Followers

Friday, August 5, 2011

Ya Allah, selamatkan rumahtangga mereka

Bulan Ramadhan ni, bulan yg baik kan. Kalau boleh, nak terima berita yg baik2 jer la. Xmau la terima berita2 yg kurang elok didengar.


Tp apekan daya, sume pun ketentuan Allah. So tgh2 aku dok kat office survey buffet Ramadhan utk office & dating aku dgn encik tunang next week, tbe2 BBM messager aku berbunyi.


Rupe2nye one of my friend, Mr. H (bukan nama sebenar) BBM aku. Mcm biasa, mukadimah dier tanya khabar aku, aku jwb ok. Then dier tanya aku sht sume tu. Pastu after few lagi mukadimah, & tibe2 dier ckp dier sedih sbb tibe2 jer dah nak masuk seminggu puasa. Aku tanyala, nape ko sedih? Dier ckp dier xmau Ramadhan berlalu pergi (chewaaaahhh). Aku ckp, adatla tu, sbb tu kite kene sentiasa rebut peluang utk beribadah dlm bulan mulia ni.


Pastu aku xmo dier sedih, aku terus tanya, dier raya mana thn ni? Adakah di sebelah dier or sebelah bini dier Miss Z (juga bukan nama sebenar). Tibe aku dikejutkan dgn satu berita yg sgt xsgka. 


"TIKAH, AKU MINTAK KO RAHSIAKAN DARI KAWAN2 KITA. KO JER YG TAU. ACTUALLY, AKU DAH 2 MINGGU XTINGGAL SEBUMBUNG DGN WIFE AKU, Z"


Erkkk? Seriusly aku sgt terkejut. Sbb sebelum ni diorg sgt loving. Kemain lagi gambar2, kata2 peransang & love2 kat FB tu. Lagipun dorg baru sgt kawin ok. Bln 10 thn lepas kot. Xsampai setahun lg. Then aku tanya Mr. H, ape puncenye? Nape sampai camtu sekali?? Diorg ni pun muda lagi. Mr. H sebaya aku (28 thn), si Miss Z ni plak (26 thn). Dlm usia 26 thn tu, xkan la Miss Z dah sedia nak terima title Miss J kot??? (Miss Janda lah u ollsss)


Mr. H citer kat aku sumenye gara2 campur tgn family bininye. Masalahnye terlalu teruk. Sampai adik2 Miss Z kurang ajar dgn Mr. H dan family Mr. H. According to him, family dier xbrpa campur sgt, yg terlebih campur family si Miss Z ni tadi. Then si Miss Z ni pulak, terlalu dgr sgt ckp family dier sampai abaikan & xdgr ckp si Mr. H ni sbg suami. Pastu ape2 perbincangan, katanya mesti nak dgr ckp Miss Z ni. Dah serupa Queen Control (QC) la pulak aku dgr. Adoi, nauzubillah la aku jd mcm tu.


Sebenarnya, dari dulu lagi aku sgt takut benda2 mcm ni yg jadi kat aku. Byk cerita & kes yg aku dengar, couple xde masalah, tp sbb campurtgn family, makanya jadi bermasalah & lead to divorce. Kadang2 kalau mak ayah mertua yg kaki cbuk ni, di + dgn adik beradik ipar kaki sibuk & tambah2 lauk & kasi panas lagi, mmg nahas la rumahtangga tu.


Actually, btwn mak & ayah aku, mcm2 masalah terjadi masa aku umur2 remaja dulu. Tp alhamdulillah, smp skrg masih bersama. Kenapa? Sbb arwah tok ng opah aku (mak pak ayah aku) xpenah masuk campur kalau mak ng ayah aku gadoh hatta mak aku ngadu kat diorg sekali pun. Yg diorg akan ckp, "Sabar bebyk yer Pesah". Itu jer la. Atuk belah mak aku pun xbyk ckp & xmasuk campur, cume kdg2 nenek belah mak aku jer ada mrh2 sket. Sbb dier tu pun jenis kepochi sket. Hahahaha.  


Lagi satu, according to Mr. H, family Miss Z ni, kalau diorg dua bergadoh, family dier akan backing si Z ni giler2 sampai salah menyalahkan si Mr. H ni. Atok, opah, atuk & nenek aku xpenah mcm tu dulu tau kalau pak mak aku gadoh. Sindrom mengangkat anak sendiri ni lagi bahaya!


Mcm mana nak elak dari campur tgn mertua ni (ni pendapat aku lah yer):


1.  Elakkan dari duduk dengan ibu bapa sendiri atau ibubapa mertua.


2.  Kalau dah xduduk dgn mak ayah or mak ayah mertua, elakkan dari bercerita masalah rumahtangga pada mereka. Ada baiknya kalau ada masalah, better communication antara pasangan tu yg important. Yg laki, jgn la ego sgt nak dgr pendapat isteri, yg si isteri lak jgn la nak merajuk2 xtentu pasal kan. Bincang lek lok.


3.  Berlaku adillah sesama mertua & ibu bapa sendiri. Kalau this week blk rmh mak ayah. Next week blk rmh mak pak mertua plak & sebaliknya. :)


Apa2pun, mmg kajian yg telah dibuat oleh beberapa pihak di bwh KPWKM ada mengatakan bahawa punca kedua penceraian berlaku akibat campurtangan pihak mertua (punca pertama kerana org ke3 yer).


Nauzubillah. Jgn aku nanti mcm tu. Biarlah mak ayah aku jgn nak campur2 tgn mslh aku. Sama gak harap2 dgn mak & ayah Akbar.  Biar aku dgn Akbar jer yg try utk solve prob kami.


*selingan: sbb tu aku xmo duduk dgn mak pak aku or mak pak Akbar. biar duk rmh sendiri :D ngeee ~ ~

3 comments:

ct nasyrah said...

yup. duk umah sendiri mesti best gile kan tikah. skrg ni dh kawen pun kteorg lum dpt duk umah sendiri lg. skrg pun duk umah nenek rusydi. teringinnya la nak duk umah sendiri je. hmm..bila la tu agaknya

Atah Rashid said...

eh, nasyrah bukan duduk 2 org jer ke? ke duduk sekali dgn nenek rusydi? if duduk rmh nenek rusydi tp berdua, tu kire ok lagi.. hehehehe.. xpe, one day sure dpt duduk rmh sendiri.. insya Allah..

ct nasyrah said...

tu la.. InsyaAllah. Ade gak planning2 nak beli umah sndiri ni. Skrg ni duduk skali ngn nenek dia. Tu la. Privasi kurang la skit. Sbb nak kene jaga hati org tua kan. Tu yg kdg2 tertensi gak tu. Tp saba je la dulu. Ade rezki sok pindah le.