Followers

Monday, March 15, 2010

Hikayat Seorang Perempuan Simpanan..

Seorang perempuan, tulus hatinya..
Mencintai seorang lelaki, dgn sepenuh jiwa raganya..
Dia hanyalah seorang orang biasa..
Anak org kebanyakan yg tidak berpangkat..
Jatuh hati, kasih & cintanya pada seorang lelaki anak hartawan & berpangkat..

Dia pastikan, setiap detik jejaka itu perlukan dirinya, dia akan sentiasa berada di cc jejaka tersebut..
Mendengar luahan hati, keluh kesah & permasalahan..
Semuanya di lakukan kerana sayang..
Kasih & cintanya tertumpah pada jejaka itu..
Bahu & telinganya ibarat tempat yg tenang buat si jejaka..

Namun, semuanya bukan seperti yg dirancang..
Dia bukanlah pilihan ibubapa sang jejaka yg sgt pentingkan kedudukan, paras rupa & kecantikan..
Tapi oleh kerana kesetiaan & kasih syg nya yg tidak berbelah bahagi pd sang jejaka..
Dia ttp setia walau dia tahu yg satu hari nanti dia akan ditinggalkan sendiri & sepi..

Dan sejak akhir2 ini..
Dirinya ibarat kekasih gelap & perempuan simpanan..
Hendak di kata buah hati, jauh sekali..
Tp bila ia ingin menganggapnya sbg kwn biasa, persis Laila & Majnun adanya..
Tahulah dia bahawa jejaka sudah ketemu yg bisa di jadikan ISTERI..
Dan dia? hanya akan dicari dikala sang jejaka kesedihan & perlukan belaian manja..
Persis PEREMPUAN SIMPANAN..

Apakah sinar bahagia akan ditemui di hujung jalan pencariannya?
Demi kasihnya, dia bertahan walaupun hatinya hancur luluh pabila jejaka menceritakan tentang perihal bakal isterinya..
Dia tahu yg waktunya dia perlukan jejaka itu, pastinya jejaka itu sedang bersama dgn si cantik manis itu..
Tatkala rindunya teramat mendalam, dia hanya mampu memendam..
Akibat sikap pentingkan diri sendiri sang jejaka..

Kawan2 baiknya memarahinya..
"Tinggalkan dia, dia tidak akan memberi apa2 pun pada hidup mu kwn"
"U deserve better"
Namun, soal hati, hanya Allah yg tahu..
Bagaimana dia menafikan, rasa syg & kasih itu tetap ada..

Apa gunanya diteruskan jika hati tidak gembira..
Ibarat seorang PEREMPUAN SIMPANAN yg hanya akan gembira tatkala dikunjungi oleh jejaka yg dicintai dalam diam & secara rahsia..

Semoga dia akan bertemu sinar bahagia setelah duka lara ini melanda..

No comments: