Harini ialah hari terakhir aku bekerja dlm minggu ni. Sebabnye sok aku start cuti sampai wesak day iaitu 17hb Mei. Esok aku akan ke Bandung dgn Natrah my besty & geng2 dier. Ni first time aku tinggalkan Msia. Firstime gak la pasport aku yg kosong tu di cop. Heeeee ~ ~
Oleh kerana hari terakhir, mcm2 pulak jadi & aku agak kabut today. Al maklumlah, nak selesaikan mcm2 perkara b4 aku berangkat pergi. Perasaan? Jgn ckp la. Ada excited, ada sedih, ada gembira & ada berdebar.
Kat cni just nak share jer ape yg aku rasa & diary aku utk hari ini (11 Mei 2011).
Bengang
Aku bengang sbb suddenly td kancil adik aku yg aku pinjam buat hal. Tibe2 temperature naik sampai ke hot. Cek punye cek, motor kipas tu dah rosak. Adoi, sepjg aku 'berdating' dgn kancil tu, mesti ade jer problem yg menyebabkan temperature. Since 2003 aku gune kan keter tu, mcm2 masalah yg melibatkan temperature. Aku ni plak, kalau smpi bab overheating keter aku tu, aku mmg lebih panic dari biasa. Kalau tyr pancit aku ok lg coz aku reti tukar sendiri. Tp kalau overheating aku mmg akan panic terlebih. Sbb pe? Sbb aku takut meletup keter tu xpun kene major overhaul. Td melayang gak la $ aku RM250 membaiki menda alah tu. :(
Tension
Byk keje nak settle. Hari ni last day, hari ni la mcm2 plak yg dtg. Client call lg. Gi site visit lg. Adoi. Yg client tau nak cpt jer sume. Arini mintak, esok nak. Korang ni tau x yg aku ni robot. Bile aku ckp aku dah start cuti esok smpi selasa dpn, sume buat muke kesian soh aku siapkan quotation / floorplan by today. Woi! Aku rasa nak backhand jer korang tau x!!
Excited
Aku excited sgt sbb first time dpt gi Bandung / obersi la org melayu ckp. Td aku agak cemas sket sbb aku terlupa nak cek either aku ni black listed ke dak kat PTPTN tu. Nayo aku if aku blacklist. Mau tersangkut kat airport mcm Faizal Tahir satu ketika dulu. Sbb aku dah 3 bln xbayo PTPTN. Hahahaha. Tp org lain lg teruk. Smpi 5 thn xbayo2 PTPTN dorg. Hihihihi.. Last2 pas cek td ok. Aku bukan di senaraikan sbg PEMINJAM TEGAR YG TIDAK MEMBAYAR PTPTN. Class x ayat ni? hahahaha.
Sedih
Nak tinggalkan budak mucukk. Dier sempat sms aku, "Budak mucuk saya best la esok cuti.. Tinggal la sy lagi :( ". Hmmm, tetibe rasa sayu la plak. Xpe syg, 4 hari jer ok. :)
Risau
Sbb nenek aku tinggal sorang2 kat rumah aku kat Beranang. Nenek aku ni degil, aku soh dier duk rmh mak long aku sementara aku xde, dier xmau. Aku ajak blk Kundang rmh mak aku pun dier xmau. Haish, nasib ada penyewa baru sblh rmh. At least dier bole tolong tengok2kan nenek aku.
Rindu
Rindu sesgt kat WTR2301. Esok b4 fly nak gi tgk dier dulu. Then nak sign surat insurans. According to workshop nxtwik aku dah bole dpt dier blk. Aku rindu sesgt kat dier. Cpt la workshop oi. Xsanggup lg aku berjauhan dgn kekasih hati ku. Adoiiiii!
Aish, rasa agak tertekan la hari ni. Harap2 esok akan berjalan dgn lancar. Hmmm, Bandung, here i come. Ya Allah, kau berkatilah perjalanan ini. Selamatkan aku dari segala anasir2 jahat di sana nanti, insyaAllah. Aminnnnnnnn..
No comments:
Post a Comment