Followers

Monday, February 22, 2010

Sawan Tonik-Klonik (fits)

Yesterday, when i was accompany Amri to see his convoy sticker design, something totally out of my mind just happened..
Daniel (designer of the sticker cum DSS owner) fell down & collapse, but more to fits (sawan)..
We were panicked.. Jay (Amri's club member) more panic than us..

When the dude collapse, Jay tried to do whatever that he can do..
He splash water to Daniel's face..
Try to unlock the premise etc..
I asked Amri to search for Daniel's hp & try to call his dad..
Luckily his dad arrived few minutes after that..

From his dad, we knew that this is the 2nd time Daniel being attacked by fits..
I think, main reason is because lack of sleep & excessive cafein (which he consumes from Redbull drink)..
So, i decided to search something about fits, then i found this good articles from http://www.epilepsy.org.my/bm/generalized.htm
Official website of Persatuan Epilepsi Malaysia..

Sawan Menyeluruh/generalise (melibatkan keseluruhan otak, kadangkala dipanggil “Grand Mal” ATAU Sawan Tonik-Klonik).

Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah mungkin berbuih, dan mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.

Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku.

Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.

Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik, dia mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar. Pesakit tidak mengecam siapa orang disekelilingnya dan persikatarannya.

Apa anda perlu lakukan terhadap pesakit yang diserang sawan tonik-klonik:
1. Jangan panik
2. Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya.
3. Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen.
4. Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya.
5. Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.
6. Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda). Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh.
7. Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak.
8. Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.
9. Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang semuanya adalah seperti sediakala.
10. Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa.
11. Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.

2 comments:

Cyful Amree said...

1. Jangan panik (dah buat)
2. Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya. (dah buat)
3. Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen. (semua dah lari... )
4. Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya. (terlupa nak buat tapi cuma longgarkan butang saja, tali pinggang tak berani nak buka)
5. Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran. (tak buat mmg tak tahu)
6. Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda). Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh. (mmg tak buat,..)
7. Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak. (hampir buat nak luruskan balik tangan kaki yg bengkok dan cramp)
8. Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang. (dah buat)
9. Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang semuanya adalah seperti sediakala. (dah buat)
10. Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa. (tak buat)
11. Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih. (buat)

Atah Rashid said...

hehehehehe...
xpe, next time bwk list ni ke mana2 specially when u see Daniel at DSS ek?

p/s: nway, how is he?