Allah tu Maha Adil. Sebab apa aku ckp mcm tu? Sbb, bila dia bagi kita dgn satu kelebihan, dia akan bagi kita dgn satu kekurangan lain.
Aku selalu cemburu dgn kawan2 yg dah bahagia menjalani alam rumahtangga. Lebih2 lagi yg dah ada kanak2 comel memanggil mereka dgn panggilan ‘ibu’ or ‘mama’ or ‘mummy’ or ‘ummi’. Hati ni rasa hiba pun ada mengenangkan nasib diri. Tapi secepat itu juga aku sedar yg Allah tu Maha Adil.
Ada seorang kawan aku yg kurang bernasib baik dari segi kerjaya & kewangan, tp dilimpahi rahmat berumah tangga, punya husband yg memahami & menyayangi dirinya & anak yg sgt comel pernah berkata pada aku, "Tikah, seronoknya ko kan. Keje ko bagus, gaji pun byk. Mcm2 boleh shopping bila dpt gaji. Aku tgk ko pun makin bergaya skrg. Kerjaya ada, rupa ada, gaji pun boleh tahan. Aku ni apa la sgt. Kerani kerajaan je”. Lantas, aku marah padanya. Aku ckp, "Jgn ckp mcm tu, at least ko dah bahagia berumahtangga. Aku ni? Masih seorang diri."
Dari pemerhatian aku, kebanyakan kawan2 aku adalah sebegitu. Bila Allah limpahkan rezeki yg banyak (ada kereta, kerjaya & gaji yg tinggi), makanya dia pasti spt aku. Keseorangan melayari kehidupan. Seorang pensyarah, seorang lagi lawyer, seorang lagi PR manager. Manakala mereka2 yg dikategorikan sbg biasa saja (kereta kecil, kerjaya biasa & gaji rendah) pasti dikelilingi dgn kasih syg yg xpernah surut dari seorang yg bernama isteri atau suami. Satu kelebihan lagi jika sudah menjadi ibu atau ayah.
Jarang sgt aku temui kwn2 yg ada kerjaya bagus, gaji besar, kereta & rumah sendiri dalam masa yg sama sudah berkahwin, dikelilingi oleh isteri / suami yg penyayang & anak2 yg comel. Jika ada pun, dalam 10, hanya 2 yg sebegitu.
Kesimpulannya, bersyukurlah dgn apa yg Allah kurniakan. Jangan jadi tamak dgn ingin membolot semuanya. Bagi mereka yg bergaji rendah tp dikelilingi oleh kasih syg yg xberkesudahan, anggapla dari sudut positifnya si dia adalah yg sanggup bersusah senang dgn anda. Manakala mereka yg ada segalanya (kerjaya bagus, harta spt kereta & rumah serta bergaji besar), anggaplah dari sudut positifnya kita masih diberi peluang oleh Allah utk menstabilkan kehidupan dgn mengumpul harta sebanyak mungkin selagi kita masih berkongsi dgn mereka yg memerlukan.
Lebih baiklah aku jadi seperti skrg, dari pada aku xpunya kerjaya yg bagus, gaji rendah & dlm masa yg sama aku xpunya seorang yg bernama suami di sisi. Aku sgt bersyukur dgn keadaan aku hari ini kerana mama, babah, angah, adik, atuk, nenek, Cna, Arah, Farhan & kwn2 masih syg pada aku.
Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment