Followers

Saturday, May 11, 2013

Perempuan mmg susah di fahami :P

Td aku terbaca status kwn lelaki aku kat FB. "Susahnya nak faham pompuan ni!".

Hehehe. Aku xsalahkan dier. Mmg sometime ada masa2 perempuan sukar nak difahami oleh lelaki. Bukan lelaki jer. Kdg2 pompuan sdri pun susah nak faham pompuan. Xcaya?

Actually aku bercakap melalui pengalaman aku. 

Waktu aku diploma dulu, aku duk sebilik dgn sorang classmate aku. Nama dier Ana. Kebetulan, kakak dier xdpt hostel, jadi kakak dier scotting (tumpang secara haram) bilik kami. Aku pggl kakak dier Kak Gee. Tua setahun dr kami.

Mule2 satu bilik dgn dier, mmg ok jer. Lama kelamaan tingkah laku dier sukar di baca. Dia kerap moody ble blk dari class. Ble tegur or say hi, dier akan jeling. Aku mengadu la kat adik dier si Ana, adik dier ckp buat derk jer. Mgkn kakak dier, so dier lebih faham.

Pastu yg paling aku pelik, dier akan be nice & cakap dgn aku utk tempoh 2 hari, pastu hari ke 3 dier akan xtegur aku for some reason which aku pun xtau knpa. Ble aku tegur dier tanya kenapa dier akan mengetapkan bibir & kuar dr bilik. Aku pun xfhm. Sungguh mengganggu emosi aku.

Satu hari aku dah mls nak layan. Atas nasihat kwn2 aku mcm Mas & Messa yg satu class dgn aku, aku bolayan jer dier. Klu dier xtegur aku, aku pun buat derk jer dkt dier. Aku tgk dier mcm xselesa ble aku xckp & 'pujuk'2 dier tanya knpa. Tp aku ttp dgn nasihat kwn2 aku. Aku senyap jer.

Satu hari, agaknya kerana xtahan tgk aku xtegur2 dier lansung dier 'bersemuka' dgn aku.

Kak Gee: "Tikah knpa buat akak mcm ni?"
Aku: "Buat apa kak?"
Kak Gee: "Yerla, knpa Tikah ignore akak. Xtegur akak mcm biasa?"
Aku: "Salu sy tegur, tp tgk la apa akak buat dgn sy, akak ignore sy blk mcm sy ni buat salah besar jer dkt akak, so bg sy biar sy let akak cooldown. Kalau akak dah reda, akak ckp jer la dgn sy blk. After all, bukan sy yg cari pasal dgn akak"
Kak Gee: "Tkah kene faham, akak byk mslh. Bukan sengaja xmau tegur Tkah"
Aku: (dalam nada malas) "Ok". 

Dan aku terus berlalu ke bilik basuh sbb time tu aku nak basuh kain. Klu pun dier ada mslh perlu ke buat mcm tu pd org? Lg satu dlm blk tu ada lg sorang roommate kami i.e. Azlina. Tp dgn Azlina tu dier tegur jer mcm biasa, knpa dgn aku dier xnak tegur? Tu yg aku pelik

So aku xheran klu org lelaki buat status, "Susahnya nak faham org perempuan ni". Sbb aku pun dah rasa "susah nak faham" org2 tertentu.. :D Hihihihi...

No comments: