Ok lah, aku xtau since when MLM ni menular kat dlm Malaysia ni. Tp yg aku start terasa akan bahangnye tahun 2005. Waktu tu Luxor la yg plg glamer. Citer pasal Luxor ni, aku teringat dulu my besty, Cna dgn ex nyer si Aiman tu penah kenalkan aku dgn geng Aiman. Nama mamat ni Zaki. This guy mmg hensem, chinese look lg u all oii...
Nak di jadikan citer, waktu tu kami double date merangkap blind date aku dgn Zaki ni. Kira 1st time jumpe la ni. Then he was so nice to me that time. Ckp lemah lembut gemalai & nampak mcm memberi perhatian yg secukupnya pd aku. Aku pun dah start perasan la. Dlm hati terpk gak, 'biar betol mamat ni. dah la hensem, tp nampak cam +ve feedback jer kat aku'. Hehehehe.
So mlm tu, after makan kat Vicchuda Damansara Uptown, si Cna & Aiman meninggalkan aku dgn si Zaki ni dgn tujuan nak bg lebih ruang utk kami berbicara la. Chewaaaahhh. Huhuhu. Siap Zaki offer aku nak anta blk rmh sewa aku kat section 7 Shah Alam. Aku dgn excitednye merelakan. Sampai kat rmh sewa, dier ajak aku date X ke 2. Wah, sape xexcited. Biasanye rules blind date ni, org lelaki akan at least tggu 3 hari baru akan contact kite blk & arrange for 2nd date. Ni si Zaki ni terlebih advance plak. Aku pun setuju la, ape lg! Hahaha. Next date of ours is on the next saturday. Dier janji amik aku kat rmh sewa.
Sampai waktu yg di janjikan, dia pun mmg amik aku kat rmh sewa. Otw tu dier kias2 kat aku sal business MLM. Aku diam jer. Tibe2 dier ckp dier nak bwk aku gi satu talk yg sgt berfaedah. Alamak, aku dah rasa cam lain jer. Akhirnya keter dier menuju ke Menara Luxor kat Damansara Tropicana tu. WTH! Mamat ni bwk aku gi ceramah MLM. Adoiiiiiii! Mmg tertipu la aku. Aku mmg berpeluang dgr ceramah dari "CROWN MANAGER" yg berceramah pd hari tu. Camne dier ceramah yg dulunye dier tu cume kerani biasa tp skrg dah boleh pakai kete Merc & BMW dah. Serius shit boring & aku annoying sesgt.
Disinilah detik hitam lagi poyo dlm hidupku telah terjadi. Hahahahaha
Pastu, style Luxor ni plak after ceramah, diorg akan buat team grouping. Satu group tu 10 org. Akan keluar n buat cam usrah la plak, kire ceramah susulan utk ahli2 nya. Siap ne buat tagline / motto cam AF la plak. Aku pun terheret sama. Then lepas jer team usrah ni, diorg akan lepak kedai mamak berhampiran utk lebih explanation dari team leader ttg luxor punye system ni. Aku mmg diam jer sepjg sesi. Mmg xmenyampuk lansung. Yg aku geram, Zaki asyik soh aku tanya jer if ada xfhm. Then aku order sirap ais. Plg xtahan, time nak byr tu, dier boleh byr air dier jer, air aku sirap ais yg RM1.20 tu dier leh ignore jer byr. OMG. What kind of rubbish man he was! Gler betul. Mmg blk tu, aku xlengah terus call Aiman & Cna ngadu kat diorg. Aiman mmg terkejut beruk & xsgka yg kwn dier ni boleh buat camtu.
Tp bile difikir2kan blk, mmg aku nak tergelak jer. Kalau perkara di atas xjadi dkt aku pun, aku mmg xsuke MLM. Bukan apa, byk keburukan dari kebaikannya.
Mmg Rasulullah SAW pernah bersabda yg ibu segala rezeki ialah dgn cara berniaga. Tp berniaga yg kene pd jalannya. Aku sgt kagum pd usahawan specially usahanita cam Rozita Sendayu Tinggi, Mona Din Leesa Formula, Ramly pemilik Ramly Burger tu yg bermula dari bawah. Aku mmg xpcaya dgn cara MLM ni. Bg aku MLM ni mengkayakan upline jer. Downline? Harammmmm..
Dah terjadi dpn mata aku, org sanggup berhutang semata2 kerana MLM. Syarikat2 yg menjalankan MLM ni mmg pandai. Sasaran diorg govt servant yg boleh buat personal loan up to RM12K tau. Kwn aku si Syidi tu pun dah terjebak. Buat pinjaman RM12K utk MLM. Sebln dpt RM6K katanya. Hari tu dier ada gak pujuk2 aku jadi downline dier. Tp aku awal2 lg ckp xmau.
Antara MLM yg glamer kat Msia ni cam Hai-O, Luxor, DCL & a few company yg asalnye bukan MLM type cam Zhulian, Amway & CNI. Tp Zhulian, Amway & CNI ok lg. Sbb sambil2 MLM, diorg jual produk & produk2 dorg mmg dah terkenal di kalangan pengguna2 Malaysia. Aku pun byk gune produk Amway & CNI. Cume yg menjadi kehairanan aku, mana dtgnya untung2 cam Hai O & Luxor ni. Hai O tu sekadar jual penapis air Bio Aura tu, boleh ke survive?
Tp serius ckp la, kebykn kwn2 aku yg join MLM ni, akhirnya mmg xkemana. Xde pun yg berjaya jadi Crown or Diamond Manager sampai boleh pakai Merc or Bimmers. Ada sorang kwn aku ni dulu, beria2 nak ajak aku buat MLM. Siap ckp, "Ape barang makan gaji, ko jilat bontot boss jer". Tp dek kerana keangkuhan dier tu, now dier pun dah makan gaji sama cam aku dek kerana MLM dier pun ntah kemana. Hutang2 ko tu lah kene settlekan cpt2.
MLM ni hanya nak kayakan upline jer. Trick jer sume tu yg kata tiap bulan korang leh dpt RM5K ke atas. Tu sume mmg korang leh dpt, tp dgn syarat korang ne bwk masuk downline jugak. Then setiap downline kena laburkan RM12K. So kemana peginye duit2 downline tu? Ke mana lagi kalau bukan ke Crown & Diamond Manager yg dibangga2kan sgt tu. Sbb duit2 downline ni la diorg dpt membeli kereta2 berharga lebih setgh juta tu sume.
Zmn aku study dulu, ada gak kwn2 aku yg agak bengap gi abiskan pinjaman PTPTN semata2 nak masuk MLM. Last2 duit kemana, study ntah kemana. Di kala org dok cbuk study nak final exam, ko plak cbuk menjaja citer sal MLM ko tu kat mamak Hakim / Khulafa seksyen 7 tu. Hai, mcm2 lah.
Bg aku, business terbaik ialah yg bermula dari bwh. Itu lebih berkat. Jgn mempergunakan org lain utk mengkaya kan diri sendiri. No no no. Aku mmg xsetuju.
So, awal2 ckp pd kwn2 yg nak jmp aku semata2 nak terangkan hal bisnes MLM korang ni. Thank you but no thanks. Aku mmg selama2nya akan banned MLM ni dari hidup aku. :)
p/s: Lepas peristiwa air sirap RM1.20 tu, aku terus ignore all call from si Zaki. Hahahaha :P

2 comments:
haha lawak la kak baca citer ni. saya pun dulu penah terjebak dgn luxor nih. kena bawak naik menara luxor. dgr talk. lepas tu lepak mamak. pastu ingatkan nanti leader2 tu tolong bayarkan duit makan, rupanya haram sesen pun tak support. hahaha. *tepuk dahi je la time tu
See! Ada gak yg senasib dgn akak kan. Hehehehe...
Post a Comment