Semalam, waktu bergossip dgn my best friend Cna, kami tibe2 membicarakan tentang lelaki2 yg pernah singgah dalam hidup kami. Dalam erti kata lain, lelaki2 yg menggagalkan percintaan kami. Hehehehe.
Cna menceritakan pada aku lelaki2 dalam hidupnya. Dari yg pertama hingga yg terakhir (cinta hatinya skrg, Hafiz lah, suaminya). Kalau nak ikutkan, pengalaman dia lagi pahit dari pengalaman aku. Xpe Na, skrg mu dah bahagia, lupakan yg lain2 tu. Semua tu bukan lelaki yg berkualiti utk mu.
Suddenly, aku teringat akan lelaki2 yg pernah menghuni hati aku. To be frank, aku xpernah bercinta sewaktu pengajianku di sekolah rendah & menengah. Mungkin kedengarannya agak kuno. Namun, polisi ibu & ayah ku utk tidak bercinta di zmn sekolah & menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Pantang bergayut di telefon, aku pasti dimarahi. Bile dikenang semula, lucu jugak. Namun, itulah yg membuatkan aku rasa aku lebih matang & tidak jadi seperti remaja zmn skrg yg rosak akhlaknya.
Aku mule kenal erti jatuh cinta pada tahun pertama pengajian ku di UiTM. Waktu itu aku diperkenalkan dgn dia yg bernama Mohd. Hoesny bin Abd. Jamal atau mesra ku panggil abg oleh seorang kwn ku yg satu kolej pengajian dgnnya yg bernama Rizal. Abg sangat baik. Walau kami xpernah bersua muka, namun aku dpt rasa kasih sygnya yg mendalam pd ku. Sebenarnya, aku tidak begitu mencintainya. Oleh kerana kwn2ku semuanya dikenen2kan dgn geng2 Rizal, jadi aku menurut sahaja. Oleh kerana itu, aku memutuskan perhbgn ku dgnnya sesudah kami 8 bln menjadi gf-bf. Peliknya, sepjg 8 bln menjadi gf abang, aku xpernah bertemunya secara berdepan. Hbgn kami hanya secara maya itu lah yg membuatkan aku lebih cenderung meninggalkan abang. Anehnya, dia spt tidak pernah ambil hati dgn perbuatanku kerana sehingga ke hari ini aku masih berhubung dgnnya walaupun dia sudah mempunyai isteri.
Agak lama aku menyendiri selepas putus kasih dgn abang. Oleh kerana aku rajin berchatting, aku menemui seorang lelaki india yg muda setahun dariku di laman sembang MIRC yg bernama Navinesh. Setelah beberapa kali berchatting, akhirnya kami bertukar2 no telefon. Dia memulakan langkah menelefonku. Aku terpaut dgnnya kerana sikapnya yg tidak agresif seperti lelaki2 india yg pernah aku kenal melalui chatting. Tambahan, dia yg fasih berbhsa melayu membuatkan aku selesa berkongsi cerita & rasa dgnnya. Akhirnya kami memutuskan utk mengikat perhbgn ini sbg sepsg kekasih. Hanya sms & telefon sbg penghubung kami. Akhirnya kami berjumpa setelah 7 bln menjadi gf-bf. Destinasi kami ialah Genting Highland. Percutian beramai2 itu turut disertai oleh best friendku Mas & skandalnya, kwn2 ku iaitu Eliz, Emma, Mellissa & Apai serta Dhuray (kwn Nesh). Disitulah aku kenal erti cinta yg sebenar. Pertama kali berpegangan tangan dgn seorang lelaki. Namun panas yg kuharap hingga ke petang, hujan muncul di tgh hari. Setelah pertemuan itu, Nesh mula menjauhkan diri dari aku. Rupanya, dia menemui seorang perempuan india yg lebih cantik dariku, jauh lebih modern thinking.
Aku merasakan kekecewaan pertama yg amat sgt sewaktu dgn Nesh. Walaupun hbgn kami hanyalah jarak jauh, namun, aku sgt menyayanginya. Kekecewaan itu sgt teruk. Pengajianku hampir terjejas. Namun aku beruntung mempunyai kwn2 yg memberi semangat kpd ku terutama Emma, Mas & Mellissa.
Agak lama aku menyendiri setelah itu. Banyak lelaki yg singgah dlm hidup aku. Namun semuanya tidak kekal. Semuanya aku jumpa di laman chatting Yahoo Messanger dan MIRC. Antara yg meninggalkan kesan di hati aku ialah seorang lelaki yg bernama Saiful Amrillah. Seorang lelaki biasa namun cerdik agama sedang belajar di Syria. Dia sgt menyayangiku walaupun aku melayannya dgn acuh xacuh. Berjanji ingin kawin dgn ku seusai pengajiannya di Syria. Namun, oleh kerana aku yg tidak begitu mempunyai perasaan pdnya, aku memutuskan utk tidak menerima lamaran itu. Dia sgt kecewa, akhirnya memilih utk berkahwin dgn seorang gadis yg dari utara.
Kemudian aku bertemu dgn Khairol Anuar. Jejaka yg membosankan namun aku xtau kenapa aku menerima lamaran mayanya utk menjadi 'gf' nya. Hbgn kami sgt simple. Tidak pernah bercakap telefon. Hanya berhubung melalui email. Aku tidak tahu bagaimana rupanya, dia juga tidak tahu bagaimana rupa aku. Byk kali aku mendesak utk berjumpa dgnnya, namun dia enggan. Oleh kerana terlalu bosan, aku lantas menyepikan diri dari membalas segala email2nya.
Setelah Khairol, aku dgn tidak sengaja menggantikan ex roommateku Dhila bertemu dgn rakan chattingnya bernama Syarifudin. Jejaka ini biasa sahaja. Tidak hensem, namun kemas. Hanya bekerja sbg technician di syarikat swasta di Bkt Raja. Namun, sgt ikhlas dlm perhbgn. Namun, aku seperti terpaksa bersama dgnnya. Byk kali dia mengajakku mengikat hbgn kami sbg gf-bf, namun aku berdolak dalih. Anehnya, dalam pd aku menolak, aku masih lagi keluar dgnnya. Lagak ku spt gf-bf. Tonton wyg bersama, menemaninya ke interviewnya di MPK sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa, dia menemaniku berpindah kerumah sewa & mcm2 lagi. Sesungguhnya, dia seorang lelaki yg sgt ikhlas. Walau pun lagaknya agak ganas spt mat2 rock, namun dia punya visi dlm kehidupan. Punya simpanan, beli kereta secara cash & sudah ada perancangan utk kawin. Namun, oleh kerana aku rasa bahawa aku tidak boleh mencintainya & menjadi isterinya, aku dgn selambanya memutuskan 'connection'ku dgn dia. Walau aku tau aku meninggalkan derita. Sungguh kejam bila ku ingat semula.
Keinginanku kembali kepada lelaki india. Aku bertemu Harinesh di YM juga. Bersama dgnnya juga membahagiakan. Namun dia kdg2 sukar dijejaki. Membuatkan aku tertanya2 walaupun dia men'declare'ku sbg gf nya. Akhirnya, aku menarik diri dari mencintai lelaki yg complicated ini pada Valentine 2006. Setelah menimbang kemungkinan & masa depan yg mana aku tidak mungkin bisa bina mahligai cinta yg halal dgnnya.
Yg ini, paling tidak boleh aku lupa. Jatuh cinta dgn jejaka ini setelah 2 hari mengenalinya. Khairol Fitri Shamsudin atau mesra di panggil Fit. Diperkenalkan oleh ex bf Cna, iaitu Aiman. I was so in love with him. Sanggup compete dgn lagi 3 perempuan utk merebut dia padahal lelaki ini hanyalah lelaki yg tahu ckp besar & bangga diri. Aku perlu menonjolkan diriku secara prominent dari 2 org perempuan yg lain. Namun, spt yg aku jgka, aku bukan pilihannya. Aku sempat bersama dgnnya hanya 2 bulan. Namun sengsaranya lebih dari derita.
Setelah kekecewaanku yg mendalam dgn Fit sehingga wujudnya istilah TJK (teman jiwa kacau, yg diberi oleh Cdy & Cna), akhirnya aku memutuskan utk terus sendiri hinggalah aku mengenali Fakzan. Anak seorang bisnesman yg mengambil jurusan kejuruteraan di UNISEL aku kenali secara tidak sengaja. Beliau menolongku sewaktu aku & Cna terhegeh2 membetulkan tayar keretaku yg pamcit. Agak lucu waktu itu. Akhirnya, setelah itu, aku selalu keluar dgn dia. Menemaninya bershopping, menonton wyg & makan. Akhirnya kami terputus hbgn begitu sahaja setelah beliau terpaksa berpindah ke kampus induk UNISEL di Bestari Jaya.
Akhirnya, setelah aku menimbang semula, aku memutuskan utk tidak mahu lagi commit pd sesiapapun. Di saat inilah aku mengenali Saiful Amri melalui laman web mencari jodoh. Dalam masa yg sama, aku mengenali Kamarul Izham yg tidak jemu2 mengejarku. Namun perhatian ku lebih terarah pd Saiful Amri sebenarnya. Tp Allah itu maha mengetahui. Aku akhirnya terpaut hati pd Kamarul Izham yg pd awalnya aku rasa sungguh menjengkelkan & merimaskan.
3 tahun aku bersama dgn Kamarul. Susah senang kami tempuh bersama. Aku sangka, dialah destinasi cintaku. Sudah aku bygkan hidup menjadi isteri & "mummy" kepada anak2nya. Namun, Allah lebih mengetahui walaupun aku hanya mampu merancang. Hbgn aku & dia putus di tgh jalan gara2 sikap ku yg katanya tidak menepati citarasanya lagi.
2 bln setelah aku putus dgn Kamarul, aku meng'activate'kan semula hbgn ku yg telah hambar bersama Saiful Amri. Seorang lelaki yg begitu suka memujiku, pandai melayan & bersikap gentleman pd mulanya. Namun lama kelamaan, aku agak sengsara dgn caranya yg seperti tidak menginginkan aku sepenuhnya. Ditambah dgn hbgn ini di halang oleh ibu & ayahnya yg sgt mementingkan kecantikan, kedudukan & pangkat dalam sector awam. Akhirnya ini lah hbgn kami. Tamat & tiada kesudahan. Walau aku sgt terkilan, namun aku redha. Dia bukan jodoh aku. Hanya 4 bln sahaja ku sempat mengecapi kemanisan bersamanya. Biarlah aku berpisah dari menderita menjadi perempuan simpanan & kekasih gelapnya.
Kesimpulannya, what goes around comes around. Aku meninggalkan lelaki yg baik, akhirnya lelaki2 yg kurang baik meninggalkan aku. Allah itu Maha Adil. Aku menerima balasannya hari ini. Aku harap, aku xkan berbuat begitu lagi. Kerana, sekarang aku mungkin merasakan 'kepedihan' yg aku tinggalkan buat lelaki2 baik seperti Abang & Din.
Dan hari ini, ini lah aku. Seorang perempuan yg masih menunggu cinta sejatinya. Aku masih begini. Andai Allah takdirkan aku bersendiri hingga ke akhir hayat, aku redha. Biarlah begini dari aku bersama dgn seorang lelaki namun hati tidak bahagia. Semoga Allah terus menyayangiku & melimpahkan aku dgn rahmat Nya. Aku bahagia begini. Jatuh & bangunnya aku, hanya Allah tempat aku mengadu.
No comments:
Post a Comment