Alhamdulillah, hari ni dah pun masuk 19hb Disember.
Ini bermakna, only 4 days left utk aku bergelar BUJANG atau ANAK DARA. 23 Disember 2011 bersamaan dgn 27 Muharram 1433H nanti, insyaAllah jika tiada aral, bergelar ISTERI lah aku kepada seorang lelaki yg aku cintai bernama Muhamad Nurul Akbar bin Siburok.
Setakat ini, alhamdulillah persiapan berjalan lancar.
Katering, dah settle. Tinggal baki bayaran selepas majlis
Pelamin & baju dah pilih & pergi fitting. Hari rabu (luse) akak tu dtg pasang pelamin & settlekan baki bayaran.
Fotografer pun dah kawtim dgn Daddy Ezy laki MamaCha.
Baju nikah & aksessory dah settle. Mekap nikah & sanding pun dah kawtim
Bilik pengantin dah hias smlm. Aircond yg rosak kat blk tu aku dah betulkan.
Yang pending cume nak cari daun inai, tumbuk & giling.
Rebus telur utk doorgift. Amik bahulu & muffin utk doorgift.
Alhamdulillah. Semoga Allah melancarkan perjalanan majlis aku ni nanti.
Azam aku utk menjadi seorg isteri yg solehah & menyejukkan mata suami aku nanti.
Ya Allah, berkatilah rumahtangga yg bakal aku bina nanti. Semoga Engkau terus melindungi kami dari segala anasir2 jahat & kelaknatan syaitonirrojim.
Amin ya Rabbal Alamin
No comments:
Post a Comment