Hari ini bertarikh 30hb Dis. Maknanya hanya ada 1 hari saja lagi di thn 2010 masihi.
Spt biasa, aku mahu review tahun 2010.
2010, way better than 2009. As for me, 2009 ialah tahun hitam & kurang bahagia diri aku. But, alhamdulillah in 2010, aku rasa semua lebih indah. Aku hargai hidup aku, walaupun aku berseorangan. Namun aku tahu, family & kwn2 masih bersama dgn aku.
So, selamat tinggal 2010. Semoga 2011 membawa suatu yg lebih baik dari kamu wahai 2010.
Januari
Saat plg best dlm hidup aku bile my besty Cna, selamat di ijabkabul dgn pilihan hatinya seminggu selepas birthday aku.
Februari
Hidup diteruskan mcm biasa. Namun akhir Februari, aku membuat satu langkah dlm hidup aku dgn mengunjungi Proton Showroom. Hehehe.
March
Kesilapan terbesar. Kerana menyintai org yg salah. Namun bersyukur kerana tidak termasuk dlm keluarga mak datin & pak dato' itu. Namun menyesal pergi ke PD bersama jantan durjana itu. Melepaskan hbgn ini ibarat melepaskan batu besar dari bahu. Lega teramat sangat. Juga sedih, kehilangan Waja ku yg kusayangi. Di jual atas sbb yg perlu. :)
April
Langkah terbesar. Punya "Pride & Joy". Akhirnya berjaya memiliki asset dgn hasil titik peluh sendiri. Maka wujudlah Persona MT 1.6 Bronze Garnett WTR 2301. :)
May
Hidup diteruskan seperti biasa. Tiada apa2 yg menarik.
June
Satu lagi hijrah dibuat. Memikirkan semasak2nya. Sayangkan Perintis Network, namun hala tuju & perubahan perlu dilaksanakan demi kehidupan yg lebih stabil. Dalam masa yg sama, EBBM mengambil tempat. Enjoy moment managed it. Dapat berkenalan dgn ramai ADAM2 gantang.
July
Akhirnya bertukar kerja. Dgn rasminya menjadi warga Biz Creations. Alhamdulillah, pilihan tepat & tidak sia2 memilih utk meninggalkan Perintis Network. Juga final World Cup. Tepat tekaan aku bahawa Spain menang spt juga 'arwah' Paul the Octopus ramalkan. :D
August
Dikenalkan dgn seseorang pd mggu kedua bln Ramadhan. :)
September
Hari raya yg lebih baik dari hari raya tahun sebelumnya. Pertama kali bersua muka. Syg itu timbul kali pertama melihat wajahnya. :)
October
Project pertama dgn Biz. Menguruskan hampir 90% dari nya dgn bantuan senior exec aku, Hisyam Razak. Juga pertama kali menguruskan event luar KL. Alhamdulillah client ku puji. Thx to all the team.
November
Sudah "in a relationship". Semoga hbgn ini berkekalan & semoga Allah mempercepatkan jodoh kami. Aku syg dgn dia. :)
Disember
Malaysia juara Piala AFF Suzuki. Fenomena Khairul Fahmi menular di FB & Twitter. Aku juga peminat dia. Namun berpada2. Hahaha. Juga menguruskan event pertama di luar Malaysia. Di Jeddah. Cbrn yg sgt getir. Client confirm 3 mggu sblm event. Really ad-hoc. Alhamdulillah, sudah 70% selesai. Tinggal uruskan visa & a few docs.
Selamat datang 2011. I'm looking forward to 'meet' you. :)
No comments:
Post a Comment