Salam semua.
Entry harini nak share pengalaman aku harini (3 May 2012) yang bg aku sgt mencabar terutama dari segi emosi. Seharian aku menghabiskan masa kat KK (Klinik Kesihatan) bagi ibu mengandung & kemudian di rujuk ke Unit Kecemasan Hospital Kajang.
Semlm, sewaktu nak solat maghrib, aku buang air kecil waktu nak amik wudhu'. Tibe ada cairan mcm warna coklat merah2 mcm yg salu kuar bile dah last2 day of period. Eh, xkan lah? Kan aku pregnant. Then aku whatsapp Cna, dier ckp tu normal. So aku xrisaulah.
Suddenly pg tadi waktu bgn tdo, aku rasa perut aku mcm sakit senggugut. Menusuk2 & senak. Ble kencing, darah coklat merah2 tu makin byk. Aku dah xsdp hati. Ble inbox a few kwn2 aku yg penah miscarriage kat FB, depa soh aku cpt2 gi jmp doc.
So aku ke KK Beranang. Sampai kul 9.48 am. After gi buat ujian air kencing (sbb doc suspect kencing kotor), aku jmp doc. Doc xdpt detect. She scanned perut aku. Sadly, dier ckp kantung baby nampak, tp xde nampak baby punye heartbeat. Ya Allah, cuaknya aku, Allah jer yg tau. Aku xmo gugur. Aku nak baby ni. Seriusly nak sgt. :( Then doc ckp dier xleh buat ape, dier akan refer aku ke Unit Kecemasa (Gynae) Hospital Kajang. Pukul 12.30 noon tu aku habis jer kat KK Beranang, aku terus gegas ke Hospital Kajang.
First thing first depa amik tekanan darah aku. Mmg tinggi. High B/P. Mungkin tension hal semalam (nanti aku citer). Pastu dkt 2 jam gak la (walaupun Unit Kecemasan), aku tunggu, akhirnya seorang doctor perempuan muda merawat aku. Alhamdulillah, doctor tu mmg baik & xmcm doctor2 kerajaan yg diorg gambarkan.
Mule2 dier suspect aku kencing kotor. Then dier ckp dier akan buat ujian faraj setelah refer pd Gynae Unit. First thing first, dier soh aku tukar kepada kain sarung. Bukak panty sume. Then mule2 scan dulu perut aku. Still mcm kat KK tadi. Ada kantung tp xnampak baby. Then dier cuci my V part dgn alkohol then dier masukkan 2 alat ke dalam lubang V. Satu tu berbentuk silinder. Agak ngilu gak la rasanya. Yg satu lagi berbentuk tube kecil mcm nak tgk ada darah x sekeliling dinding faraj.
Dier ckp, "Akak, ni bukan darah dari kencing, tp mcm darah period. Sy pun xsure ape ni, nanti sy panggil Doctor Ct, doctor pakar dari Gynae Unit utk cek akak sekali lagi." Ble doc Ct tu dtg, dier buat benda yg sama. Then dier ckp, "Puan dont worry yer, ini ialah THREATENED sewaktu mengandung atau dlm bahasa melayunya ANCAMAN KEGUGURAN. Kes ni mmg byk terjadi."
Aku dah risau then aku tanya. "Doc, baby saya ada lagi ke x?" Doc jwb, "Tulah, tgk pd scan tadi hanya ada kantung tp xde heartbeat baby. Xape, meh sy scan melalui lubang V u. Yg ni agak xselesa tp xsakit yer". Then doc masukkan satu scanner berbentuk silinder kat lubang V aku. Dier tunjuk screen kat aku. Alhamdulillah dgn kuasa Allah ada heartbeat baby. Doc ckp, "Yer puan, tu tgk baby u. Alhamdulillah baby ada, cume mgkn rahim xkuat jadi ada bleeding sket. Puan jgn risau, byk kes mcm ni & 98% daripadanya gugur sbb rahim yg xkuat. Nanti kami bantu dgn bagi ubat utk kuatkan rahim. InsyaAllah bleeding ni akan stop sket demi sket. Tp klu still xstop & makin byk, puan dtg lagi ke cni yer takut kalau2 real miscarriage".
Ya Allah, lega sgt aku dengar. Aku harap sgt baby aku kuat utk 'pegang' aku. Aku jugak harap sgt Allah mengurniakan kekuatan pd rahim aku sbb aku nak sgt baby ni. Seriusly dah lama aku nantikan.
Esok, xtau apa akan terjadi. Harap2 bleeding ni stop lah. Aku akan makan ubat & asid folik yg doc bagi ikut turutan. Pd sesapa yg mengalami masalah mcm aku, better cpt2 gi jmp doc ok. InsyaAllah xde apa.
Melalui pembacaan gak, ada mcm2 pengalaman. Ada yg ckp terus gugur, tp diorg xbuat lagi D&C (cuci keguguran). Then tbe2 lepas tu ada blk. Ada plak yg gi hospital lain masukkan hormon sbb baby lemah hormon akhirnya baby berjaya hidup blk. But after all bg aku sume tu kuasa Allah. Dia yg maha esa yg menentukan segalanya. Kalau Dia ckp Kun Fa Ya Kun, maka jadilah.
Ya Allah, Kau kuatkan lah rahimku. Jauhkanlah aku dari kehilangan anak yg ku kandung ini. Amin ya robbal alamin...
2 comments:
Terima ksh ats perkongsian.sy sdg mglami skrg.ya allah risau sgt.lpas g bazar ramadan smlm sy rs loya.blik umh cairan coklat bnyk kt panty liner.ni tgh tggu doc ckp apa.doakan sy sekali
Salam anonymous.
Ada sesetgh pendapat yg beritahu bahawa kalau ada cairan coklat keluar tu mungkin kita terlampau penat. Mgkn awak penat sbb di + dgn puasa ramadhan. Sama2 lah berdoa agar awak & baby selamat. InsyaAllah :)
Post a Comment