Hari ni, aku tiba2 tergerak nak menulis tentang poligami. Apa yg buat aku nak tulis pasal benda alah ni? Sbb dlm mggu ni jer aku ada dgr berita ada 3 org nak kawin lg satu. :) Oopps, perit kot bunyinye.. :(
Lets start with the definition. Poligami ialah berkahwin lebih dari seorang pasangan. Di dalam islam, org yg dibenarkan untuk berpoligami ialah LELAKI sahaja. Belum lg termaktub dlm mana2 hadith hatta Al-Quran sekalipun, yg seorang PEREMPUAN dibenarkan berpoligami.
Walaupun secara amnya, maksud poligami itu ialah dibenarkan berkahwin lebih dari satu pasangan, namun Islam hanya membataskan seorang lelaki yg BERKEMAMPUAN utk berkahwin up to 4 isteri sahaja. Kalau ada mana2 individu kat Malaysia ni ckp boleh kawin 10 mcm Rasulullah S.A.W, makanya dier mesti dah kiok atau ada skru dlm otak dier dah tercabut atau dier adalah pengikut ajaran sesat tarikat yg merepek2 tu.
*selingan jap: aku xfhm nape org ckp Rasulullah pun boleh kahwin 10, apsal kite xboleh. aduhai kwn2. jgn jadi jahil ok. kaji sirah nabi SAW sblm nak jatuhkan tuduhan. Rasulullah mmg punya 10 isteri, tp bukan dalam waktu yg sama. Baginda kawin, then ada yg kembali ke rahmatullah, then baru Baginda kawin lg. ada plak yg bercerai. so jgn la semata2 nak dgr mazhab2 sesat2 tu korang nak buat fatwa sendiri ok!
Ok sambung. Mcm P.Ramlee ckp dalam filem Nujum Pak Belalang dier. Kahwin 1 & 2 ni byk jugak la.. Tp kawin 3 & 4 ni jarang2 kite dengar. :) Hanya org yg betul2 master mcm Salleh Yaakob jer boleh kawin sampai 4. Hehehehe.
Tp kebanyakan yg aku tgk, kahwin dua pun dah tunggang terbalik, ni kan pulak nak kawin sampai empat kan. So, cube muhasabah la sket diri tu sblm buat keputusan nak bg payung emas kat bini tua korang tu. Larat & mampu ke. Nak kawin ni bukannya sekadar 'batiniah' jer. Zahiriah tu yg important.
Berbalik kpd cerita nak kawin dua dari org2 sekeliling aku ni. Kite xboleh 100% menyalah kan kaum ADAM yg tgh merenyam2 nak kawin dua tu. Mgkn ada sesuatu yg membuatkan mereka membuat keputusan utk kawin lebih dari satu.
Secara peribadi, aku pun xsanggup di 'dua'kan oleh mucukk aku. Tp tu lah, mcm yg aku ckp, sometimes, things happen for some reason. Allah tau apa yg dia telah tentukan & pasti ada hikmah di sebaliknya.
To ADAM:
Sebelum buat keputusan nak kawin lagi satu, think about ur wife's heart. Apa yg dia rasa. Nak2 kalau wife korang tu mmg dah perfect abes. Jaga makan minum korang dgn baik, gosokkan baju, nafkah batin dier layan. So apa lagi yang xcukup? Jadi renung2kan lah perkara tu utk yg pertamanya.
Then, kalau dah betul sgt miang nak kawin lg satu, silalah buat satu kajian tentang tahap kewangan anda. Gaji bulanan anda ada brpa? Wife anda tu kerja ke x? Bakal wife no 2 tu plak camne? Kerja ke x? Sometime korang ni xfikir tu sume. Yg dok korang tau, sonok nak dpt wife baru jer. Nak explore 'benda baru'. Time nak kawin xfkr sal how tunggang langgangnye nanti kalau xbetul2 manage dua2 bini ko tu kan. Kalau tau nak sonok jer, baik lah xpyh.
Setakat time ni lah baru nak ikut segala sunnah Rasulullah, baik la xpyh. Kalau betul2 nak ikut, pastikan ikut dari yg basic, i.e. solat & baca al Quran. Ni x, yg tu xmau di ikut, tp bile tang bab kawin sibuk la kuar dalil2 sume ckp nak ikut sunnah Rasulullah.
Harus diingat, once kahwin, dah ada 2 bini, maka bertambah berat la lagi tggjwb tu. Kalau dulu tanggung dosa bini no 1 jer, now dah jadi double, tanggung lak dosa bini no 2. :) So, byk persediaan sebenarnye yg perlu di lakukan bagi memastikan kelancaran rumahtangga yg byk tu yer.. :)
To HAWA:
Ini bukan sekadar pesanan utk perempuan lain, tp utk diri sendiri jugak. (to be frank, penah terkena btg hidung sendiri)
First sekali, mesti hancur luluh hati saat suami ckp, "yang, abg nak kawin lg satu". Masa tu, pasti Allah jer yg tau ape yg kite rasa kan. Tp seelok2nye, amik lah wudhu'. Jgn di maki2 plak suami tu. Redha & cube bertafakur muhasabah diri sendiri.
Fikir balik, apa yg kurang yg kite xbuat utk suami kita. Adakah suami suruh masak letak belacan, tp kite nak letak lada hitam? :P Atau adakah suami suruh kite potong rambut mcm Jaclyn Victor, tp cbuk nak bela rambut cam Ella? Muhasabah diri kita semula. Pasti ada kekurangan yg buat suami cenderung jatuh cinta pada org lain.
Kunci utama pd keadaan ini ialah REDHA. (amboi Tkah, ko pandai ckp, cube kene kat ko tgk, ko redha x? hehehehe). Betul. Bila kite redha, insyaAllah kite boleh menerima berita tersebut. Lebih kurang mcm putus cinta lah kan. Aku dah 3X putus cinta, bila aku pk2 blk, rasa sakit sgt hati. Tp bile aku redha, alhamdulillah, aku rasa tenang & xpk sgt hal tu. Cuma sesekali akan terlintas jugak rasa sakit hati tu, tp tu sume perkara biasa.
Tp kalau rasanya kite dah buat sehabis baik utk suami, tp mgkn suami masih 'xnampak' pengorbanan tu, then fikirlah yg di 'atas' sana, pasti payung emas menanti. Jgn sesekali menolak atau tidak membenarkan suami berpoligami. Andai menolak, bererti kita menolak hukum Allah. Pasti ada yg bising ckp xadil, tp percayalah yg Allah menjadikan sesuatu itu atas satu sebab & hikmah yg hanya Dia yg tahu.
Aku teringat aku tgk satu program tv kat TV1 called "Sehati Sejiwa". Masa tu psgn artis yg di interview ialah Normala Omar & Zulkifli Zain (pelakon lama). Then Normala Omar citer yg penah satu ketika Zulkifli Zain miang nak kawin lagi satu dng pucuk muda. Dier citer yg dier pun rasa benda yg aku ckp kat atas ni. Xpcya, sedih, rasa xmau hidup lg. Tp dier bangkit blk lepas anak2 pujuk & ada ustazah tu ckp dgn dier REDHA lah dgn setiap apa yg berlaku. Satu ayat maki pun xkuar dari mulut dier pd Zulkifli Zain. Zulkifli Zain bg dier tempoh 5 hari utk fikir & bg kebenaran tu. Then sepjg 5 hari tu dier dok solat & solat hajat & istikharah. Akhirnya dier dgn REDHA & RELA HATI pada hari yg ke 6 tu memberi kebenaran pd Zulkifli Zain. Dgn lembut dier ckp, "Abg, ayang izinkan abg kahwin lagi satu. Mgkn dah sampai masanya abg dpt layanan yg lebih bagus. Tp satu jer yg ayang mintak, jgn abaikan ayang & anak2. Adillah dlm membahagi masa dgn dia & ayang".
Waktu tu Zulkifli Zain sgt tersentak. Dier ckp dier sgt rasa sedih & terkesan dgn ayat yg Normala bg tu. After that, 2 hari jugak dier re-think blk pasal dier nak kawin lg satu tu. Akhirnya xjadi. Sbb kan kebenaran Normala tu. So di akhir program tu Normala ckp, lepas ni, if lelaki ckp nak buat, jgn dihalang. Bagi jer.. Nanti dier akan bantutkan sendiri ape yg dier nak tu. Hihihi. Tp apepun, Allah yg maha Esa yg tentukan. Kalau dah ckp xde jodoh tu ttp xde jodoh.
Wah, dah mcm ustazah Noor Bahiyah lak aku bercerita. Tp ni sume peringatan pd diri aku jugak. Mgkn aku pandai berkata2 jer, tibe masa kalau di takdirkan aku mengalami situasi mcm ni, aku pun xsure either aku kuat atau x utk hadapinya. Wallahu A'lam.
Selamat berumahtangga semula pada si polan 3 org yg nak kawin lagi satu tu. Jagalah rumahtangga korang elok2 ok. Jgn porak peranda kemudian hari dah la yer.. :P

No comments:
Post a Comment