung syria, now aku dah suke gler pakai Tudung Syria.


*Aku pakai tudung bawal, sementara Ja pakai selendang dgn anak tudung syria


*gambar lama dgn Akbar. aku kai tudung printed ala Ariani (tudung ala Ekin la)


Ok, tp bukan tu yg aku nak citer la. Tp hal lain.


Tadi, aku ada blogwalking kat blog sorang peniaga tudung online. Mcm2 tudung moden dier jual. Aku pun rasa cam dah xterikut dah trend kat blog dier tu. Suddenly ada satu sticky entry jual sanggul palsu utk dipakai bg nampak bonggol cam unta tu bile pakai tudung. Subhanallah. Bukan ke Rasulullah pernah bersabda dlm hadith dier akan dilaknat org2 perempuan yang:


1.  Mengikir gigi, mencukur kening (kerana mengubah kejadian Allah)
2.  Memakai pakaian tp umpama terlanjang (pakai bj ketat or jarang)
3.  Memakai tudung, namun menampakkan sanggul yg berlebihan seperti bonggol unta.


Makanya, tiga spesis perempuan di atas akan dilaknat & dihindari Allah dari mencium bau syurga.


Tp, aku xfhm kenapa peniaga2 tudung ni galak jual sanggul palsu nak bg nampak lagi bonggol unta tu. Kan ke duit dari hasil jualan tu rasanya boleh dikategorikan sbg rezeki yg was2. Nauzubillah. Aku pelik, xkan la diorg ni xtau. Dah heboh dkt FB pasal hadith berkenaan, tp galak jugak jual tudung siap buang sanggul tinggi tu. 


Ok, as for me, personally, aku mmg nyampah tgk sanggul bonggol tu. Aku ada gak tanya a few kwn lelaki aku termasuk encik Akbar sendiri, diorg pun ckp buruk & nampak pelik gler if pakai sanggul camtu. Xde mana cantiknya. Nampak hodoh lg adelah.


Wallahu A'lam bissawab. Moga aku tak tergolong dari tiga golongan di atas :)

No comments: