Followers

Friday, June 11, 2010

Oh, ini sebenarnya!

Masa aku kat SAMER dulu..
Waktu tu zmn hodoh2..
Zaman Abby Yus (sbb org ckp muke aku mcm Abby Yus)..
Aku suke tgk lelaki2 hensem kat sekolah aku..

Waktu tu, aku rasa if lelaki2 hensem ni nak amik aku jadi awek (term time skola dulu la)..
Aku xkan pk panjang..
Aku akan terima..
Dgn rela hati, sepenuh jiwa raga..
Kirenya, aku label kan diri aku ni perempuan yg mudah jatuh cinta..

Namun, aku rasa jangkaan aku meleset sama sekali..
Sejak aku di UiTM..
Aku merajinkan diri ber'chatting' di MIRC or YM..
Dari c2 aku byk berchatting dgn ramai lelaki, xkira hensem atau x..

Aku masih spt dulu..
Suke melihat dan berjumpe dgn rakan2 cyber / chat ku terutama yg hensem..
Namun, aku xboleh nak jatuh cinta dgn mereka..
Wpun mereka super handsome mcm Hugh Jackman the Wolverine (my pujaan!)

Rasa kurang serasi pun ada..
Rasa meluat dgn perangai mereka pun ada..



Akhirnya, aku jatuh cinta dgn Kamarul..
Xlah hensem mana, tp ini soal hati..
Hensem atau x, blkg cerita..


Skrg juga..
Ramai lelaki2 hensem yg aku jumpa..
Client, associate, sub-con, sub-client, competitor..
Ada gak yg try masuk line..
Ada gak yg xhensem..

Tp pelik, aku xde rasa ingin bercinta pun dgn diorg..
Jadi, aku menyimpulkan bahawa, aku bukan mudah jatuh cinta..
Hampir setahun aku sendiri..
Namun, aku belum terfikir mencari pengganti Kamarul...

Ini soal hati..
Hati xsuka, xkan boleh jatuh cinta..
Kalau hati dah suka..
Dgn kingkong atau lelaki hodoh pun boleh jalan..


Oh, ini sebenarnya..

Wednesday, June 9, 2010

Pathetic

Allah menjadikan setiap makhluk di muka bumi Nya ini berbagai ragam..
Berbagai peel dan perangai..
Ada yg bersopan santun, baik hati, suka tolong orang dll..
Juga xkurang juga yg sombong, suka kutuk org dan panas baran..


Namun, dalam berbagai ragam manusia, aku sgt pelik dgn ragam yg satu ini..
Ragam di mana dia rasa seronok jika dapat menyakitkan hati orang melalui tulisan atau komennya..

Aku juga pelik kerana, aku rasa, aku tidak pernah kacau dia..
Namun, dia tetap mahu komen yg sinis2 pd aku..

Tujuannya hanya satu: DIA AKAN RASA PUAS ANDAI ORG SAKIT HATI DGN KOMEN2NYA ITU..
What a pathetic guy u r..
Konon katanya, "aku peduli apa, asalkan dorg sakit hati baca komen aku, aku dok gelak2 jer"



Bcoz as for me, apakah kepentingannya dia ingin mengutuk atau dgn nada sinis mengomen perbuatan seseorang andai tiada kena mengena dgn dia?
Itulah yg aku fikirkan.. pasti dia rasa sgt seronok ada org sakit hati dgn perbuatan dia..


Tidak mengapa.. Allah itu maha adil kawan..
Kau sakitkan hati manusia lain, satu hari, 2X ganda pasti akan kau disakiti..

Namun yg aku pelik, jika dia dikata atau disiniskan..
Bukan main lagi reaksi sakit hatinya..
8X ganda pula dia akan membalas..
So double standard!

*kasihan sangat pada kawanku yg seorang ini*

Andai ada mesin masa

Semalam, aku menonton filem Prince of Persia dgn teman tonton wayangku, Mr. Rosyidi Shahril..
Asalnya mahu tonton Lagenda Budak Setan yg diwar2kan best utk ditonton oleh teman2 facebook ku..
Namun, tiket pukul 6.30 yg aku cari sudah kehabisan..
Jadi, aku putuskan dgn persetujuan Cdy utk menonton Prince of Persia..

Overall, POP ku beri 4.5 star..
Good story, got action, also got a good narration..
As for me, the bottom line of the story is regarding the sandglass dagger (pisau dgn pasir pengulang masa ke masa lalu)



Persian people diarah oleh raja mereka utk menakhluk bandar suci Alamuth utk mendapatkan senjata yg disorok, namun sebenarnya bukan kerana senjata2 itu..
Tapi kerana adik kepada raja yg berniat jahat ingin merampas the sandglass dagger utk mengembalikan masa silamnya, dimana dia telah menyelelamatkan adik nya (iaitu King of Persia)..
Dia ingin ubah semula sejarah tersebut dgn membiarkan adiknya mati dibunuh, dan dia akan naik ke atas takhta memegang gelaran King of Persia..


Filem...
Segala2nya possible..
but in real life..
ini adalah antara benda yg IMPOSSIBLE..

Tiba2 aku teringat akan kartun Doraemon..
Doraemon punya mesin alihan masa..
Doraemon & Nobita bebas ke masa lampau atau masa hadapan..

Aku terfikir..
Alangkah bagusnya andai aku dapat berbuat demikian..
Punya sandglass dagger utk mengembalikan waktu lampau, dan baiki segala kesilapanku..
Alangkah seronoknya..
Yg pincang aku cantikkan..
Yg salah, aku betulkan..
Maka, kehidupan aku akan smooth sahaja hingga ke akhir hayatku..
Punya 'eraser' utk memadam kesilapan yg telah aku lakukan..
Jika di list down kan, sgt byk yg ingin aku 'padam'..


Aku ingin 'padam' adegan aku berkenalan dgn Kamarul, jatuh cinta dgnnya..
Juga ingin 'padam' perkenalan aku dgn si kingkong mata keranjang yg sudah pun ingin kahwin..
Aku juga ingin betulkan sikap ku yg malas belajar dulu, supaya skrg mungkin aku akan menjadi seorang doctor atau engineer..


Namun, bukan dinamakan kehidupan jika semua itu smooth sahaja hingga ke akhir hayat aku..
Jika aku tidak berbuat kesilapan, makanya aku xakan belajar dari kesilapan itu utk berhati2 di masa hadapan..
Jika semua cantik & sempurna di hadapan mata..
Maka aku xkan rasa nikmat hidup..
Bosan kerana tiada cabaran..
That's life.. It's all about challenge & flavour..
Manis, pahit, suka, duka, tawa, sedih, marah & kenangan..
All mix up & spice up my life..


Jadi, apa2pun yg aku hadapi atau bakal hadapi..
Hadapi dgn senyuman..
Inilah kehidupan.. Nikmatnya, hanya kita yg bisa rasa...

Tuesday, June 8, 2010

Kad kecil bernama CREDIT CARD

Dulu, waktu aku di zmn ria yakni kanak2 ku..
Aku sungguh mengagumi ayahku pabila beliau menghulurkan kad kredit kala membayar barang2 yg dibeli hatta ke KFC sekalipun..
Bagi aku, itu menunjukkan bahawa ayah ku mampu membeli / memiliki apa yg dihajati..
Kad kredit, adalah utk org2 kaya..
Sementelah ayahku punya kad kredit, ayah ku org kaya...



Itu mentaliti zmn kecilku..
Namun segalanya berubah kala memasuki alam sekolah menengah..
Belajar tentang ekonomi & perdagangan..
Kala guruku mendedahkan kisah sebenar di sebalik sekeping kad kecil yg bernama kad kredit..

Kad kredit = kad hutang..
Samalah seperti mak joyah atau mak limah yg ke kedai pak ucop membeli barang, kemudian berkata pd pak ucop, "Cop, masuk buku tiga lima yer"
Hatta kamu berbelanja menggunakan kad ini di Pavilion or Robinson sekalipun, ia setaraf dgn mak joyah & mak limah tadi...
Bezanya, company kad credit akan membayar dahulu jumlah yg kamu beli itu dan kamu akan byr dgn company itu hujung bulan...



Semalam, waktu aku ke Giant Saujana Impian utk membeli barang..
Di hadapanku, sebuah keluarga membawa satu troli yg sarat dgn barang2..
Semua yg ada di dlm troli itu boleh dikatakan barang2 yg agak berjenama & mahal spt Milo, Nescafe, Beras Wangi Siam, Minyak Masak Buruh, Roti Gardenia, Susu Pekat Manis F&N, ubat gigi Colgate dll..

Si isteri dgn bangganya meletakkan segala barangan itu di atas kaunter pembayaran..
Usai di scan, jumlah menunjukkan RM504.40 yg perlu dibayar..
Sang suami dgn bangganya mengacukan kad credit mastercard miliknya kepada cashier sambil menunjukkan muke bangga memandang kami yg beratur dibelakangnya..
Dalam hati aku, sudah ada rasa meluat..
Perlukah berbangga berhutang hampir setengah ribu itu?
Namun bg aku, adat manusia..


Selesai giliran aku membayar, aku menuju ke kereta..
Waktu itu, aku melintasi keluarga yg bangga dgn kad credit nya tadi..
Si isteri cbuk memunggah barang2 ke dalam kereta..
Ku sangka dia memakai BMW atau paling tidak pun Proton Waja..
Rupa2nya kereta mereka hanyalah kancil EX660 (the most basic kancil) yg telah lama..
Aku jangkakan kereta itu sudah 10 thn usianya..


Jadi, jgn disangka mereka yg memiliki kad credit adalah mereka yg berada..
Kadangkala, mereka ini adalah golongan yg tidak mempunyai cukup wang, lantas bergantung pd kad kredit mereka utk terus hidup di dunia ini..

Usai melihat situasi itu, aku memutuskan utk terus tidak menggunakan kad kredit... :D

Sunday, June 6, 2010

Mim alif lam sim...

Pernah x kamu semua merasa kadang2, dlm hidup ni ada pasang surut..

Kadang2 kite gembira, kadang2 kite sedih..
Kadang2 kite rajin, kadang2 kite malas..

Untuk 2 / 3 mggu kebelakangan ini, aku sgt malas..
Xtau ape sebabnya..
Namun, rasanya ingin berhenti mencari rezeki..
Ingin duduk sahaja bermalas-malasan atau tdo di rumah..

Namun, jika xkerja, siapa akan beri aku makan?
Mak ayah? aku bukan kecil lagi di bwh tanggungan mereka..
Sepatutnya aku yg memberi mereka wang, bukan sebaliknya...

Kemalasan aku di sampai satu tahap..
Ingin pergi bekerja pun aku xkuasa mengoles krim pelembab atau mekap ke muka ku yg sememangnya dah lama kusam ini..
Nak mandi pagi pun rasa malas.. Hahaha.. (tp xpernah lg skip mandi pagi ok!)

Jika mood rajin aku dtg, aku akan iron baju kerja utk stok seminggu..
Bila mood malas melanda, rasa nak gosok baju pun malas..
Mau saja ku pakai bj yg belum bergosok..
Namun apa kata client aku nti..

Sifat malas itu juga menular ke xtvt kerja aku..
Malas utk menelefon client bertanyakan khabar..
Sampai masa, aku akan tangguhkan a few appointment & phone call yg patut aku buat..

Apa2pun, satu sahaja ubat sifat malas ini..
Kesedaran & motivasi yg tinggi..
Pokok pangkal, dari diri sendiri..
Tiada org lain yg boleh mengubah sifat malas diri kite melainkan diri kita sendiri..

Friday, June 4, 2010

Walimatul urus

Cuti sekolah dtg lagi..
Sebut pasal cuti sekolah, xsah xckp pasal kenduri kawin..

Sebut pasal kenduri kawin ni..
Aku mmg suke sgt gi kenduri kawin..
Pertamanya, of coz la..
Makan free oooo!

Sapa nak bg free2 jer nasi minyak dgn taburan kismis, di tambah dgn ayam masak merah yg pedas tapi manis, acar jelantah dgn nenas & timun yg masam2 manis itu, acar buah yg manis, daging rendang yg rendangnya empuk & kerangupan papedem..
Huhuhuhu.. Mmg terliur ooooo!


Then, aku suke tgk deco pelamin / blk tdo pengantin & tema color nya..
Memberi idea kpd aku if aku ada rezeki nak kawin nti..
Pastu aku suke coz dpt door gift (trend skrg ni, dulu xde pun)..
Mcm2 door gift ada..

Ada yg bg bahulu, kek, kerepek, hiasan2 cam frame gambar, handkerchif la..
Berwarna warni & memikat pandangan..

Tp satu jer aku xthn gi kenduri kawin ni..
if bertemu dgn yg mengenali aku..
soalan cepumas kuar lagi..

Bosan oh bosan..

Xpelah, yg penting aku kenyang perut..
Kenyang perut suka hati.. Ngeh ngeh..

Ckp pasal kenduri kawin, esok nak gi kenduri kawin Timah Naim..
Luse kenduri kawin Lela Hamdon..

Tahniah kwn2 ku..
Sememangnya cuti sekolah adalah waktu terbaik mengadakan walimatul urus.. :D

Thursday, June 3, 2010

ISRAEL LAKNATULLAH!!

ISRAEL mmg laknatullah..

Aku sgt bersyukur dilahirkan, dibesarkan & hidup dlm keadaan aman kat Malaysia ni..
Malaysia adalah negara Islam yg plg aman sekali..
Kite hidup dlm keadaan demokrasi & saling menghormati sesama kaum lain..


Cuba bygkan jika kita adalah rakyat palestine..
Ditindas oleh ISRAEL laknatullah dgn begitu teruk sekali..

Aktivis2 pro palestine yg membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza di seksa dgn begitu kejam..
Ada yg terbunuh, pdhal mereka bukan ada senjata..
Mereka hanya membawa barang2 seperti makanan & pakaian..
Apa masalah ISRAEL laknatullah ni?

Aku sgt berharap, Allah musnahkan negara yg bernama ISRAEL itu..
Tp nampak gayanya mereka sgt bernasib baik..
Bila agaknya Allah ingin menurunkan bala Nya seperti menurunkan burung2 ababil pada tentera2 yg menyerang nabi Ibrahim A.S..


ISRAEL laknatullah, kamu boleh bergembira skrg..
tp Allah itu maha Adil..
kamu semua akan di seksa dgn sezalim2 kematian..



Mereka ini umpama belanda dpt tanah..
Asalnya negara mereka hanya kecil..
lantas menjadi besar kerana mereka menjajah palestine dgn cara yg sgt terkutuk..

Aku sgt menanti bila agaknya mereka akan 'berdepan' dgn balasan mereka!!