Followers

Monday, July 15, 2013

Bermulanya perjalanan sbg housewife

Satu hari di bln Jun 2012, xslp aku waktu tu lebih kurg lg 3 minggu nak Ramadhan, aku tiba2 tergerak nak call mama.

Aku dikejutkan dgn berita babah terpaksa di thn di wad akibat ibu jari kaki nya yg dah hitam (gangren) and klu xdipotong, maka akan memudaratkan kakinye yg lain. Ya Allah, selama ni aku menyaksikan ramai org di sekeliling aku dipotong kaki (arwah atok ku antaranya), tp kali ini terjadi pd diri sdri. Allah jer yg tau betapa rasa "shock" itu terus menghantui diri.

Masa tu aku masih lg bekerja. Jadi evtm habis kerja, aku akan ke Hospital Sg Buloh utk melwt ayah aku. Hari yg ditunggu pun tiba. Akhirnya ibu jari kaki babah di buang. Tp dugaan kami xsmp di sini saja.

Few days later, doc found out yg infection tu merebak ke jari telunjuk & jari hantu kaki kiri babah. So doc kata kemungkinan besar mesti buang juga. Tp masalahnye xboleh buang 2 jari tu saja sbb takut akan infect plak ke lagi balance 2 jari. Afterall klu dah baik nti xdpt tampung berat babah yg berat klu nak berdiri & berjalan. So after several discussion with orthopedic specialist, the doctors decided nak buang lagi kaki babah sampai ke bawah lutut.

Mulenye my mum disagree. Biasela, org dah lama bole jalan tetibe kudung, sure mcm xdpt terima kenyataan kan. Tp doc kata klu dibiar lg mudharat nti. Jd redha jer la.

Bermula lah kepayahan menjaga bpk aku. Mmg agak kekok sbb dah biasa bapak aku boleh jalan tibe2 kene ada org monitor evtm nak move kan. Every movement kene buat dgn kerusi roda or walking frame. Dgn dialisis 3X seminggu lagi. Routine mingguan spt berikut:

Isnin - Appointment dgn klinik pakar Orthopedic HSB & cuci luka
Selasa, Khamis & Sabtu - Hemodialisis di Cheras Business Centre & cuci luka
Rabu & Jumaat - Samada appointment dgn OCC Therapy / Physiotherapy / Rehab Clinic / IJN utk jantung / HUKM utk tyroid.

So bln puasa thn 2012 mmg di jalani dgn agak hambar & suram setelah babah dgn rasminya jadi OKU. Selalu masa babah boleh jalan, dia la yg rajin ke bazar beli mcm2 makanan. Tp utk Ramadhan thn lepas hanya bergantung kpd "apa yg ada" jerlah.

Asalnye adik aku yg jaga sbb dier cuti sem. Tp masalah timbul ble dier nak blk masuk new semester 2 mggu pas raya. Adik aku dah beria2 nak extend sem. But, aku nekad. Sementelah bekerja dgn Elite Display rasanya mcm bekerja dgn company bangla mana ntah, sgt xprofesional. Jd sebelum aku di confirmkan, baiklah aku decided utk quit & jaga bapak aku. Cume satu jer halangan. SUAMI aku.

Aku tau dier xkan benarkan aku jaga babah. Xpyh tanya pun dah tau. Tp aku byk2 doa plus mak aku siap call MIL aku minta MIL aku ckpkan dgn husband aku. Dlm kepayahan dier iyerkan tp aku tau dier xbg.

Akhirnya beginilah aku. A fulltime housewife menjaga bapak aku yg sakit. Walaupun nampak susah tp benda ni dah jadi darah daging bg aku alah bisa tegal biasa. Hati aku gembira buat apa yg aku buat sekrg + aku ada buat freelance mengandam. Ini mmg jiwa aku. Aku minat 'conteng' muka sejak dr kecik lagi. Utk tambah pendapatan aku pun amik upah buat / taip assignment sbb aku ada typing skill / other office software skills.

Bg aku, aku lebih rela menjaga babah dari bekerja. Sbb ade org tanya, "ko xregret ke tkah? lepaskan job yg gaji bulanan dah 3k++?". Aku ckp, rezeki ada di mana2. Walaupun freelance job yg aku buat ni xsekencang smpi boleh buat aku dpt gaji lama aku, tp aku happy. Aku sgt2 happy. Biarlah org nak kutuk aku & biarlah org nak pandang aku kala aku tolak bapak aku dgn kusi roda tp aku gembira. Selagi dia hidup di dunia ini mmg aku akan cuba berbakti pd dia.

Ya, aku akui kdg2 semangat merudum nak2 moral support mmg zero dr life partner. Tp nak buat mcm mana, aku just buat benda2 yg aku rasa boleh happykan diri aku.

Oh ya, nasib malang sekali lagi timpa kami bila Mei 2013 yg lepas (hampir setahun dr insiden di atas), sekali lagi ayah aku kene potong kaki. Kali ni kaki kanannya atas masalah yg sama. Jadi skrg beliau kudung kedua belah kaki. Namun sbb dah biasa dgn kesusahan ketiadaan kaki kiri aku rasa benda ni sume "makanan" aku jer.

Ada bullshit2 yg tanya, "kenapa mak ko xbenti keje? patut dier yg jaga suami dier (babah)? kenapa ko plak yg patut benti keje? kan tanggungjawab ko pd suami?"

Ok bullshit2, sy nak jawab yer. Pertamanya, klu mak sy berhenti kerja, mmg boleh dier jaga bapak saya. Tp dia tiada lesen memandu & worse, dier xtau drive. Oleh sebab itu, siapa yg nak bawak bapak saya berulang alik spt yg sy list down kan di atas? Ok klu dier berhenti sama jugak. Sy kene hantarkan mereka berdua ke appointment di atas jugak. Xpun mereka kene ambil cab plak utk ke sana ke sini pdhal dkt rmh saya ada 4 bijik keter. Membazir x?  Mmg tanggungjawab sy pd suami tp dlm perkahwinan, Rasulullah sendiri yg ckp kene ada tolak ansur. Once seorang suami mengahwini si isteri, tggjwb isteri & keluarga isteri terletak di tgn suami sbb isteri dah dedikasi kan hidup pd suami. Tp dlm kes sy mmg nan hado jadi sy sdri lah kene bertggjwb pd keluarga sy. Suami saya? No komen. Kang komen lelebih ada yg marah.

Kesimpulannya, walaupun aku terpaksa melepaskan gaji 3k++ tu, tp aku bahagia & gembira. Lebih bahagia & lebih gembira dari waktu aku bekerja dulu. Bangun sesuka hati lepas tdo balik after solat subuh. Boleh practice memasak (which is my hobby) dan xperlu redah hiruk pikuk jam. 

After all, klu babah xde dlm dunia ni mmg mustahil aku pun ada dlm dunia ni. Aku ada sbb babah. Jadi aku bersyukur klu bukan sbb babah, aku xrasa hidup dlm dunia ni. Jd ini jer la peluang aku balas jasa org tua aku yg dah susah payah waktu aku kecik dulu.

Terima kasih sbb sudi baca kisah ini walaupun xsehebat kisah2 sadis lain :)



Gambar2 ni waktu babah ku undergo 2nd opt membuang kaki kanannya mei lepas.

p/s: Dah lama nak tulis pasal kisah ni. Tp baru hr ni ada rasa nak tulis.

2 comments:

Kak hana said...

Salam atah, sedihnya Ana Baca kisah atah, kuat semangat Dan tekad atah tu ya, semoga atah mendapat rahmat ,berkat dan pahal yg berlipat2 Kali ganda lg2 kite berbakti dengan org Tia kita sendiri..Ana kagum, Ana rs belum tentu Ana akan jd setabah atah. Apa pun selamat menjalani ramadhan kareem yg penuh barakah ini..amin

Regards,
Ana admi

Atah Rashid said...

Thx Ana. Thx so much & doakan sy redha & kuat. Hakikatnya sy xkuat walau luaran nmpk mcm sempoi & kuat jer... :)