Tinggal 3 hari sahaja lagi kita berpuasa.
Utk waktu skrg, mungkin ramai umat Islam kat Malaysia ni yg dah mula bercuti.
Xkurang juga yg dah blk kg jumpa keluarga yg tersyg.
Entry kali ini, aku nak cerita pasal AIDILFITRI.
All about raya.
Persiapan, kenangan & mcm2 cerita berkaitan HARI RAYA.
Baju raya - Sejak aku menginjak ke zmn sekolah menengah, mmg persiapan raya untuk bj raya aku sgt sederhana. Kalau waktu kecil2 dulu, bj raya 4 / 5 psg, now cukup sepsg saja. Itupun aku jarang pakai new baju raya on 1st raya. Normally, 1st raya aku akan pakai bj kurung lama unless aku nak berjalan raya on that day. Biasanya 1st raya layan org dtg rumah. So lebih selesa berbaju kurung lama. Senang nak buat kerja, basuh pggn mangkuk semua tu. Utk thn ni, mcm biasa, aku beli bj raya dgn BFF aku, Natrah kat Jln TAR. Sepsg je cukup. Tudung / kasut boleh guna yg lama2 sementelah kasut aku yg lama2 pun byk xhabis guna lagi. Bj kurung pun aku pilih yg biasa2 je. Asal selesa.
Ckp pasal baju raya, dah 2 thn aku beli bj raya sendiri. Kalau waktu dgn Kamarul dulu, dia yg akan belikan bj raya aku, mengikut tema warna yg kami pilih. Mesti akan pakai sedondon. Aku smpt 3X beraya dgn dia. 1st year raya dgn dia, tema kami coklat. 2nd year hijau pucuk pisang & final year pink. Since dgn Kamarul, mmg aku akan shopping raya ikut dia. & dia jugak yg sponsor bj raya aku. Biasanya tmpt kami cari bj raya, xlain xbukan di PKNS jugak. Since dia pun dah biasa dgn tmpt tu. Ok, stop. Kenangan ttp kenangan. Life must go on.
Jln TAR - Jalan Tunku Abdul Rahman a.k.a Jln TAR mmg xdpt dipisahkan dgn Aidilfitri & persiapannya. Bak kata kwn aku, Farahiyan, "Tkah, xlengkap raya ni if xberkunjung ke Jln TAR". Mungkin juga. Actually, since aku dah xdgn Kamarul, aku mmg antara pengunjung setia Jln TAR bersama best friend ku Natrah. Walau bukan time puasa pun, aku suka ke Jln TAR. Bukan apa, koleksi tudungnya, boleh buat aku rambang mata. Oleh kerana lagi seminggu nak raya ni, biasanya hawkers @ Jln TAR hanya beroperasi hingga pukul 11 mlm. Namun, aku pergi dgn Arah jumaat lepas, pukul 2 pg pun belum tutup lg. Agak kelakar kerana org teramat ramai waktu itu. Berhimpit2 waktu berjalan. Pukul 2 pg mcm pukul 11 pg. Mungkin org suka ke c2 waktu malam, advantagenye di bulan puasa ini boleh mkn & minum.
Aku rasa Malaysia book of record la ble waktu di jam aku menunjukkan pukul 1.45 pagi, tp dpn Sogo, kereta stuck in the traffic jam mcm pukul 5 ptg waktu bekerja. Aku sempat merakamkan gmbr kereta yg bersesak di hdpn kompleks Sogo ni.
Juadah raya - Dulu, waktu zmn diploma, aku kurang amik tau juadah raya. Tp sejak dah kerja, aku antara penyumbang kpd juadah pg raya. Dah 2 thn berturut2, pg raya mak aku akan buat nasi minyak, aku akan sediakan ayam masak merahnya. Tp thn ni aku plan utk buat lontong. Mak aku pulak nak buat nasi impit kuah kacang & still nasi minyak. So aku kene jugak buat ayam masak merah thn ni. Nenek aku mcm biasa akan buat rendang ayam & daging utk dimakan dgn lemang yg dibeli.
Balik kampung - Sesungguhnya, Allah sahaja yg tahu kerinduan aku kepada acara blk kg. Sejak arwah tok & nenek perak aku dah xda, aku hanya beraya di Lembah Kelang sahaja. Kenikmatan berjalan jauh & blk kg, mmg dah xdikecapi lagi. Since arwah atok aku dah xde lagi dah xrasa blk kg. Sbb arwah Opah dah tggl kat Tropicana dgn acik Rafi.
Aku suke keadaan di mana mak aku akan bwk bekal dalam kereta (kalau blk mlm). Singgah di Ipoh beli limau bali. Kalau nasib baik, ayah aku akan konvoy blk kg dgn pak long, pak yang, mak andak & acik Rafi. Tu masa adik beradik ayah aku masih bersatu. Now no more. Sorang ke utara, sorang ke selatan. Aku harap aku bertemu jodoh dgn org yg di luar lembah Kelang. Nak rasa blk pengalaman blk kg.
Kuih raya kegemaran - Waktu zmn kecik2 dulu, aku sgt suka kuih mazola (biskut kacang). Biskut ni mak aku buat. Resipi turun temurun dari moyang aku. But now, mcm2 kuih dah wujud kan. So byk gak la yg aku suka. One of them cornflakes madu. Buat kuih ni mmg senang. Coz gaul2 dgn madu jer. Tp ada sekali aku buat xjadi. Bukan apa, jadi lemau. Mungkin sbb xcpt2 masukkan dlm balang kot. Satu lagi kuih kegemaran aku, batang buruk. Dulu waktu aku kat kg, arwah nenek aku salu beli btg buruk ada kat sorang makcik duk kat kg ayah aku. Mmg sedap, kacang dia sgt terasa. Penuh di isi kat batang tu.
Lagu raya - Ada byk lagu raya yg aku gemar. Namun yg plg aku suka "Sepasang Kurung Biru" by PM Khairil Johari Johar. Selain dari tu, aku sgt suka lagu raya dari Junainah M Amin, "Salam Dunia" dari M.Nasir and "Pulanglah" dari Aishah. Yg tu versi evergreen. If lagu raya baru plak aku suke "Setahun Sekali" by Amy Mastura & "Nazam Lebaran" by Dato' Ct. Bg aku, better psg lagu raya, lagi 10 hari nak raya. Time tu dah rasa kemeriahan raya. If pasang awal2, cam xbest jer.
Rasanya, byk lagi pasal Aidilfitri yg aku nak share. But, mcm dah xde idea nak menulis. Dulu, zmn knk2, aku kumpul duit raya. Tp skrg aku yg kene bagi $ raya. For now, tiap2 thn aku spend RM100 utk duit raya. Tp xabis bg pun.
Nway, semoga Syawal thn ni memberi sinar bahagia utk diri aku & juga family. InsyaAllah.
1 comment:
hehe mu memang jimat gak ..tapi bajet lari aje.hehe
Post a Comment