Bila sebut perkahwinan, yang terbayang hanyalah penyatuan dua hati, satu dari sang teruna, satu lagi dari sang dara. Segalanya akan tergambar indah di hadapan mata. Majlis besar-besaran, pengantin berhias cantik bersandingan duduk di pelaminan, makanan enak disajikan, bulan madu romantic.
Ada pula yang menganggap, perkahwinan itu adalah berakhirnya satu pencarian, nokhtahnya berkelana mencari cinta & kemuncak kepada segala penderitaaan.
Hakikat sebenarnya, bukan lah sebegitu indah yg disangka. Perkahwinan itu adalah permulaan sebuah penghidupan. Permulaan suatu pembelajaran, belajar utk hidup berdua, susah dan senang bersama, segala masalah difikirkan berdua, buangkan segala sifat pentingkan diri sendiri.
Setiap manusia itu tidak akan sama untung & nasib nya selepas kahwin. Ada yg semasa bercinta, dunia ini milik mereka berdua, namun hakikat manis itu tidak sama apabila sudah menempuh alam rumahtangga. Kerana, apabila kita berumahtangga, kita akan hidup sebumbung, makan semeja, tidur sekatil. Segala yg buruk, sama ada pahit utk ditelan atau dijadikan rencah manisnya kehidupan, harus diterima kerana apabila lafaz akad itu dilafazkan, ia seumpama kita berjanji bahawa, “aku menerima kamu wahai cinta ku seadanya, kelemahanmu akan ku baiki, kelebihanmu menjadi asas nadi utk kita kukuhkan lagi”.
Perkahwinan itu adalah satu perjudian. Kita tidak tahu apa yg bakal kita hadapi. Namun walau apa sekali anggapan tentang perkahwinan, semua pasangan mengharapkan utk hidup bersama dgn pasangan yg dipilih dari jiwa & raga hingga ke akhir nafas nya.
Paling pahit, jika kita mencintai seseorang, namun utk bersama dgnnya melalui perkahwinan, tidak akan terjadi sama sekali. Namun, kemanisan itu tetap akan dikenang hingga ke akhir hayat kita. Penting utk diingat bahawasanya, Allah itu lebih mengetahui akan setiap takdir yg ditentukan di Luth Mahfuz. Jgn dilawan takdir yg telah ditentukan. Sesungguhnya, apa yg telah ditakdirkan itulah yg terbaik adanya utk setiap manusia. Hanya dgn merasa REDHA di dalam hati, kita akan bangkit semula utk membina kekuatan di dalam diri.
Perkahwinan juga bukan pengukur bahawa tahap kebahagiaan itu sudah di kemuncaknya kerana yg paling penting, utk memastikan konsistennya kebahagiaan itu. Perkahwinan yg bahagia tidak terletak pada seorang lelaki yg romantik, yg pandai melayan teman wanitanya (kini sudah menjadi seorang isteri) dgn membawanya makan ke tempat yg mahal, membelikan hadiah yg mahal2, memberi bunga kala hari lahirnya. Itu semua hanya satu bonus. Dan perkahwinan juga bukan semata utk kepuasan seks & tempat utk melampiaskan nafsu. Tp perkahwinan itu diukur bagaimana sang jejaka membimbing sang dara setelah berkahwin dgn mengajaknya solat jemaah bersama-sama, mengingatkannya agak menjadi muslimah yg sempurna, yg boleh bertoleransi dalam perhubungan, sentiasa mengajak sang isteri mengingati, memuja dan mencintai Allah dan paling penting yg berfikir tentang masa depan keduanya, baik di dunia atau di akhirat.
Dalam dunia ini, Allah memberi kita pilihan. Jadi terserah pd kita utk memilih perkahwinan bagaimanakah yg akan corakkan dalam kehidupan kita. Wallahu A’lam.
No comments:
Post a Comment