Jika berbicara tentang dua perkara ini, mcm2 yg terlintas di fikiran aku. Aku akui, suatu ketika dulu (waktu di sekolah rendah & sekolah menengah juga awal menyambung diploma di uitm), aku mempunyai self confidence & self concious yg sgt rendah.
Percaya atau tidak, aku hari ini tidak seperti aku suatu ketika dahulu. Aku xpasti apa puncanya, namun semakin hari, aku perasan aku semakin 'gain self concious' sehingga pada satu tahap, aku tidak malu utk menjadi diri aku sendiri. Aku dgn yakin berjalan di hadapan org ramai, sehinggakan ada yg ber'suwit' apabila melihat aku. Xpasti apa sebabnya mereka berbuat begitu, namun aku tidak pernah di 'suwit' begitu sekali zmn2 dahulu.
Waktu aku di sekolah menengah, aku akui, berat aku pernah mencapai 96kg. Waktu itu aku di tingkatan 5. Dgn keadaan berat badan yg boleh dikatakan obes & gemuk, kulit yg agak kusam & hitam, juga dgn keadaan aku yg lansung tidak pandai bergaya. Keluar dgn kwn2 setiap kali balik rumah hujung bulan (take note aku duduk di hostel), aku hanya mengenakan jeans baggy, t-shirt oversized (selalunya t-shirt lelaki) yg aku beli di Kamdar atau Globe dan apa2 sahaja tudung. Tak hairanlah apabila aku berjalan dgn kwn2 aku yg lebih cantik & pandai bergaya kala itu (seperti Mellissa & Ain Masrini), aku jadi sgt rendah diri.

p/s: boleh teka yg mana satu aku?
Namun, aku xtau dari mana dtgnya keyakinan diri itu. Sedikit demi sedikit, aku mula sedar tentang kepentingan menjaga kecantikan & penampilan. Lebih2 lagi, course yg aku ambil sewaktu diploma (kesetiausahaan) memerlukan aku sentiasa tampil bergaya, kemas & elegant sehinggakan waktu tahun pertama aku di course itu, aku perlu mengambil subject PERSONALITY DEVELOPMENT. Waktu itu, aku akui self conciousku di tahap paling rendah. Jika diberi skala 1 - 10, aku berikan 0.001 atau negatif 1 sekalipun. Waktu itu, aku hanya selesa berbaju kurung, dgn tudung besar & kasut 'ketupat' lelaki.
p/s: di awal pengajian diploma.. aku byk berbaju kurung, bertudung besar.. ;-)
Mungkin, kerana aku byk bergaul & mingle with my chat friend (most of them are guyz) dan mendapat komen yg agak menyakitkan hati. Lebih teruk lagi ada yg tidak turn up jika aku berjanji blind date dgn mereka. Itu semua kerana keadaan diri aku yg tidak cantik mungkin. Sedikit demi sedikit, kesedaran itu timbul. Lalu aku mula meng'involve'kan diri dgn majalah2 seperti Cleo, Eh!, Wanita & Nona utk mendapatkan sedikit gambaran tentang kecantikan & penampilan diri.
Namun, aku tidaklah terlampau ekstrem ingin melakukan perubahan itu. Seingat aku, sewaktu aku mula belajar peringkat ijazah, aku sudah pandai bergaya, lebih2 lagi dgn dikelilingi oleh kwn2 yg agak 'branded' & mereka menggalakkan aku utk bergaya. Thx to Emma, Yan, Mas, Mellissa, Farahiyah & Cna. Aku byk dipengaruhi mereka. Keinginan utk bergaya menjadi2 apabila aku perasa apabila aku berjalan berdua dgn Cna atau Mas (mereka adalah kwn baikku yg cantik parasnya), aku perasan lelaki2 suka memandang ke arah mereka.
Aku mula kenal Clinique skincare, Estee Lauder perfume, baju2 Seed atau Padini atau PDI atau Mark & Spencer atau Niichi, kasut Vincci atau Nose atau Luccini dan wallet dan handbag Guess atau Roxy. Sementelah menyelah majalah Cleo & Cosmopolitan, aku begitu menginginkan semua itu. Namun kerana waktu itu aku hanya seorang student, bajet yg terhad menghalang aku dari memiliki those things.
Sedikit demi sedikit, aku mula bergaya. Dari beratku 96kg, turun ke 80 kg. Semakin hari, aku semakin berhati2 dgn penampilan. Polisi ku, tidak branded tidak mengapa, namun biarlah kemas & pleasant. Aku mula menjaga pemakanan, berjogging di Tasik Shah Alam di petang hari & mengambil berat ttg penjagaan diri & kulit (walaupun aku berkulit sensitif).
Alhamdulillah hari ini, aku semakin yakin menjadi seorang Nur Atikah. Beratku skrg 70kg. Sementelah aku sudah mengaktifkan diri work out setiap ada kelapangan di Fitness First. Tambahan, gaji yg mencukupi membuatkan aku tidak bermasalah utk memiliki fesyen2 terkini & design2 kasut terkini, membeli perfume yg aku idamkan & juga mengaplikasikan skincare yg berquality walaupun harganya agak mahal.
Aku bangga apabila 2-3 thn kebelakangan ini, apabila aku berjalan dgn penuh yakin & bergaya, ada sahaja lelaki yg memandang aku tidak berkelip, bahkan ada yg meng'suweet' aku seperti yg pernah di perlakukan pd Cna & Mas. Namun, ini semua belum membanggakan aku. Aku punya misi utk lebih kelihatan elegant, sesuai dgn kerjaya & keadaan aku. Namun, bukan tujuan aku utk memikat lelaki2 di luar sana. Namun lebih kepada motivasi diri & self confidence.

p/s: alhamdulillah, aku lebih berkeyakinan hari ini..
Dan aku akui, agak bangga apabila aku 'berjumpa semula' dgn kwn2, junior2 & senior2 ku waktu sekolah rendah, menengah & diploma, masing2 memuji mengatakan aku lebih cantik & sudah totally berubah. Aku tidak mengharapkan pujian itu semua, cuma aku rasa bahawa dgn pujian itu, self confidence ku semakin meningkat. Alhamdulillah. Moga Allah mengekalkan ini semua tanpa membuatku rasa bangga diri.
Lebih membuatkan aku berkeyakinan, setiap kali aku berjumpa dgn chat friend (blind datelah tu), tidak ada lagi yg menyorok tidak mahu menunjukkan diri. Malah, mereka mencariku setelah berjumpa kali pertama. Bukan membangga diri, namun ada juga yg memuji-muji hinggakan aku menjadi rimas pula. Terima kasih atas pujian2 itu. Moga aku tidak lalai dgn ini semua, insyaAllah.
p/s: my latest picture.. taken 1 week ago..
*please take note, entry ini lansung bukan bertujuan utk membangga2 diri.. cuma meluahkan rasa hati aku dan jika boleh, ingin wanita2 yg pernah menjadi 'aku suatu ketika dahulu' sedar yg kecantikan & penampilan yg cantik boleh dicipta, bukan semulajadi dari Allah..
No comments:
Post a Comment