Ungkapan ni always disebut oleh boss aku bile aku ngadu kat dier ada client complaint ckp harga yg company aku tawarkan mahal. According to my boss, mmg harga kami mahal, but kene bandingkan dgn kualiti servis yg kami sediakan. Byk client yg lari ke company yg tawarkan harga murah, tp akhirnya kembali cari kami sbb servis yg kami tawar xsetanding company cokia tu. Huhuhu.
Now, aku rasa, aku nak apply pd diri aku. Sementelah dah bekerja ni, aku rasa pattern dan gaya shopping aku dah berubah.
Kalau dulu, waktu zaman2 belajar, time duit kalau RM100 dah mcm RM1000 jer nilainye, rasa besor benor RM100 tu, nak beli barang2 mesti cari yg murah. Kalau dpt yg murah tp berkualiti, rasa bahagianya mcm syurga. Hehehehe. Kalau shopping ape2 pun la, dari kasut ke baju & alat mekap, mmg nak pilih yg murah2 ajer, kualiti letak tepi. Sbb time tu xde 'taste' lagi kan.
Now dah keje, dah ada rezeki lebih, pattern tu dah berubah, nak2 lately aku selalu tertipu dgn produk murah.
Baru jer jap tadi aku jalan2 kat Bazar Malam Mines. Bazar malam ni terletak di blkg office aku. Mcm2 la ada dijual kat c2. Tp bg aku, i don't find this uptown such an interesting shopping place. Aku rasa downtown Cheras or uptown Danau Kota lagi bagus dari yg ni. Tp sbb aku menunggu abg Krol (manager HR & admin office aku) siapkan lampiran2 tender tu, so xsiap2 lagi, aku bosan jadi terus ke bawah & jalan2.
Mcm biasa, aku terus menuju ke booth mekap. Aku ada beli 2X dgn makcik jual mekap ni, satu berus kabuki xori MAC & satu lagi lipstick RM10 MAC xori gak. So far ok kot. Yg berus kabuki tu walaupun murah, tp sgt soft & aku suke sgt gunekan. Mmg berbaloi2. Ni contoh pattern perbelanjaan aku masa waktu belajar dulu. Beli yg murah namun berkualiti. Tp tadi ape yang aku cari xde. Aku skrg tgh giat cari tappered blending brush. Kat Msia ni mmg susah nak dpt berus ni. :( Unless gi kat kaunter MAC kat Sogo or Mid Valley or dptkan dari Bobby Brown & Estee Lauder. Tp harga dier sebatang RM80++ kau!! Bankrap mak jah oiii! Hahahaha.
yg ni brand MAC. Ruby ckp harga dier RM80++
Yg ni brand Sigma. Kalau kat US dier dijual dgn harga USD$26, ha, ko cube bygkan kalau dah dalam RM senah oiiiiiiii...!
Tp citer pasal brush ni, last 2 weeks aku ada beli satu set brush bobbi brown imitation (xori la tu jah oiii). Waktu aku berinteraksi & tanya pada penjual tu, dier kata ape yg aku akan dpt sebijik mcm dlm gmbr tu. Mmg dah happy la aku, harga dier RM80 ada 18 btg brushes jah oi. Tp kalau gi kat kaunter Bobby Brown kat Sogo or MV, mmg xdpt la senah. RM80 tu dpt sebatang jerrr.. Then, yg aku hangin, time aku dpt tu, mmg xsama dgn visual yg dier inbox aku. Lg aku hangin, bulu dier cpt tercabut. Terus aku teringat ungkapan boss aku tadi. Mmg aku dah jadi monkey la dpt peanut. Hahaha.
So mmg betul lah, sometime kalau kite terlalu berkompromi bab kualiti, nak yg murah jer, sure kite xkan satisfy. Sama gak cam aku. Skrg kalau aku nak beli alat2 mekap or skincare, mmg aku cari yg harga tinggi sket. Nak2 kulit aku ni dah masuk tahap remaja purba jah oi. So kene la cari skincare yg elok2 sket. Pe salahnye kan. Pasal mekap lak mmg ketara la tahap kualitinya. Walaupun aku ada satu beg troli mekap2 imitation (MAC, Miss Rose & Romantic Color), tp aku ttp gak gunakan mekap2 aku dari range Maybelline, Loreal, Revlon, Elianto & Body Shop sbb bg aku yg ni lagi tahan & berkualiti dari imitation.
Kesimpulannya, jgn la sume lak nak beli barang mahal. Yg mana2 yg boleh dpt yg murah namun berkualiti, kita teruskan. Jadilah pengguna bijak. (Chewaaaah, aku mcm duta KPDNKK lak) :P


2 comments:
tak habis jah dengan senah dimasukkan nya. adoi -.-"
adoyainye punnnn
Post a Comment