Followers

Monday, April 4, 2011

Doa utk mama

Mulai semalam, Isnin (4 April) sampai esok, Rabu (6 April), aku berulang alik dari rumah mak aku di Sri Kundang Rawang ke office aku di Seri Kembangan. Jarak lebih kurang dlm 40 km dari rumah aku ke office.

Jika waktu senggang atau kurang traffic jam, waktu yg aku ambil utk drive ialah 40 minit. Namun di sebabkan kesesakan dari rumah ke office, waktu yg perlu di ambil ialah 1 jam 20 minit.

Sebenarnya, ada sebab aku berulang alik selama 3 hari ini. Ini kerana, ibu ku yg tercinta meminta aku utk menghantar & mengambil beliau dari kerja dari semlm hingga esok kerana ayah aku outstation.

Actually, my mum jarang mintak tolong sebegini dari aku.

Selalu jugak ayah aku outstation dulu2, namun my mum xkan pernah bukak mulut minta aku hantarkan atau stay di rumahnya & pergi kerja bersama2. Biasanya dia akan keluar rmh pukul 5 pagi menunggu bas / komuter utk ke office. Begitu juga waktu blk kerja. Manakala aku dgn senang lenangnya akan berulang alik dari rumah aku di Beranang ke office (yg memakan masa selama setgh jam sahaja kerana tiada kesesakan lalulintas, hanya 27 km dari rumah ke office).

Kalau org tau aku mcm ni, mesti org ckp, "Tkah tu xde hati perut lansung. Mak susah payah naik LRT / komuter / bas pegi keje, ada anak ada kete pun xboleh nak anta maknya!"

Tp bukan aku sengaja, puas aku offer diri, tp mak aku kerap kali menolak. Dia akan ckp, "mama xmau susahkan ayong". Sometime, sedih aku. Tp xpela, itu la pengorbanan murni seorang ibu.

Namun berlainan halnya dgn hari ahad yg lepas bila die sendiri meminta aku stay & pergi kerja bersama2 dgn dia. Aku sgt gembira bila dia sudah mula menerima pertolongan aku. Namun, ada satu perkara yg terlintas dlm fikiran aku.

Rasanya, mama dah semakin xlarat utk bersengkang mata & bersesak2 menaiki perkhidmatan awam utk ke tempat kerja. Dia dah xsekuat dulu. Usia dia dah semakin meningkat. Sementelah perkhidmatan awam di Malaysia ni mmg macam tuuuutttt!

Bila aku pk kan hal di atas, aku jadi sedih. Dan dgn serta merta akan aku titipkan doa kpd Rabbul Alamin spya panjangkan umur mama. Xsedia lagi utk kehilangan dia.

"ALLAHUMMA FIRLI ZUNUBI WALI WALIDAYYA WAR HAM HUMA KAMA RABBAYANI SOGHIRO"

I love my mummy so much..! Wpun aku byk X melawan ckp dia, byk meninggi suara pd dia, namun aku syg dier lebih dari aku syg Akbar & nyawa aku sendiri :-)

No comments: