Aku sering tertanya-tanya, apakah erti kesetiaan itu sebenarnya pada seorang lelaki?
Bagi aku, kesetiaan itu mahal harganya. Sekali aku jatuh cinta, xmungkin aku berpaling pada lelaki lain walaupun atas nama KAWAN. Namun lain bagi seorang yg bernama lelaki. Walau sudah punya gf atau bakal isteri yg cantik, namun masih tega mencari perempuan lain.
Mungkin alasannya nampak mudah. "Dia hanya kawan", namun dlm hati, taukah kamu wahai wanita? Benarkan DIA HANYA KAWAN?. Rahsia di hati, hanya Allah yg tahu.
Aku sbg seorang wanita tahu rasanya apabila bf sendiri masih menghubungi wanita lain, walaupun aku sudah ada dihadapan matanya, cuba seikhlasnya utk memberikan kasih syg & melayannya dgn baik. Betapa terlukanya hati & jiwa raga aku jika dalam pada layananku yg aku sudah berikan terbaik, dia masih mencari org lain. Perlu kah? Jika perlu, jadi lepaskan aku. Itu prinsip diri aku.
Murah benarkah harga kesetiaan pada seorang insan yg bernama lelaki?
Seorang kawan pernah berkata pada aku, andai seseorang tidak dpt mempertahankan setianya, maksudnya dia belum benar2 sygkan kau. Aku akui itu benar. Kerana jika aku tidak benar2 mencintai & menginginkan seorang lelaki, aku cenderung bermain mata dgn lelaki lain. Dalam erti kata lain, flirting.
Berbeza jika aku benar2 sygkan seorang lelaki, aku pasti xkan memandang lelaki lain hatta lelaki tersebut yg paling hensem atau paling berharta sekalipun. Kerana bagi aku, kesetiaan itu mahal harganya. Aku pasti setia pd sidia yg pada pandangan mata org lain tidak sempurna dari segi harta & paras rupa. Namun, itu cinta hatiku, perlu aku menimbangkan semua itu andai yg bakal hidup dgn dia adalah diri aku?
Jadi, apakah erti SETIA itu dari kaca matamu wahai lelaki?
No comments:
Post a Comment