Followers

Friday, November 18, 2011

Jom citer pasal diet

Terbaca blog si bam2 ku iaitu Miss Tengah Diet Syera Rashid.. LOL! Jgn marah arr! Amboi, gigih tol adik aku diet. Aku yg nak kahwin ni pun xde nak diet2 cam dier tau. Selamba jer aku makan nasi 3X sehari. Ramai kwn2 intro jus itu ini, corset itu ini la utk aku cube b4 kawin, sume aku xmo. Hahaha. Apa punya turrrr...


Jadi entry ini mmg tentang berdiet *bukan utk kesihatan saja, tp utk kelihatan ramping juge*


B4 that, aku nak share dgn korang pengalaman nak kurus aku. Dulu waktu mule2 putus dgn salah sorang dari ex BF aku, konon2 nak kuruskan badan, nak bagi terbeliak sket mata mamat tu dgn mak bapak dier sekali, jadi aku telah pun terpengaruh dgn one of my friend's suggestion utk minum susu diet SDII. Katanya seminggu boleh turun up to 4kg woooo! Cer korang bygkan, sape xmo woooo!


Kwn aku yg aku gelar "E" ni telah berheya2 (beria2 la tu) soh aku minum SDII ni. Katanya kalau setin RM144. Tp amik 4 tin dptla RM452, terus automatically jadi ahli.  Jimat RM124 and ada advantage jadi ahli. Kira cam MLM gak la. Tp oleh kerana aku ni was2 sket, jadi aku ckp dgn dier, aku try dulu 2 tin. Kebetulan member aku ni pun bg la harga dealer. Dptla RM115 jer per tin. :) Kat bawa ni la ghopenye susu ni:




Aku pun dgn excited nak kurus cpt, terusla gi jmp dgn kwn aku si E ni. Sekali bile dah jmp, mak aiiiiiii. Ade terms nyer plak nak cpt kurus. Mmg boleh turun up to 4kg seminggu, tp xleh makan nasi, benda berasaskan tepung mcm roti, biskut, mi & mihun. Ada pelan diet yg tersendiri. Masa mule2 E sms aku, dier berheya2 ckp boleh makan byk2, xpyh tahan lapar. Abis tu kalau dah sume benda2 yg aku sebut kat atas xleh makan, ape jer yg aku leh makan? Terdiam gak la aku. Ingat betul2 leh hentam nasi lemak, roti canai ke ape kebenda lagi. Rupanya byk gak pantang larang. Sampaikan buah dgn sayur kobis / carrot pun xleh makan, kononnya mengandungi gula. Adoi, kalau camni, aku xminum susu SDII ni pun aku boleh kurus senahhh oi. Tp xpela, demi nak kurus, aku pujuk hati utk cube gak. Mul2 aku nak amik 1 tin jer, tp si E ni berheya2 soh aku cube 2 tin. Dier ckp kalau xmenjadi, tin ke 2 tu dier bg half price.


So dgn semangat yg penuh waja & tinggi, aku pun memulakan pelan diet. 1st - 3rd day aku berjaya elak nasi. Gi kedai beli lauk jer. Masuk 4th day, Tina my ex boss tegur, "Tik, nape muke u pucat semacam jer? Mcm xbermaya!". Erkkk?? Biar betul, xkan sebab diet aku ni. Petang tu aku langgar pantang, aku gi beli mihun sup.  Weekend tu aku blk rmh, mak aku pun tegur benda yg sama, aku citer kat dier yg aku on diet. Mak aku ckp, kalau nak diet, consult org yg pakar, jgn main diet jer. "Kalau xsilap mama, sume benda kene amik termasuk buah & sayur, tu yg penting, bukan elak makanan karbo cam yg ko diet ni. Kalau menyiksa diri, xpyh la diet". Aku pekakkan telinga. Bile aku timbang, alhamdulillah, turun 2kg. Tp aku rasa sgt lesu.


Minggu ke dua, hari2 aku akan breakfast tauhu goreng dengan telur hancur. Lunch ikan goreng / ikan stim / ikan sambal & kentang masak kicap / sambal. Dinner lak kalau aku lapar, aku makan cam aku lunch tadi. Xsilap aku, hari ke 10 mcm tu, aku timbang, terkezut aku tibe2 naik 4kg. Errkkkk? Betulke penimbang ni???? Aku xberani tanya kwn aku si E tu, takut dier marah kat aku. Suddenly aku teringat sorang member aku, her mum is a dietician, so aku soh dier tanya kan mak dier. Mak dier kata kemungkinan besar badan aku xleh terima protein yg byk, so protein yg terlalu byk tu ditukarkan menjadi lemak. Lebih kurang karbo yg byk, ditukarkan jadi lemak jugak. Kata dier lagi, kalau nak diet, kene amik yg seimbang (pyramid makanan, alah yg korang salu belajor time skola dulu la), maksudnye kena amik sume yg dikatakan xleh amik oleh pelan diet SDII tu. Roti gandum boleh amik, nasi pun boleh amik dgn kadar yg mencukupi. Yg penting kene bersenam. Adusss, terus aku stop. Aku roger E, E terkejut sbb dier kata dlm byk2 dier meniaga SDII ni, aku lah org pertama yg jadi kes camni. Hahahaha.


Bile aku citer kat kawan2 aku cam Arah & Farhan, diorg pun marah aku, diorg ckp, "Tikah, kalau ko xamik SDII tu pun, dgn keadaan diet ko yg xleh amik itu ini & 90% dari penyumbang tenaga bdn ko, mmg ko boleh kurus la, cume tambah bersenam jer. Dorg MLM ni nak untung jer lebih!!". Huhuhu. Baikklahhh sahabatt!!


Teringat last week kak Sara call aku. Aku ckp dgn kak Sara aku nak diet sbb nak kawin. Nak cantik biar Akbar tgk, Akbar makin syg. Tp Kak Sara ckp, "Xpyhla Tikah, mcm akak ni, cbuk nak diet utk mata laki aku, tp bukan dier hargai pun. Lagi dier buat lawak nak down kan aku ni ade la lagi. Dier ckp awak tu kalau kurus ke gemok ke sama jer, xcantik pun". Hehehe. Betul jugak. Sbb Akbar pun suke make fun of me. Spare tyre aku, keadaan aku yg kuat makan & bentuk badan aku yg xcantik ni. Jadi kalau aku diet camne sekali pun utk dier, nanti dier akan make fun jugak. Kalau aku dah kurus, nanti dier ckp aku xlawa cam tengkorak jugak. Biasalah, lelaki pasti xkan berpuas ati dengan apa sahaja yg wanita lakukan walaupun wanita lakukan demi utk please lelaki tersebut. Xkan ada penghargaan punye.


Jadi, utk hari ini, aku decide, biarlah aku kekal begini. Apa org nak ckp, cakaplah. Kalau andai kata tunang aku xsuke dgn bentuk bdn aku, terserahlah. Aku menerima dier seadanya sbgmana dia yg aku kenal. Kalau dia xboleh terima aku seadanya, apa yg boleh aku katakan?


(-____-)

No comments: