Xlama dulu, lebih kurang sebln yg lepas, i had marriage talk with my bff, Farhan. Since dier pun dah nak kahwin 20.11.2011 ni, jadi kami byk share tips & checklist. Maklumla, jarak lebih kurang sebln.
Dalam pada syok2 berborak sal kahwin, aku tanya dier, dier bajet brpa pax for food? Dier ckp 800 pax? Aku jangka, 1600 pax la, sbb normally if jemput 800 pax, mesti multiply by 2. Jadinye 1600 pax la. Tp dier sangkal. Dier ckp, 400 pax, multiply by 2, jadinye 800 pax.
Aku mmg terkejut. It's a small amount actually if nak di banding kan dgn seorang yg bernama Ahmad Farhan, kenalannya masya Allah, ramai ok. Aku jgka if dier nak buat majlis pun, paling2 1500 pax dier jemput. Tp ni lesser than what i've expected.
Dier ckp, "Simple jer Tkah. Aku tawakal alallah. Kalau org nak dtg, dtglah, kalau xcukup makanan, xpelah. Apa boleh buat. Sememangnya manusia xkan penah nak berhenti mengata walaupun majlis tu sempurna mana. Pasti ada cacat cela." Wah Farhan, betul2 gamble dier ni. Hehehe.
Dalam pada dier xrisau tentang jemputan, aku plak risau if xde org nak dtg majlis aku. Satu, mgkn factor lokasi. Rumah aku terceruk di ujung2 Sg. Buloh sana nun. Ada ke org nak dtg. Skrg pun bile aku ckp jer dgn kwn2, diorg tanya kat mana aku buat majlis, sume ckp jauh. Aduhai.
Farhan suruh aku jgn risau. Yup, aku risau. Risau org xmau dtg majlis aku. Sementelah, aku mmg rajin ke walimatul urus kwn2 yg menjemput. Tp kata Farhan, that's not the ukuran utk org dtg majlis kite. Betul, aku mengaku. Walau mcm mana kite sudi datang majlis org sampai ke Sabah Sarawak sekalipun, namun kalau org xde keinginan nak ke majlis kite, ajakla dgn kad emas sekali pun, pasti mereka xkan dtg. Alasan demi alasan pasti keluar dari mulut mereka.
Jadi kesimpulannya di sini, aku tawakal saja. Xmahu terlalu mengharap walaupun aku selalu ke majlis walimatul urus kwn2 dgn harapan mereka akan dtg majlis aku. Kire mcm pecah kaca pecah gelas la kan. Tp skrg, aku mahu focus pd persiapan kahwin & xmau mengharap. InsyaAllah, dgn keikhlasan aku menjemput, ia pasti diberkati Allah. Bak kata pak yang aku, jemput tu sunat, bila dah dijmpt, WAJIB datang. :)
Ok Atikah. 52 days to go!!
No comments:
Post a Comment